20 May 2012

Mei yang manis. Sangat manis.

Assalamualaikum.

Hari ini, 20 Mei 2012. Mengikut kalendar masihi, usia perkahwinan kami sudah setahun jagung. \(^o^)/ Alhamdulillah. Hee... tak sangka. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun rupa-rupanya. Syukur sangat. Semoga kami terus kekal bahagia selama 10 tahun, 20 tahun, dan hingga ke akhir hayat, seterusnya ke syurga, amin... amin ya rabb!

Serius tak sangka ini setahun yang lalu. :')

Sebenarnya, banyak perancangan mahu dibuat sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami. Mahu ke sana, mahu ke mari, mahu makan di situ, mahu makan di sini. Namun perancangan Allah lebih baik, kan? Pada hari ini, saya perlu berada di rumah, sambil berpantang. He he.

Siapa sangka, baby yang dijangka lahir pada 10 Jun 2012, akhirnya lahir pada pagi 13 Mei 2012, yakni Ahad lepas. Sudah seminggu umur baby girl yang comel itu. :') Oh~ masa memang cepat berlalu. Tetiba si comel sudah menjadi si cantik, dan minta kebenaran mahu berkahwin. *tak memasal*

 Permata hati 

Buat masa ini, namanya masih belum rasmi. Patutnya semalam mahu daftarkan di JPN, namun tutup pula. Maka perlu tunggu esok. Mahu tahu? Nama baby dah banyak kali tukar, sebab nak cari nama yang betul-betul sesuai, dari segi makna, dan sebutan. Sekarang perlu tunggu lagi sehari, entah apa lagi nama cadangan bakal menampilkan diri. He he.

Ada banyak nak cerita. Pengalaman bersalin, pengalaman berhamil, pengalaman berpantang, tetapi saya fikir, adalah lebih 'kemas' sekiranya saya cerita hal-hal wanita dewasa itu di blog satu lagi, yakni husnazry.blogspot.com. Belum buka kepada bacaan umum sebab nak kemas-kemas dulu. Masa awal-awal buat blog itu, bersemangat habis! Tup-tup baby dah lahir, entri terakhir adalah pada bulan Februari. Sungguhlah tidak patut! :))

* * *
love 4471 sweet love quotes short love quotes romantic love quotes inspirational love quotes break up quotes

Kepada Nazry Salam, suamiku,

Terima kasih kerana sudi memilih diriku sebagai suri hidupmu. (Ececeh, awal-awal dah blushing touching-touching sambil menaip.) Walaupun sepanjang setahun ini, pelbagai perkara yang perlu kita tempuhi, namun saya bersyukur kerana kita masih satu. Senyum tawa, berendam air mata, awak tetap menjaga saya, menyayangi saya, tanpa prejudis. Kita saling jujur dan berkongsi rasa, dalam setiap perkara. 

Dan pada setiap caci yang mereka beri, pada setiap kata yang mereka reka, awak selalu ada di sisi saya. Pada setiap kejayaan yang kita bina, pada setiap kegembiraan yang kita tempa, awak selalu ada di sisi saya.

Selalu ada. :')

Kerana jalan kita sehala, maka di mana ada awak, di situ ada saya. Begitu juga sebaliknya. Insya-Allah, saya akan cuba temani awak di mana jua, hingga tiba hari, yang saya tidak lagi mampu berdiri, tidak mampu tersenyum, tidak mampu ketawa pada setiap bait lucu yang sering menghiasi ruang kamar kita. Namun tetap dalam hati, awak penghibur duka lara.

Pada hari ini, pada ulang tahun pertama kita, kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, dari hati ke hati, ditemani si kecil penyambung zuriat dan cinta kita. Apabila melihat dia, saya terkenang awak. Apabila melihat awak, saya terkenang dia. Rasminya, awak dan dia adalah nyawa saya. Saya sanggup bertahan, walau apa jua yang mendatang, demi melindungi kamu berdua. 

Kerana cinta saya, sayang saya, kepada kamu berdua, kerana Allah.

