Assalamu'alaikum.
Ya, saya tahu. Betapa bosannya blog ini dari hari ke hari. Sudahlah memang bosan, kalau makin membosankan, tak tahu tahap bosan kerak bumi lapisan keberapa kan. Layankan saja. T_T
Tinggal lebih kurang sebulan sebelum masuk 2013. Serius rasa sekejap sangat tahun 2012 ini. Macam-macam sudah jadi, namun apabila malas update blog, membuatkan saya sendiri terfikir, "Apa yang sudah aku buat?" Miahaha. Fadan vuka.
Paling best, tahun ini adalah tahun kelahiran para baby dengan membuak-buak!!! Afia dapat banyak kawan! Awal dulu mampu juga saya buat senarai nama baby yang lahir tahun ini, namun akibat terlalu ramai, saya sendiri terkejut-terkejut melihat kawan upload gambar baby comel-lote milik mereka dan pasangan. Tak sempat mahu hafal semua nama, huhuhu. Maka mommies and daddies, sila tulis nama baby masing-masing tiap kali upload gambar, hatta gambar ke-300 pun! :')
Dalam keluarga saya dan Encik Suami sendiri pun ada banyak baby yang lahir pada tahun ini. Yahuuuuuu! Mempersembahkan!
Afia Zara and the twins! ^_^
Ainul Hayat (Kakak) & Ainul Mardhiah (Adik)
Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq! ^_^
Sepupu Afia yang terbaru dan terakhir bagi tahun ini.
Minggu depan jumpa Ummi Ain dan Baby Irdina lagi, insya-Allah.
Yeah... Afia ada empat sepupu sebaya yang semuanya comel dan cute. (Macamlah maksudnya lain, kan? Haha.) 2012 memang baby booooooom meletops! Belum masuk senarai kawan-kawan Afia lagi. Memang panjang berjela yawww.
Apabila sudah ada baby kan, soalan yang biasa ditanya adalah:
"Afia minum susu ibu." ^_^
Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, saya tiada alasan bagi tidak menyusukan Afia. Sambil buat kerja, Facebook, shopping online =P, tengok Youtube, baca artikel, dan update blog, pun boleh susukan si kenit itu.
Sebenarnya... *pling pling pling bunyi imbas kembali* dulu semasa bujang, tak pernah terfikir nak susukan baby sendiri dengan susu badan. Namun saya mula bertekad mahu menyusukan baby sepanjang menjalani proses kehamilan, selain disebabkan saya bekerja di rumah. Saya kagum melihat semangat para ibu yang menyusukan bayi mereka. Sangat rajin, dan istiqamah! =D
Semangat saya makin berkobar apabila Encik Suami menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi selepas dia membaca surah Luqman, ayat 14:
“Dan
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu
bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu...." Al-Baqarah, ayat 233.
Walaupun saya juga budak baru belajar, beberapa rakan ada bertanya berkenaan persediaan BF yang saya lakukan. Baik, saya kongsikan di sini. Seperti biasa, beli botol susu, berus bagi mencuci, dan sabun khas bagi mencuci botol baby. Selain itu:
1) Pam Elektrik
Bagi yang tidak pandai teknik Marmet seperti saya, dan tidak sanggup menggunakan pam manual, juga seperti saya, saya beli pam elektrik. Mula-mula saya beli Pureen (gambar kiri), tetapi agak sakit dan tidak pernah lebih 2oz, maka saya bertukar kepada Spectra 3 (gambar kanan) milik kakak saya, hehe. Spectra 3 setakat yang saya pakai, tidak begitu menyakitkan walaupun bunyi bising sedikit. Ianya sangat berjasa jasa jasa asa sa! *gema*
Bagi saya, pam perlu dibeli sebelum bersalin, sebagai tanda berjaga-jaga, memandangkan biasanya semasa berpantang susu badan sangat banyak, sedangkan perut baby sangat kecil. Baby minum sikit sahaja, jadi selebihnya perlu dipam dan dijadikan stok. Pam setiap dua jam bagi memastikan susu badan terus dibekalkan oleh tubuh. Remember, breastfeeding is about demand and supply. Ha kemain cakap omputeh.
2. Milk Storage Bags
Selepas pam, susu itu bolehlah dimasukkan ke dalam beg plastik seperti ini, ataupun boleh juga beli botol. Mana-mana pun boleh.
Info Tambahan:
*RALAT: Suhu bilik biasa - sehingga 4 jam.
Suhu bilik dengan pendingin hawa - barulah sehingga 8 jam.*
Susu yang sudah dipanaskan, perlu digunakan dalam masa SATU JAM sahaja ya, ibu dan bapa sekalian. Lebih daripada itu, sekiranya baby enggan minum, buanglah dengan hati yang kental.
