Assalamualaikum.
Wah... sudah masuk bulan Jun, namun entri terakhir masih berkenaan kemanisan Mei yang akan kekal manis hingga bila-bila itu. Auwww.
Bulan Jun juga adalah bulan yang bakal menjadi manis, kerana beberapa perkara. Oh oh tidak sabar! \(^______________^)/ *menari-nari*
Nama baby kami! (^_^)
Pertama: Afia Zara akan berusia sebulan pada 13 Jun. Ololo... cepat masa berlalu kan. Waktu itu, Afia Zara sudah melepasi EDD yakni 10 Jun, maka kiraan CA dia adalah tiga hari. Tetapi sekarang pun sudah boleh angkat kepala dengan tinggi. Si kuat yang gemar menangis dan tersenyum juga! :))
Kedua: Pada 15 Jun, hari lahir Encik Suami. Oh~ so sweet. Tetapi sayangnya, sama seperti sambutan hari ulang tahun perkahwinan, saya masih berpantang. So... no cake for me. *sobs*
NAMUNNNNNNNNN!
Ketiga: Saya akan habis berpantang pada 26 Jun! Yahuuuuuu! =D =D =D
Nanti insya-Allah mahu qada' segala sambutan yang tertangguh, dan sambung membeli-belah barangan untuk Afia Zara. Wee... barang baby girl sudahlah sangat comel. Pasti rambang mata weolls! (@__@)
SnaLaLa Blogshop juga akan kembali beroperasi Julai nanti, insya-Allah. Rindu mahu kembali berniaga. Namun sebelum tambah produk baru, saya akan berikan diskaun 50% bagi beberapa produk untuk clearance stock. Jadi jangan lupa terjah bulan depan ek!
Blog yang satu lagi itu, alahai yang ini itu, sudah dikemas-kemas. Insya-Allah akan dibuka bagi bacaan umum selepas 13 Jun. Situ awal-awal saya beritahu ya, gaya penulisan mungkin berbeza daripada di sini. Sana lebih santai dan belasah sahaja Nab. Jadi tidak perlulah menjadi Grammar Nazi. =P
Wow, banyak yang menanti pada hari-hari yang mendatang. SERIUS TIDAK SABAR MAHU BERGERAK AKTIF SEMULA. BERUSAHALAH!!!
P/S: Kepada yang enjoy habis melihat hidup orang lain sengsara dengan memutar belit keadaan, watch me. Satu hari nanti kamu pasti tersungkur. Tidak di dunia, di siratul mustaqim. Pasti. Buat masa sekarang, teruskan berlakon. Mungkin hidup kamu bosan sangat. Kui kui. :)
5 comments:
Hari lahir saya 14 Jun ini. Yeay!
Wah, ye ke?
Selamat hari lahir, in advance!
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat, amin... ^__^
:) Cepatkan habis pantang (macamlah semudah itu boleh beri arahan). Kemudian, ajak En. Abang bercuti tenangkan fikiran (macamlah tengah stres. Hahaha).
Tak adalah. Kalau rasa nak bercuti, mai lah Ipoh. Boleh duduk rumah akak. Kemudian, jalan-jalan tengok pemandangan ^^ (apa aku merapu ni)?
hye my lovely kak husna hihi ^^
Kak Hanan:
Aduuuu memang tak sabar betul nak habis pantang. Lagi 2 minggu, I am freeeeee! Haha! Banyak betul benda nak buat, nak makan, nak minum.
Insya-Allah, kak. Ada rezeki ke Ipoh, kami ke rumah akak. :D
Dr. Zira:
Hello my lovely cute future doctor! ^_____^
Post a Comment