11 November 2010

Jawab tag tanpa disuruh.



Saya tidak ditag oleh Shukri Ali secara langsung. Namun dia tulis, "tapi sape rase dia best... boleh buat kat blog sendri." 


Saya rasa sangat best sekarang ini, sebab berjaya sidai kain yang banyak walaupun hujan lebat. Kau jangan anggap aku kisah dengan cuaca, kerana kain yang berlambak di dalam bakul itu, kalau tidak surut-surut, emak akan bebel-bebel lebih lebat daripada hujan.


Sebenarnya, entri kali ini akan diwujudkan dengan pantas kerana ini adalah aktiviti copy and paste. Saya pernah buat tag ini suatu ketika dahulu di notes FB selepas ditag oleh kawan saya, zaman-zaman muda, zaman-zaman tak berapa serius cari duit dulu. Notes itu ada di akaun Facebook peribadi. Lama tak menggila macam dulu. Oh~ rindu zaman remaja....


Marilah kita mulakan! Yosh!


* * *


1. Saya tidak suka melorek borang OMR kerana nama saya saja mengambil masa lebih lima minit, tu belum masuk alamat rumah, nama mak ayah dan juga keputusan SPM.

2. Saya tidak pernah habis memakan sebiji epal.

3. Saya sering buat-buat lupa di mana saya letakkan epal tersebut supaya saya tidak perlu menghabiskannya.

4. Semut amat suka saya kerana saya sering letakkan makanan untuk mereka.

5. Saya dan semut punya chemistry yang tinggi kerana kami sering berkongsi minuman. Namun saya tidak mahu minum selepas mereka minum kerana itu akan menyebabkan kegelapan di dalam hati.

6. Saya lebih gemar membasuh terus cawan yang direnangi semut berbanding menspray mereka dengan Shieldtox.

7. Walau bagaimanapun, saya amat sanggup menekan Shieldtox apabila berhadapan dengan lipas sambil menjerit namun gagah menekan spray.

8. Saya harap lipas yang telah tewas itu pupus sendiri kerana saya tidak sanggup untuk sapu dirinya kerana itu akan membuatkan saya make contact dengan dia secara tidak langsung. Lipas - Penyapu - Saya - Penyapu - Lipas.

9. Kerana saya bermurah hati dengan semut, merekalah yang akan mengusung lipas tertewas itu ke lubang pengadilan dan lenyap dari pandangan mata saya.

10. Inilah yang dikatakan, berbakti kepada tanah. Ini sering saya lakukan.

11. Saya suka menyapu daun-daun kering yang bertaburan di atas simen ataupun tanah kerana bunyi seretan daun itu sangat mengasyikkan dan seakan-akan rangup.

12. Saya tidak suka apabila makanan yang saya sangkakan masin dan pedas sebenarnya manis contohnya sambal ikan bilis, ayam masak merah dan mi bandung. Saya akan emo secara tiba-tiba. Namun jika namanya ayam madu, saya tidak emo. Ia memang sedap.

13. Dan sekiranya asam yang saya beli, saya harapkan ia masam. Kalau manis, namanya bukan asam. Namanya anis. Namun jika ia manis, saya akan letakkan di dalam peti ais, mengharap dua orang Piranha yang ada di rumah saya habiskan.

14. Saya amat sukakan kucing saya. Mereka sangat comel dan menggeramkan. Jika mereka ingin bermanja di atas peha saya, saya akan suruh mereka naik sendiri instead of saya angkat kerana ini akan membantu daya anjakan paradigmanya. Namun apabila ia tidak mampu melompatkan badannya yang dipenuhi lemak, kuku mereka akan terbenam ke dalam kulit saya sehingga mata saya berair. Namun saya tidak pernah membenci kucing walaupun mereka kerap melukai saya.

15. Jika ada seorang lelaki kacak dan seekor kucing di tengah jalan dan hampir dilanggar jentolak, saya akan habiskan nyawa saya demi kucing terbabit. Kerana lelaki itu tentunya punya kaki yang panjang berbanding saya, justeru dia haruslah pandai menyelamatkan diri. Jentolak jek pun, bang.

16. Dulu saya tidak gemar memakan buah salak kerana saya sangka rasanya masin seperti daging tenggiling salai. Sedangkan sejak saya pandai membeli makanan sendiri di kedai runcit, saya amat gemar makan jeruk yang berwarna putih serta manis bernama jeruk buah salak.

17. Saya hingga kini kurang menggemari kismis dan kurma kerana kemanisannya sukar untuk saya terima. Namun lolipop oren sangat sedap!

