Hayoooh yuooolls... serius eh. Semakin lama semakin mencabar nak update blog. Entri ini sahaja, dah mula taip sejak Jumaat lepas. Selasa baru dapat publish. Sensasi sangat gayanya, padahal entri pendek sahaja pun. :')
-
Assalamualaikum. -
Jumaat
lepas (15 Jun) adalah hari lahir Encik Suami yang peramah (boleh gitu gaya
pengenalan? Asyik tulis suami tersayang, suami tercinta, too mainstream-lah,
kahkah). Ouwww... sudah menganjak setahun lagi umurnya, alhamdulillah. Semoga
Allah kurniakan dirinya kesihatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin... amin....
Pukul 8 pagi, sambil
uruskan Afia, bukalah FB. Tup-tup nampak mak upload gambar kek
di atas, secara langsung dari pejabat beliau. Wah! Untunglah, BangAie. Kami tak tahu pun mak ada tempah kek hari
itu. Terima kasih, mak yang baik hati! Walaupun dalam pantang, tetap makan
sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, sebab dah banyak sangat
kek yang terlepas. Kek ulang tahun perkahwinan + hari lahir abang ipar, dan kek hari lahir
adik bongsu. Kali ini tidaklah sanggup memandang sajo. (Y_Y)
Kepantasan tangan adalah
bukti keterujaan.
Kemudian
Ahad lepas, adalah hari bapa kan kan kan? Teringat ucapan yang saya tulis pada wall Encik Suami tahun lepas.
Alhamdulillah,
Allah mendengar doa saya. :')
&
Selamat Hari Bapa
~ Kesayangan! ~
(^_^)
* * *
Apabila difikir-fikirkan
kembali jalan hidup ini, ada manis, ada pahit. Dan apabila membuat entri sebegini,
saya berasa sangat bersyukur, kerana masih punya emak, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan... dan
paling penting, punya suami dan zuriat penghibur duka lara. Tidak semua dapat
kebahagiaan dunia dan akhirat seperti ini.
Dan... kerana begitu
sibuk dengan urusan keluargalah, saya kena curi masa semata nak update blog.
Rasa nak berhenti berblogging pula, mengenangkan hidup sekarang yang tidak
boleh berlagho-lagho seperti dulu. Haha!
"Life is shorter than most have thought." - Hold
My Hand, Maher Zain
MAKA!
Tidak sabar menanti
hari-hari selepas 26 Jun!!!
Chargas! v(^__________^)v Chargas!
P/S: Hari ini sudah mula
makan jamu. Oh... begitu rasanya~ *lap mata berhabuk*