23 June 2015

Bagaimana Hilang 7kg Kurang Sebulan

Susulan entri sebelum ini: KERJA GILA NOMBOR 33


Saya mula jaga makan dan bersenam pada 4 April 2015. Saya berjaya sarung jubah coklat yang sebelum ini ketat sendat, pada 2 Mei 2015. Tak sampai sebulan, kan?
.
Rutin saya:
1) Atkins.
Makan apa sahaja sumber protein (telur, ayam, ikan, keju), sayur hijau, dan elakkan makan karbohidrat (nasi, roti, mi dll), gula, dan junk food. Pernah seminggu cuma makan sup ayam dan telur. Muak tak muak, dik. Padahal ada banyak menu Atkins yang sedap, haha! Boleh Google diet Atkins, atau join groud FB Kelab Diet Atkins.
.
2) Tiap hari buat senaman-senaman ini, paling kurang satu set:
- Planking: 20 saat
- Squat: 50 kali, dan naik 5 tiap hari.
Contohnya hari ini 50, esok 55. Maksimum saya boleh pergi dalam 100 je. Lepas itu mak pitam. Kahkah.
- Jumping Jack (lompat bintang): 100 kali
- Lunges: 30 kali
- Wall sit: 50 - 80 saat
- Main game sukan atau game menari (Kinect) paling lama 2 jam.
.
3) Usaha, usaha juga. Doa jangan tinggal.
.
Tapi sebab saya kurang gemar sikap emo yang tidak terkawal apabila kehilangan gula, maka saya makan buah. Haha! (Buah pun dilarang dalam Atkins). Pepandailah burn balik berapa kalori yang terlebih.
.
Bila rajin, saya buat senaman satu set pagi, satu set malam. Kalau terlupa ke, penat ke, paling tidak saya akan buat wall sit 50 saat. Itu tak boleh tinggal. Sebab saya fokus kurangkan lemak bahagian pinggang ke bawah, dan kecilkan lengan. Kalau fokus nak buang lemak perut, kena buat rutin senaman lain.
.
Mungkin tidak berapa ketara kehilangan 7kg saya. Bak kata Abang Bop, sebab saya sentiasa pakai jubah. Tapi bandingkan isi padu pipi pun cukuplah kot. Takkan nak kena pakai kebaya tetiba kheeen. 👻
.
Semoga berjaya kepada semua yang berusaha. Target saya jauh lagi!


TERKINI: Sekarang dah malas balik buat segala senaman gila di atas, kecuali WALL SIT yang dibuat apabila rasa bersalah makan banyak sangat, wakaka. Cuma masih kurangkan pengambilan nasi. Sekarang berat saya antara 59kg - 60kg. Kadang naik balik 61kg, tapi lepas itu turun balik. TARGET MASIH JAUH!!
.
.
.

2 comments:

Aiman Afnan Mohd Asri said...

Teringin nak cuba. Memang tak boleh makan karbohidrat langsung?

Husna Adnan said...

Aiman Afnan: Cubalah. Karbo ni dalam diet ATKINS memang dilarang sama sekali. Dalam fasa introduction, memang tak boleh langsung. Tapi bila dah naik fasa seterusnya, dah boleh ambil dah. Sebab kalau kita tak ambil langsung, nanti badan tak turun, dia statik je. Lupa apa istilah. Aiman join group KDA di FB. Ada semua fail pasal ATKINS di sana. Memang membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...