31 October 2010

♥ Korea #1 ♥

Assalamualaikum, kawan-kawan.

Alhamdulillah, semalam jam 10 malam, saya sudah tiba di KLIA. ^_________^

Serius sangat rindu Malaysia, walaupun cuma seminggu di Korea. Makanan berbeza, tempat solat hampir tiada (kecuali sebuah masjid di Seoul) hingga kami solat di dewan seakan-akan dewan kuliah yang lantainya bertangga-tangga, tandas mereka tiada air (namun ini tidak begitu menyusahkan kerana kami sudah tahu, maka masing-masing bawa botol kosong di dalam beg walau ke mana sahaja kami pergi), cuaca musim luruh tiba-tiba dicampur dengan cuaca musim sejuk apabila merasa hampir -7 darjah Celcius hingga bersalji dan hidung berdarah, kurang interaksi dengan masyarakat di sana kerana perbezaan bahasa, dan asyik teringat wajah yang tersayang di Malaysia. Ehem. ;))

Saya juga rindu kucing-kucing, rindu bilik, rindu kehangatan mentari Malaysia, rindu ayam T____T (tak fasal-fasal ayam pun dirindui), makan sayur daun hijau walaupun di Malaysia, hagham nak sentuh, kah kah kah! Malah saya terpaksa makan nasi tiga kali sehari kerana itu sahaja yang dihidang. Orang Korea memang 'nasiholic'. Haha! Saya kurang minat nasi putih. Boleh kata, sehari sekali, ataupun tidak makan nasi lama pun tidak mengapa. Saya lebih suka roti. Tetapi di Seoul, merasa juga daging ayam dan lembu, juga roti nan sebab ada restoran halal. Terima kasih pemilik restoran!!! Jasamu kukenang selalu. Ewah! :D

Selain daripada itu, kulit saya mengelupas, di pipi, dagu, juga betis. Padahal jenuhlah sapu krim itu ini pada muka, dan pakai pelembap pada badan. Suhu kejap okey, sekejap terlalu sejuk. Sebab itulah kulit saya jadi kering dan mengelupas. Namun sudah mahu jadi, nak buat macam mana kan. *bunyi macam pasrah....*

Sekarang, suhu badan saya meningkat naik. Sedang demam panas, batuk, selesema, dan sakit mata kerana ada bendasing di dalam mata hitam saya. Sudah ke klinik tadi, doktor kata mungkin spora, seperti yang saya jangkakan. T______________T Mari doakan saya cepat sembuh. Perlu pergi ke hospital pakar pula rasanya selepas ini. Harap larat bawa badan.

Tetapi....

Saya bukan sedang mengadu domba ataupun mengeluh. Tidak sama sekali. Cuma mahu tegaskan, memang Malaysia sahaja yang sesuai dengan saya, kerana ini hidup saya. Tempat lain, walau secantik mana, tetap hanya mimpi. Badan kampung saya ini cuma selesa di Malaysia, walau sepanas mana pun bumi tanah air saya ini. Sangat bersyukur Malaysia ini begini... Y_________Y

Maka saya sangat seronok dapat pulang. Sangat-sangat seronok!!! Oh yeah! :D

Yang menariknya di Korea?

Korea memang cantik, terutama Pulau Jeju. Serius. Ini tidak boleh tipu. Bersyukur juga dapat peluang dan rezeki ke Korea. Masyarakatnya, yang saya paling suka, murah senyuman. Walaupun pada awal dilihat seperti masam dan sombong, namun selepas saya tegur, mereka akan tegur balik dan tersenyum ikhlas. Sebut sahaja, "Anyeong haseyo", mereka akan balas balik dengan "Anyeong haseyo" dan senyuman ikhlas. Saya sangat suka bab ini! (^_^)v

Selain itu, mereka bangga dengan bahasa Korea, hingga tidak fasih berbahasa Inggeris. Ini ada baik buruknya. Namun jika dilihat dengan sangkaan baik, mereka sayangkan budaya mereka. Makan minum, masih seperti dulu. Nasi dan lauk yang sama, seperti dulu. Bahasa yang sama, seperti dulu, walaupun asalnya, bahasa Korea ini adalah perubahan daripada bahasa Cina. Sebab itu kebanyakan orang Korea juga fasih berbahasa Cina.