Hanya kerana Allah.

"Kita satu keluarga, tiga bersahabat."

Itu ayat awak semasa membelai si comel yang sedang lena tadi. Hehe. Comel sangat. Insya-Allah... kita akan terus bertiga dan bersahabat, hingga tiba rezeki seterusnya. Semoga kita, abah dan ibu, berjaya mendidik dan membesarkan si comel kita, si kenit kita, hingga menjadi insan berguna kepada agama, keluarga, bangsa, dan negara. Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita, amin....

"Semoga kita kekal bahagia, hingga jannah... insya-Allah."


Isteri dan ibu kepada zuriatmu,
Ikhlas dari hati terdalam,
Husna Adnan.

* * *

Hari itu tengok iklan di TV.
Terus cakap, "Tak pernah makan Kinder Joy walaupun selalu nampak."
Tetiba semalam dah dapat. Sedapnya! (^_^)
Terima kasih kesayangan kerana belikan.

Terima kasih juga kepada kakak saya, Felah, sebab sekalikan kek ulang tahun kami dengan kek hari lahir in advance Abang Raihan, abang ipar kami yang patutnya esok. Walaupun tidak dapat merasa, tetapi tetap berterima kasih. Dan terima kasih juga sebab selalu belikan barang-barang sepanjang pantang. Sekali lagi, terima kasih Felah dan Abang Raihan, juga semua ahli keluarga umumnya. :')

Ucapan terima kasih paling tidak terhingga, kepada emak, Puan Halilah, kerana menjaga kami dengan sabar. Tolong mandikan baby, dukung baby bila dia menangis, masakkan makanan, sediakan minuman, dan macam-macam lagi yang tidak tertulis. Ini baru seminggu berpantang. Ada beberapa bulan lagi. Oh~ pasti emak akan bertambah kurus. Terima kasih, mak. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. :')

Tidak dilupa, sekali lagi, terima kasih kepada Encik Suami, kerana berjaga malam bersama, menukarkan lampin baby di kala ibunya tidak larat bangun, vakum dan kemaskan bilik supaya kami selesa di dalam bilik ini, lipatkan baju, dan macam-macam lagi. Semoga Allah membalas segala jasamu dengan kebaikan juga, amin... Selamat ulang tahun, Sayang! (^_^)

I am bless, with love from all of you. 
Thank you.



Doakan saya dan baby, juga abahnya sihat walafiat ya!
Selamat berpantang kepada diri sendiri!
Selamat ulang tahun, Husna & Nazry!

P/S: Terima kasih kepada Ain & Afiq Hasaza, Dayah & Helmi, Cikpuan Azzah, Waida, Kak Izanor, Gee, Kak Tim, dan Salhah & Nizam Pac, kerana datang melawat baby bersama pemberian yang pelbagai. Juga kepada semua rakan dan sanak saudara yang mendoakan kami di Facebook dan SMS. Semoga kalian semua dirahmati Allah, amin.... (^_^)

19 comments:

Nazry Salam said...

Terima kasih kembali, kesayangan. Semoga semua doa awak dimakbulkan Allah, amin.... <3

ILY.

NamikPasha said...

tahniah puan. selamat menjalani kehidupan sebagai ibu :D

ben osman said...

aww.. tahniah husna :D
nanti 12 mei sambut ulangtahun, 13 mei sambut birthday baby girl laa ^u^

drzirakudo said...

Kak husna tahniah..my Allah bless u trio !! Hehe

Anonymous said...

Tahniah ya puan Husna. Bulan-bulan mendatang cabarannya berbeza2. Tapi saya tahu Husna akan tabah. Seperti selalu.

Lepas ini pasti blog penuh wajah2 si kecil. Emak2 begitulah. Haha.

Iva yunus

Anonymous said...

alhamdulillah, seronok membaca luahan puan husna...penuh dengan kebahagiaan, semoga puan husna selamat berpantang dan berbahgia dengan insan-insan tersayang....=)

Husna Adnan said...

