19 June 2012

Entri Bulan Jun



Hayoooh yuooolls
... serius eh. Semakin lama semakin mencabar nak update blog. Entri ini sahaja, dah mula taip sejak Jumaat lepas. Selasa baru dapat publish. Sensasi sangat gayanya, padahal entri pendek sahaja pun. :')

- Assalamualaikum. -

Jumaat lepas (15 Jun) adalah hari lahir Encik Suami yang peramah (boleh gitu gaya pengenalan? Asyik tulis suami tersayang, suami tercinta, too mainstream-lah, kahkah). Ouwww... sudah menganjak setahun lagi umurnya, alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan dirinya kesihatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin... amin....


Pukul 8 pagi, sambil uruskan Afia, bukalah FB. Tup-tup nampak mak upload gambar kek di atas, secara langsung dari pejabat beliau. Wah! Untunglah, BangAie. Kami tak tahu pun mak ada tempah kek hari itu. Terima kasih, mak yang baik hati! Walaupun dalam pantang, tetap makan sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, sebab dah banyak sangat kek yang terlepas. Kek ulang tahun perkahwinan + hari lahir abang ipar, dan kek hari lahir adik bongsu. Kali ini tidaklah sanggup memandang sajo. (Y_Y)

Kepantasan tangan adalah bukti keterujaan.

Kemudian Ahad lepas, adalah hari bapa kan kan kan? Teringat ucapan yang saya tulis pada wall Encik Suami tahun lepas.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. :')

Selamat Hari Lahir
&
Selamat Hari Bapa
~ Kesayangan! ~
(^_^)


* * *

Apabila difikir-fikirkan kembali jalan hidup ini, ada manis, ada pahit. Dan apabila membuat entri sebegini, saya berasa sangat bersyukur, kerana masih punya emak, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan... dan paling penting, punya suami dan zuriat penghibur duka lara. Tidak semua dapat kebahagiaan dunia dan akhirat seperti ini.

Dan... kerana begitu sibuk dengan urusan keluargalah, saya kena curi masa semata nak update blog. Rasa nak berhenti berblogging pula, mengenangkan hidup sekarang yang tidak boleh berlagho-lagho seperti dulu. Haha!

"Life is shorter than most have thought." - Hold My Hand, Maher Zain

MAKA!

Tidak sabar menanti hari-hari selepas 26 Jun!!!
Chargas! v(^__________^)v Chargas!

P/S: Hari ini sudah mula makan jamu. Oh... begitu rasanya~ *lap mata berhabuk*


5 comments:

Anonymous said...

Kepantasan tangan!!!! Wakaka! xD

Zera Ghazali said...

Nak berhenti berblogging?? oh tidakk!! lepas ni nak baca blog siapa je... :(

Husna Adnan said...

Amboi, terhibur betul Selo nampak gayanya, haha.

Zera: Kekadang bila sibuk, memang rasa susah betul nak maintain blogging. Insya-Allah ada perkara, terupdate juga ni... terima kasih sudi membaca dengan setia! ;)

drzirakudo said...

kak husna jgn lah berhenti !!!!

Husna Adnan said...

Alaaa so sweet la Zira! Okey, insya-Allah. Sekarang kalau rajin pun update blog satu lagi itu. Banyak benda nak share, sementara masih dalam pantang. Hehe. Terima kasih atas sokongan! *hugs!*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...