Walaupun tandas mereka tiada air kecuali di sinki, tandas mereka bersih dan tidak pernah keputusan tisu. Tiada bau yang tidak menyenangkan, seperti negara lain yang juga tidak ada air di tandas mereka. Memang pembersih orang Korea ini, walaupun semasa musim sejuk, mereka tidak mandi. Hahaha! Ada hotel yang tidak sediakan tuala kepada kami kerana mereka tidak mandi, berbanding kita, yang sudah biasa hari-hari mandi.

Dan satu lagi yang saya kagum, orang Korea buat apa pun dengan sebab. Mereka tidak mandi pun bersebab. Ada kawan emak saya di Korea memberitahu, inilah sebabnya mereka tidak mandi selalu. Mereka mandi berselang hari. Bukan sebab malas ataupun takut air yang sejuk, namun demi menjaga kelembapan kulit. Air sejuk akan buat kita menggigil hingga rasa nak mati, air panas lebih selesa, namun akan mengeringkan kulit. Terus terang, kita pasti tidak dapat ikut budaya ini, namun mereka sudah biasa. Mereka juga tidak berbau yang kurang menyenangkan, hehe.

Semasa melawat ke istana lama mereka, lantainya dibuat tidak sekata, supaya rakyat jalan pandang ke bawah demi mengelakkan tersadung. Ini sekali gus melihatkan rakyat mereka seolah-olah tunduk kepada raja. Juga apabila mereka meletakkan kayu penghadang di hadapan pintu, bagi mengelakkan angin masuk. Sebenarnya, juga supaya orang yang masuk, secara automatik, akan menunduk sambil berjalan masuk, seolah-olah hormat kepada tuan rumah. Semuanya dibuat bersebab. Bukan main buat sahaja. Menarik, bukan?

Emm... okeylah. Ini sekadar mukadimah saya. Nanti apabila sudah sihat dan gambar juga sudah sedia dipilih-pilih, saya akan kongsikan perjalanan saya di sana selama lapan hari dan enam malam itu. Keseluruhannya, Korea memang negara yang menarik dan cantik! :D

Oh, sebelum terlupa (apa hal ayat macam sangat bersopan dan ala-ala karangan budak sekolah ni?), saya selalu update di FB Husna Adnan sepanjang di sana apabila berkesempatan, maka ada gambar-gambar dan cerita sudah saya kongsikan dengan mereka di sana. FB rakan-rakan yang satu lagi, saya tidak sempat update kerana masa yang singkat. Jadi saya mohon maaf kepada rakan-rakan di sana kerana seperti berat sebelah. Nanti akan diceritakan kenapa semua ini berlaku. Memang macam-macam hal, hingga saya hanya dapat update apabila ada perkhidmatan WiFi di hotel. (Macamlah mereka kisah, Husna oooooi. Hahahaha!)

Apa-apa pun, kita jumpa nanti ya! :D

8 comments:

Ampuan Awang said...

Wah, dahlah rupa comel, bertambah comel lagi bila dapat terbang ke korea. nasib badan orang tidak ada seorangpun yang tahu.....

Juw-one said...

tahniah!!! mmg best!!!

samanosuke_04 said...

1 jer gambar? nak banyak agi.. kalo bleh sila review secara kaw2 korea nie.. hehe, berhajat nak pegi satu hari nanti.. hohohoh

..SmiLiN'... said...

waaahhh!!!!!!pergi tidak mengajak....kembali tidak memberi apa-apa kah??sungguh kejam!!!sangat mahu merajok!

bojan said...

takkanlah satu sahaja gambarnya cik senah? mana yang lain?

Husna Adnan said...

Tuan Ampuan Awang,
Hahaha! Apalah pula kaitannya.
Namun alhamdulillah...
Tahun lepas saya sangka tidak berpeluang.
Dapat juga pergi... hehe.

Juw-one,
Terima kasih!! :D

Dr. oracle,
Baik, nantikan entri sambungannya nanti ya. Insya-Allah, hehe.

Cik Shila!!
Hehehe... saya kembali membawa perkhabaran yang saya sudah pulang. Boleh? Hihihi. Janganlah merajuk... ;))

Jan, yang lain kena pilih-pilih dulu. Banyak gila!!

~ain said...

Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Mengapa perlukan batu? Bukankah emas lebih baik berbanding batu?

(Kalau dah duduk negara oeang baru faham peribahasa ini)

Kan?

Husna Adnan said...

~ain,
Benar sekali...
Kalau sesiapa tak pernah keluar negara, memang kurang faham kenapa. Tak, bukan setakat keluar negara, tetapi keluar negara dengan kadar yang lama, dan cuaca serta makanan amat berbeza dengan negara sendiri. Huhuhu T_________T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...