Encik Suami Nazry Salam:
Sama-sama! (=^____^=)
Amin... amin...
ILYT! <3

Tuan Namik:
Insya-Allah... terima kasih! :D

Faten Osman:
Terima kasih!
Haha! Terawal la, Faten.
Tak sempat nak siapkan projek kita.
Nanti apa-apa kita emel k!
Ulang tahun 20 Mei la Faten... hehe.

Zira:
Amin... amin...
Terima kasih, bakal doktor! (^_^)

Puan Iva Yunus:
Terima kasih!
Insya-Allah akan cuba bertabah!

Anon Yang Baik Hati:
Amin.. terima kasih banyak-banyak! :D

hidayah said...

Tak saba tgu nama baby yg comel diumumkan =)

Zera Ghazali said...

saya pun tak pernah makan kinder joy huhu tak sabar nak tengok gambar baby ^^<3

Husna Adnan said...

Kak Yaya:
Kite pun tak sabar!
Abahnya ni berlengah lagi, haha.

Zira @ Ombak Jahat:
Sangat sedap tau!
Macam dessert orang kaya.
Sikit, dan sedap, ekeke.
Nanti baby dah sihat sikit, saya share gambar dia k! ^____^

Zera Ghazali said...

oke! tentu comel macam ibu dia kan hehehe saya fikir kinder joy tu makanan budak budak sekolah rendah sebab tu tak pernah beli hahaha lepas ni nak cuba rasa lah :)

DeeN said...

Salam,

Tiba2 teringat waktu saya berpantang tahun lepas. Tak sabar nak tggu nama baby diumumkan. Ekceli nama Husna berada dlm list teratas utk nama baby saya, tp last minute tukar kepada Humaira. Hmm.. kalau ada rezki mungkin sesuai utk calon yg seterusnya. :)

Oh ya, apapun selamat berpantang cikpuan Husna. Semoga baby, ibu dan abah sentiasa dlm keadaan sihat wa'alafiat. Dilindungi Allah s.w.t selalu. Tahniah juga utk anibeseri yg pertama.

Husna Adnan said...

Zira:
Alhamdulillah, semua baby kan comel... hehe. Aah, nanti cubalah! Memang macam budak sikit, sebab ada hadiah misteri dalam tu. :))

Cikpuan Deen,
Salam kembali. (^_^)
Wah.. semoga ada rezeki bagi mendapat baby baru nanti. Hari itu waktu ada event, saya berkenalan dengan satu keluarga. Anak pertama puan itu namanya Husna, manakala anak keduanya nama Humaira. Haha! Dan, nama watak utama dalam buku yang saya tulis (Kisah Si Puteri), pun Humaira juga! Nampaknya Husna dan Humaira begitu kuat jodohnya, hehe.

Amin... amin... terima kasih atas doa dan ucap tahniah! Semoga cikpuan juga dirahmati Allah selalu, amin... <3

~ NANA ~ said...

so sweet this entry ^_^

congrats dear :)

Liza Zakaria said...

Lama tak melawat..sekali dah bertiga..Alhamdulillah dan tahniah...selamat berpantang..comel sangat bb girl tu...

Nor Ain said...

subhanallah . bestnye . tahniah utk korang suami isteri . semoga berbahagia selalu . dikurniakan babies yg sihat , comel dan bijak . insyaAllah : )

Husna Adnan said...

Eh, Nana datang blog saya! :')
Terima kasih, Nana!
Saya selalu baca entri blog Nana.
Tapi silent reader gitu. Segan.
Tahniah untuk Nana juga! <3

Liza Zakaria:
Terima kasih! Alhamdulillah.
Tadi jengah blog Liza, pun sedang expecting ek! Good luck, k! :D

Princess:
Alhamdulillah, terima kasih!
Amin... insya-Allah. (^_^)

ben osman said...

ahahaha.. salah baca tarikh. malunya (-///-)

Husna Adnan said...

Hahaha! It's okay lah! x))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...