3. Cooler Bag & Ice Pack
Ini selalunya penting bagi ibu yang bekerja di pejabat, dan perlu membawa stok yang sudah dipam ke rumah masing-masing, namun perlu menempuh kesesakan jalan raya. Ice pack diletakkan di dalam beg bagi mengekalkan suhu sejuk, supaya stok susu terus beku / dalam bentuk ketulan ais, hingga berjaya dimasukkan semula ke dalam peti sejuk di rumah.
Ya, dek non. Memang mencabar sekiranya mahu terus memberikan susu ibu sedangkan ibu perlu bekerja di pejabat. SALUTE TO THOSE WOMAN! (^_^)>
4. Sterilizer & Warmer
5. Drying Rack
Selepas basuh ke, steril ke, bolehlah letak segala macam pada rak ini. Beli yang ada penutup lebih baik rasanya, bagi mengelakkan botol yang sedang mengering itu dihinggapi habuk, seperti ini (tekan Ctrl dan klik link tersebut menggunakan anak panah supaya tidak emo). Selepas botol dan sebagainya itu kering, masukkan ke dalam bekas bertutup.
6. Nursing Cover
7. Nursing Wear
Saya beli dua helai sahaja kot. Selebihnya baju biasa yang ada zip / butang di hadapan, ataupun yang lehernya boleh ditarik menjadi lebar. Nursing wear memang agak mahal, namun ia selesa dan memudahkan urusan ibu yang ditarik tudungnya oleh baby kelaparan.
8. Nursing Pillow
Selama ini saya guna bantal biasa sahaja semasa susukan Afia di rumah, ataupun di dalam kereta. Asalkan selesa bagi ibu dan baby, pakai bantal apa pun boleh. Tetapi beberapa hari lalu saya beli juga nursing pillow, atas sebab tertentu. Nanti saya buat entri reviu yang istimewa, he he.
9. Perlu tak air masak untuk baby bawah 6 bulan yang menyusu badan?
Eh tiba-tiba masuk soalan. Haha! Tidak perlu beri baby yang menyusu badan bawah 6 bulan minum air masak. Apabila dia sudah mula makan solid food nanti baru beri. Susu ibu itu sendiri terdiri daripada air. Namun kami beri juga Afia minum sedikit air zamzam, terutama semasa dia terbatuk dan tekak dia kering sejurus dia bangun tidur (kekadang dia tidur terngangaaa). Baca seterusnya di sini, dan di sini.
9. Perlu tak air masak untuk baby bawah 6 bulan yang menyusu badan?
Eh tiba-tiba masuk soalan. Haha! Tidak perlu beri baby yang menyusu badan bawah 6 bulan minum air masak. Apabila dia sudah mula makan solid food nanti baru beri. Susu ibu itu sendiri terdiri daripada air. Namun kami beri juga Afia minum sedikit air zamzam, terutama semasa dia terbatuk dan tekak dia kering sejurus dia bangun tidur (kekadang dia tidur terngangaaa). Baca seterusnya di sini, dan di sini.
Hmm... itu sahaja yang saya ada sepanjang menjayakan penyusuan susu ibu. Ada yang masih dipakai, ada yang menjadi perangkap habuk. Duduk rumah, tidak perlu banyak pelengkapan demi menyusukan baby sebenarnya. He he. ^_^
Berikut adalah antara FB group yang dapat membantu para ibu berkenaan BF:
Baiklah. Itu sahaja buat masa ini. Sekiranya saya ada silap di mana-mana, beritahu ya! Saya juga masih belajar. Segala kesilapan pastinya kelemahan saya.
"Saya sudah 6.3kg! Saya suka susu ibu!"
Jumpa lagi! ^_^
P/S: Saya memang menyokong penyusuan susu ibu, namun saya tidak menghakimi sesiapa yang tidak menyusukan bayi mereka, dan menggunakan susu formula. Pasti ada sebab masing-masing, dan setiap ibu sayang anak-anak mereka. Saya sendiri adalah bekas bayi yang membesar dengan susu formula dan Nestum. Saya hargai setiap usaha emak saya dalam membesarkan saya dan adik-beradik. Saya sekadar kembali kepada fitrah, atas keizinan Allah kerana mengurniakan rezeki yang masih tidak putus untuk Afia. Peace out. XOXO
Kredit bagi kebanyakan gambar: Google
8 comments:
kak husna, sye smpannn info2 ni smpai kawen bleh :P haha
Entri yang super comel! ^_^
Dr. Zira:
Boleh... boleh. Sila simpan. Haha!
Encik FEEQRY:
Auwww terima kasih! ^_^_^_^
entry yg padat dgn info :)
Wowwi nice! I loike padat dan lengkap, afia is sooo lucky.
Wah! Info lengkap penyusuan. Syabas cikpuan Husna :)
Nana:
Terima kasih, Nana!
Entri-entrimu menjadi inspirasiku. ^_^
Hanis MY:
Thanks, Mama Hamza!
Kak Ezee:
Wah, Kak Ezee sudi tulis komen di sini.
Alhamdulillah, terima kasih kak! ^_^
Where can I find the blue container to store clean bottles?
Post a Comment