07 August 2012

Om nom nom nom...

Assalamualaikum.

Apa khabar yalls
*sambil pose bajet comel seperti di atas*

Pertamanya nak minta maaf, sebab entri kali ini mungkin mengganggu-gugat ketahanan liur masing-masing, memandangkan lagi beberapa puluh minit kita akan berbuka. Selalunya waktu-waktu begini memang kritikal, namun saya hanya ada waktu ini bagi mengemas kini blog, memandangkan si kenit itu sedang tidur. Selalunya setiap malam saya sudah melepek kerana letih dengan segala rutin sejak bergelar ibu muda (muda ke kau???). 

Siapa suka makan kek? Sejak saya lahir ke dunia, ada beberapa orang sahaja yang tidak suka makan kek. Aneh sikit orang begini, sebab kek adalah SEDAP!!! Namun saya juga tidak makan durian, maka saya juga aneh pada pandangan segelintir pihak yang memakan durian, padahal durian tidaklah sedap sangat. Hahaha! (Adakah mereka akan makan kek yang berperisa durian? Di Secret Resipe ada jual. Kenapa perenggan ini macam lagha?)

(Hasil photo edit yang agak melampau cerahnya. T_T)


Hari itu saya tempah kek lobak dengan kawan saya. Tempah untuk makan suka-suka sahaja. Ofkoz lah makan suka-suka... kalau makan sedih-sedih tak perlulah sampai tempah kek kan. Kek yang ditempah adalah kek lobak. Separuh adunan. Asyik makan kek coklat, kek coklat, dan kek coklat, kali ini mahu cuba yang lain pula. Ada sedikit rasa cuak, kot-kot lidah tak berapa nak terima. Oh daku sungguh silap! Serius sedap, dek non! Harga pun murah sahaja, tidak sampai RM50. Dalam dia ada kismis dan kacang. Krim yang digunakan adalah cream cheese. Rasa 'ringan' walaupun makan berpotong-potong. 

Ini page dia. Jom like Mr. ChefWannaBe by RushD!

Eh, ini bukan entri berbayar tau. Blog suam-suam kuku saya ini tidak layak untuk buat entri berbayar. (Y_Y) Ini entri sukarela, sebabnya saya suka apabila kawan-kawan mula berniaga, terutama apabila mereka buat apa yang mereka minat. Macam Rushdi, tahun ini baru dia aktif belajar bakar-bakar kek. Asalnya dia buat suka-suka, untuk makan dengan keluarga dan kawan-kawan sepejabat. Tapi tiap kali dia upload gambar kek yang dah siap, ala-ala geram sampai ramai yang nak tempah. Alhamdulillah, rezeki dia kan. Sampai dah beli oven lagi ha.

Red velvet

Pecan Butter Scotch

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
(Macam yang saya tempah.)

Choc Moist Cake with Mocha Buttercream

Dan macam-macam lagilah! Semua gambar di atas kredit kepada blog beliauBolehlah sambung jeling-jeling di sana kerana saya sudah telan agak banyak juga air liur. Sudah kering bak Gurun Sahara gayanya. T_T Ha ha. Whatever.

Cumanya... disebabkan dia kerja pejabat, dia tidak sempat buat delivery. Haha! Ada rasa nak rejam aku tak? Orang sekitar Kajang dan Bangi, dan yang sewaktu dengannya, bolehlah ambil sendiri di rumah dia sekiranya mahu tempah kek yang lazat dan pantas. Pantas, sebab dia siapkan kek yang saya tempah dalam masa dua hari sahaja. Sudahlah order last minuteOrder dua hari sebelum puasa hari itu. :') Tetapi cubalah tanya dahulu. Kot-kot dia sudah upgrade servis bisnes dia kan.

Oh by the way, saya sudah ada Twitter. Kbai.

SELAMAT BERBUKA PUASA
SECARA BERPADA-PADA!
Kredit: Orang Kelakar


8 comments:

zirakudo said...

sy suke kek!!!

NARUMI ISOZAKI said...

Nasib baik baca selepas berbuka. Hehe. Memang mengiurkan. (>__<)

Btw, kita geng lah kak husna! Tak makan durian juga! *high-5!* haha~ =D

Husna Adnan said...

Zira:
BAGUS!! Kek sedap!>___<

Izati:
Haha! Tindakan bijak kerana baca selepas berbuka. Oh, yahuuuu! Kita adalah geng! *high-5 juga!* ;D

Unknown said...

durian sedap la..heehee..saya pun suka kek!lagi-lagi blueberry cheese cake. aum!

Husna Adnan said...

Haha! Peminat durian, mestilah kata sedap... ekeke. Tapi blueberry cheese cake ke, blueberry cheese tart ke, memang mengancam!

Kisah Qaseh AzRin said...

Salam kak husna.. Nk mnx email akk blh.. Ade bnde nk mnx tlg.. :(

Zira

Husna Adnan said...

Salam Zira,

Wah, kenapa itu? Ini emel saya yang amat jarang dibuka, haha!

adha.ameera@gmail.com

Sudah emel, beritahu ya!

Hanis MY said...

suka suka.. sy mmg suka cakes yummynyaaa rasa nak ngap2 je gambar tu (over acting sebab puasa kut hehe) but i am forever n ever cake lover...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...