18. Saya pernah menyukai seorang senior ketika di sekolah menengah. Tidak lama kemudian, senior itu terbabit dalam kemalangan yang amat teruk. Saya pernah menangis berguling-guling di hadapan kakak saya tanpa segan silu kerana terdengar lagu nasyid dendangan Rabbani, Pergi Tak Kembali.

19. Dulu saya pernah berfikir, di antara demam, selesema, batuk dan pening, saya lebih rela selain daripada pening kerana pening adalah pembunuh mood saya. Namun saya lupa, kenapa tidak disertakan saja option sihat selalu di situ. Jadinya sekarang, saya tidak pilih demam, selesema mahupun batuk. Saya mahu sihat selalu.

20. Saya sudah lali apabila muncul pertanyaan, "Ni anak kau ke, Lah?", "Ni adik BETUL kau ke, Fizah?", "Adik jiran ke ni, Felah?" kerana soalan-soalan bedebah itu telah saya dengari sejak saya lahir ke dunia. Ya, saya berbeza dengan pihak atasan, namun saya yakin saya comel sedikit.

21. Saya amat gemar menaip apabila bertemu dengan keyboard yang rangup. Bila ditekan, ia amat meyakinkan dan lancar. Jadinya saya sering menaip panjang-panjang ketika berYM dengan rakan-rakan. Ya, amat panjang. Nak YM dengan saya? Ish, tak perlulah. (Boleh juga dilihat dengan gaya penulisan saya di sini sudah memadai.) Anda akan tidak larat melayan. Kerana itu, saya sering dibalas, "baiklah..", "ooic.." dan - user has signed out- selepas menaip 23 baris perbualan.

22. Saya pernah melakukan perkara bodoh yang hingga kini saya sesali. Saya pernah berlari ke arah seorang pengacara lelaki yang tembam dan menjerit, "Hai abang! Saya minat sangat Abang *Tuuut*!" dengan muka yang amat excited. Pengacara yang dah tenggelam dek zaman itu hanya senyum sinis dan kata, "Ok."

23. Saya pernah excited jumpe itik hidup di UiTM Arau.

24. Hingga sekarang masih menyimpan impian untuk terserempak dengan tapir melintas di Puncak Perdana, namun apakan daya..

25. Saya sangat gembira apabila ini adalah nombor terakhir buat tugasan ini. Sekian.



* * *


Memang langsung tak edit sebab malas demi menjaga sesucian kenangan lalu. Walaupun kesemua 25 hal di atas banyaknya merepek, namun saya seperti biasa, menulis dengan jujur. Boleh abaikan bahasa rempit kalau kamu tak suka. Saya ada dua personaliti, maka maafkan sahajalah, kui kui kui.


Tag ini dibuat pada 10 Februari 2009.


. . . . .


. . . (-_______-')


Itu baru setahun lebih yang lalu... T_________________T 


Zaman remaja apakahnya woi! 


Dalam setahun lebih itu sahaja, saya sudah berubah menjadi si tua yang membosankan dan seperti baik perilakunya walhal perangai cam syaitooooon!


Eh, dah pukul 6. Perlu siapkan kerja lagi sikit, sebelum bergegas tengok 
Cinta Kirana.


Oh, lupa. Saya pun tak mahu tag sesiapa, sebab ini sangat panjang. Melepuh kulit kepala nak fikir. Tapi kalau sesiapa rasa dia comel, marilah buat dan beritahu saya ya! :D Lagi jumpa!

5 comments:

Zera Ghazali said...

Hahaha! Berguling-guling saya ketawa apabila baca yang no 18 tu! =D

Reyna Ren said...

Saya teruja ingin tahu yang no 22. hahaha..

a little less conversation said...

26. Saya sangat berterima kasih kepada sesiapa yang sanggup habiskan membaca sehingga no 25 dan melemparkan komen..hoho

Shukri Mohd Ali said...

salam.

haha. tahniah! cik Husna memang best! (^_^)

kelakar la. tak tahan nak ketawa. hahaha ;D

Husna Adnan said...

Ombak Jahat,
Hahaha! Tapi memalukan okey!!
Kakak saya sampai terkedu.
Hadui, menyesal betul!

Yin,
Itu *tuuut* bukan mencarut tau.
Itu tak mahu sebut nama pengacara tu.
Tergamak betul berjujur dan diabaikan.

Rafi,
Hahahaha! Ya, ya, betul!!
Terima kasih semua! :))

Shukri,
Wa'alaikumsalam.
Hahaha! Terima kasih ya!! :">

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...