08 April 2013

Coconut Shake Klebang TERBAIK!

Assalamu'alaikum.


Ini kisah 2 Februari lalu. Ya, anda membaca dengan betul, dan saya tidak silap taip. Memang 2 Februari 2013, yakni lebih dua bulan lalu punya cerita. Hayooooh teruk sungguh gaya flashback yang dilakukan ini. Hahaha! 

Disebabkan memang dah niat nak buat entri berkenaan Klebang yang best itu, kena buat juga sebab tiap kali tengok Gallery, dan melihat gambar-gambar ini, terasa bagai ada jelingan tajam daripada kelapa-kelapa yang tertewas. (?)

Kami ke Melaka pada 2 Februari lalu demi meraikan dua sahabat yang menjadi pengantin. Barakallah, Tuan Zamri Mohamad dan Puan Fazeila Isa! Yihaaa!

Seawal pagi, kami bersiap-siap dan kecoh sana sini nak pakai apa segala sebab kami semakin jarang ke kenduri kahwin. Sama ada pada tarikh jemputan kami tidak lapang, ataupun tiada jemputan semasa kami amat lapang. Afia paling cepat siap sebab pakai tudung ibu, dah tak perlu pakai baju dah. Haha! :p

"Terpinga saya dibuatnya."

Selaku pemandu pecut, saya berjaya membawa keluarga kecil saya dengan selamat ke lokasi kejadian dalam masa dua jam. Alhamdulillah, kami sangka kami sesat, rupa-rupanya jalan sudah betul, tetapi semasa kami nak masuk jalan ke walimah itu, ada kereta kemalangan dengan lori, hingga block jalan. Beria kami patah balik sebab sangka jalan yang betul itu adalah jalan mati, khas untuk lori bawa pasir sahaja. 

Sampai di sana, nampak hampir semua di bawah khemah adalah wajah-wajah yang dikenali. Terasa seperti small reunion gitu. Ada Puan Ainon. Ayahanda Prof., ada... okey memang tak larat nak tulis nama semua. T_T

Selepas salam-menyalam dan bertemu pengantin, kami buat macam khemah sendiri. Ambil makanan, ambil air, makan-minum-makan-minum, gelak-gelak sambil gosip sikit dengan para sahabat yang baru sampai. Dah habis makan, ambil gambar diri sendiri, gambar Encik Suami, gambar Afia, dan bergambar bersama sahabat.

Auwww so cute both of you.
Afia shekshi sebab Melaka adalah hot hot 
(tolong baca dengan nada lagu Wonder Girls).

Ibu pun nak juga menyibuk.

Sahabat GG yang dirindui oh oh....

Afia nampaknya seperti sudah dehydrate sementara ibu sibuk berposing.

Dah habis sesi bergambar, kami bergegas ke surau sebelum mencari lokasi Coconut Shake Klebang yang superfamous itu. Eleh, itu pun kami tahu sebab Cikpuan Azzah yang nak pergi cari tempat itu, hahaha!

Yang ralatnya, punya sibuk nak solat dan cari kelapa, kami lupa terus nak bergambar bersama pengantin! Hadooooi teruk betul! Maafkan kami, raja-ratu sehari yang manis!

Gambar culik dari album Cikpuan Azzah. 
Jurugambar: Husna Adnan (poyo lettew nak mention).

Seperti biasa, selepas sesat ke timur ke barat, akhirnya kami jumpa! Terima kasih Google kerana membantu pencarian kami!


Ya, parkir disediakan di belakang. Hebat gila, tak? Ada sebuah restoran, ha itulah dia. Restoran itu untuk siapa yang nak makan dan minum di situ. Siapa nak bungkus, kena beratur di pondok hadapan, yakni seperti gambar bawah ini.


Kelapa yang menanti saat dipenggal. 
Sayu sangat pula caption macam ini. U_U

Cuba teka apa yang warna kuning bertingkat itu?
Jangan buang masa, mari saya beritahu sahaja.
Itu adalah bekas aiskrim vanila yang digunakan pada hari itu SAHAJA!
Bayangkan dah berapa banyak mereka buat. WOW!

Yummmmeh!

Barisan memang panjang, tetapi mereka yang buat coconut shake itu sangat cekap dan pantas! Rasa sekejap sahaja sudah tiba giliran kami. Kalau rasa lama pun, mungkin sebab nafsu sendiri yang tidak sabar hingga membuatkan air liur yang ditelan seperti bergelen-gelen lantas berasa haus teramat sangat terlampau.

Yahuuu terus beli empat cawan (dua cawan setiap seorang) akibat berasa sedih mahu meninggalkan Klebang yang mungkin tidak akan disinggah lagi dalam tahun ini. Sebenarnya macam nak beli sepuluh tapi duit lupa nak cocok. Kesal.

Oh kini berasa rindu menghirup dirimu sayang... T_T

Bagi saya, ia memang lazat dan menyegarkan! Memang patut ianya superfamous dan siapa pergi Klebang wajib pergi beli dan minum sehingga kenyang di situ kemudian baru bungkus 10 cawan untuk diri sendiri dan berasa rindu nak minum lagi tiap kali panas terik huuhuuu.

Cubalah.
Aksi macam Duta Coconut Shake Klebang tak? *pengsan*

NAK NAK NAK!!!
(Kredit gambar: submerryn.com)



9 comments:

Nazry Salam said...

Sedapnya! Bila mahu pergi lagi? <3

nurul ain abd salam said...

macam SEDAP je!!! huwaaaa nak try la nnti (bila la nak g melaka pula ni)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

hahah husna da try, sy org melaka pun xpernah try lg....

Husna Adnan said...

Encik Suami Nazry Salam:
Sedap kan... T_T ada rezeki kita pergi lagi eh.

Ain:
Memang sedap!! Sangat tak sama macam yang ada di Kajang ni. Nanti ajak la Afiq pergi minum sana. Best!

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ :
Kak Dysha, sila tukar rumah dengan saya sekarang. Haha!

Ladfe Amir said...

saya lupa nak singgah di situ waktu ke melaka. juga ada kenduri kahwin. lepas ni tak tahu bila lagi nak pergi ke Melaka. sbb saya dan isteri balik ke kampung hala utara. lambat lg barangkali.

Unknown said...

aish..dah beberapa kali pergi melaka masih gagal merasa kelapa gegar itu.mih3x

~ NANA ~ said...

selalu dengar org cerita pasal coconut shake klebang tapi x pernah try lagi...hihi

Husna Adnan said...

Tuan Ladfe Amir:
Oh... semoga ada rezeki ke Melaka lagi. Kami yang kampung hala selatan pun susah amat nak singgah mana-mana di tengahnya.

Salhah:
Hahahaha kelapa gegar tu kelakar! Nanti cubalah cari. Dia dekat dengan Caltex Jalan Klebang.

Nana:
Hihi nanti try tau. Minum situ nampak lebih best. Boleh makan-makan kuih.

Unknown said...

memang sdap kn husna..terangkat!
haha.

http://rzillah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...