Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^___________^
Cuaca sangat panas kan dua tiga menjak ini. Saya tak berapa suka buka pendingin hawa, namun terpaksa juga membukanya supaya bil air pula tidak melambung. (Ha... lihat, lihat. Bukan penghawa dingin, tetapi pendingin hawa. Maksudnya, alat yang mendinginkan hawa. Bukan alat yang menghawakan dingin. Okey, murid-murid? Wahaha.)
Okey, kembali kepada cerita panas tadi. Rupa-rupanya, bahang yang hangat ini berpunca daripada Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. Ayat macam ayat berita bukan? Sudah tentulah kerana saya ambil dari sini.
Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi." - Saw Bun Liong, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ya Allah ya Tuhan kami, semoga cuaca di Malaysia tidak lagi sehangat sekarang, dan semoga minggu depan cuaca redup dan menyenangkan akan menghiasi ehem ehem. Hanya doa dan kipas yang mampu diusahakan. Kalau mahu bawa kipas sendiri, juga boleh. T_T
Mungkin juga kehangatan yang melanda, menyebabkan saya melakukan kerja gila yang agak banyak semalam. Mari teruskan bacaan.
Walaupun cuaca Malaysia sangat panas, namun saya tidak mampu dan tidak mungkin melarikan diri ke San Francisco. Itu bukan kerja gila yang saya maksudkan.
Kami cuma ke Pizza San Francisco, Bangi. :)) Hahahaha!
Sabtu yang lalu, saya dan emak makan malam di situ bersama kakak kedua, Wafa Munirah (bukan nama sebenar) dan abang ipar. Yang lain, semua ada hal masing-masing. Tak fun fun fun fun langsung. Orang nak belanja pun jual mahal. Huh! <- *emo*
Ini kali kedua saya makan di Pizza San Francisco. Pertama kali di Wangsa Maju. Kali ini di Bangi. Boleh dijangka, bil nanti adalah agak mahal berbanding makan di Pizza Hut. Tapi mahal itu pasti ada sebab kan. Ayuh baca lagi. (T_T Ayat manalah yang aku tiru ini.)
Kakak saya pesan kupang ini sebagai pembuka selera. Tepat-tepat ada empat, cukup untuk semua, tetapi emak dan abang ipar tak mahu, jadi kami berdua sahaja yang makan. Sedap! Sedikit rasa pedas dan sangat lembut! ^_____^
Kemudian datang semua pesanan utama.
Ini kepunyaan abang ipar. Chicken chop. Ayam itu sangat besar! :O
Ini pula lamb chop. Emak dan kakak pesan ini. Mereka kata sedap, cuma banyak lemak. Saya cuma kacau kentang mereka sedikit, sebab nampak sedap. Hehehe. Memang sedap pun.
Ini pula saya punya. Spageti bersama ikan gril kot. Ke ikan kukus. Saya juga tak pasti. T_T Tapi sedap! Spageti ini spageti kering, tak ada sos tomato itu. Lazat seperti yang dibayangkan. Oh~
Sedang makan-makan, piza pun sampai. WARGH!!! Perut sudah bagai nak pecah, namun mulut tetap menganga demi memuatkan ini. Hahaha! Gelojoh sangat aku. Tapi pizanya tak muak, ala-ala Domino's sikit. Rotinya rangup.
Ini air saya. Lime Special nama dia. Dalam keadaan panas begini, saya memang asyik teringat rasa air limau yang segar ini. Wowowowo.
Air orang lain, tiada gambar, sebab... malas. Ho ho ho hoi. (YoY)
Jumlah kesemua yang kami lahap pada malam itu adalah: RM 137++
Agak mahal, awak tak rasa begitu? Namun makanannya semua sedap, berbaloi rasanya. Nasib baik abang ipar yang belanja, hehehe. Alhamdulillah....
Kemudian, bergambar kenang-kenangan dengan emak di Pizza San Francisco itu. Dan gambar itu saya upload di FB, atas satu sebab utama. Sebabnya adalah, pada suatu hari nanti, emak akan jadi insan yang dicari-cari. Maka saya mahu kawan-kawan saya kenal yang mana satu emak saya, kerana tahun lepas semasa di majlis kakak saya, semua duit salam kaut diberikan kepada mak cik saya, Cik Jah, sebab mereka sangka Cik Jah adalah emak kami. Hahahahaha! Kasihan emakku... :))
Esok, kiraan sudah jadi 1 digit. Saya kena kurangkan bermain-main, dan fokus pada amal ibadat, persiapan, dan juga editing yang deadlinenya pada hari Ahad ini. Jadi, berusaha Husna Adnan! Banyak lagi yang perlu dilakukan!!!
AYOOOOOOOOOOH!!!
Jumpa lagi!!!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
3 comments:
igtkn nk honeymoon kt san francisco... buat gempak jer itu tajuk daa.. hahaha.. :D
Saya 'like' page itu untuk 'like' gambar comel Husna. Wah, wah, wah!
Hahahaha~
Harap-harap Husna menang. Amin.
(^_^)
Izati, hahaha! Mana la mampu... :))
Anim, terima kasih banyak-banyak!
Hahaha dengar cerita dah makin jauh kebelakang. Tak apalah.... :">
Post a Comment