Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi. Berjaya juga melihat tarikh itu. (^_^)
Cik Husna, semoga binary birthday ini disirami
pelbagai kejayaan dan kebahagiaan.
Jaga ibadah, jaga makan, jaga minum, jaga diri baik-baik.
Ceria-ceria selalu, jangan nakal-nakal tahu!
Hehehe, tak malu buat entri ucap selamat hari lahir untuk diri sendiri.
* * *

Buat semua pengunjung blog ini, sama ada yang memang bertujuan membaca tulisan saya ataupun yang terjumpa kerana mencari contoh karangan punca-punca kepupusan orang utan, saya ucapkan jutaan terima kasih. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan di sini yang menggores & menang hati sesiapa. Sesungguhnya saya bagai lautan yang sukar diduga. Saya berubah-ubah mengikut keadaan. Ada masa saya menyenangkan, ada masa saya menjengkelkan. Walau apa jua 'bentuk' saya waktu itu, saya masih Husna yang emak saya lahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, yakni comel dan naif.
Hehehe. Tak adalah. Gurau sikit dah paniks.
Saya rasa mahu tulis entri yang lebih panjang, namun kerana saya ada tuntutan kerja yang masih tiada kesudahan ini, bersama azam zero delay menyiapkannya, idea saya kering bagai disedut-sedut. Mungkin apabila saya ada masa dan idea kelak, saya akan tambah pada entri ini ataupun membuat entri baharu. Suara pembaca: "Oh tidak!!! Ini pun sudah cukup panjang!"
Terus terang, antara kekuatan saya untuk hidup dengan lebih baik dan lebih berkeyakinan adalah kerana blog ini. Kerana komen-komen kalian yang begitu positif dan menyokong apa jua yang saya lakukan, termasuk menganiaya adik saya sebagai watak jahat. Pernah ke?
Terima kasih juga buat 22 Peminat Bukan Rahsia dan semua pembaca halimunan. Sama ada kalian membaca entri-entri saya untuk disebarkan segala positif mahupun negatif, terpulanglah. Tetapi saya harap, ambil yang baik sahaja. Saya memang jenis yang sarkastik, jadi perangai saya agak sarkas sedikit.
Doakan yang baik-baik untuk saya ya? Saya juga mendoakan yang baik-baik untuk kawan-kawan semua.
Oh ya, saya belum bertunang. Kalau ada calon yang baik dan hensem, tolong pass sini. Saya tidak mahu menghampakan harapan kalian yang tidak putus-putus tetap mengucapkan tahniah tanpa sebab itu. Biar segala khabar angin itu menjadi khabar baik pula. Wahahaha! Eh, kepada single ladies a.k.a para gadises (you know who you are), saya bukan membelot. Saya masih ahli tetap buat masa ini. Inilah contoh perangai sarkas saya. Melawak ja... hehe.
Sayang semua! ♥

9 comments:
8)~
Selamat Hari Jadi yang ke-18, Husna! ;)
Jaga ibadah, jaga makan, jaga minum, jaga diri baik-baik.
Ceria-ceria selalu dan jangan nakal-nakal tahu! (^__^)
(Biar saya ucap, baru afdal...hehe)
p/s-wow...post ni tepat pukul 12! hehe =)
Lagi satu hari, genap setahun aku kenal minah ni. Masa tu, dia duduk diam je kat opis. Sekarang? Ha ha ha ha!
SELAMAT HALI JADI AMOI!!! Haahaaahaa..gelak panjang spesel untuk anda dari saya...dah tua dah awak dari saya setahun..kekekekeh..anyway semoga terus maju subang jaya dalam apa jua yang cik Husna sedang usahakan..Hah kawan-kawan! Cik Husna dah cakap dia tak tunang lagi! Cepat dapatkan borang penyertaan dan lengkapkan resume anda! Hanya satu jawatan yang ditawarkan! Mail! Aku dah tolong ambikkan borang ko. Aku tak boleh nak isi borang tu kang aku masuk hospital..hehehe...
salam cik husna...hehehe...happy birthday to u...semoga panjang umur murah rezeki..still sweet 18 kan??same la kita..hehehe(jom masuk bakul bersama-sama)..tapikan,memang betul sangat.kita tukarkan khabar angin itu kepada khabar gembira..oleh itu,kepada para jejaka di luar sana, sila dapatkan borang untuk menjadi THE ONE or to be exact THE CHOSEN ONE AND ONLY for cik husna kita...ingat guys...terbuka untuk calon yang baik dan hensem sahaja tau.hehe.(seperti yang dikehendaki oleh tuan punya badan.sebenarnya ada banyak lagi point penting yang perlu di penuhi..tapi biarla hanya cik husna yang tahu dan menilainya sendiri)..juga boleh hantar seberapa banyak borang kan husna??if kene reject pon boleh cuba lagi.selagi nama tak blacklist pada diary cik husna lah ok...?(saya ni P.A tak rasmi dan tak berbayar untuk cik husna..hikhik.kan husna?pleaseeeee..nak jadi...nak jadi...)
sorry, mesti tak sengaja tertaip banyak2 sehingga jadi seperti satu entry dalam comment cik husna lagi.ok lah bye....have a very lovely and blessing birthday lovely Husna..!!
ya.. selamat menjalani hari-hari tua.. huuu...( macam warga emas pulak )..
apa pun, semoga sentiasa ceria2 ye..
jaga diri baik2..
p/s : Resmanshah Si Penulis.. apasal semalam ko tunjuk kat aku 2 borang.. aku kena isi 2 2 ker? tapi aku tgk borang tu sama jer, siap ko dah isi nama ko sendiri..
Sesungguhnya fitnah itu lebih berat dari fitness! Hehehe...banyak la ko! Aku tolong ambilkan untuk ko je la. Nanti ah aku pass kat ko..
Selamat hari lahir husna..
semoga panjang umur n murah rezeki..
amin (^_^)
Hahaha! Korang semua ni bikin saya gelak la. Terima kasih semua atas ucapan dan doa! Saya juga doakan kawan-kawan semua diberkati Allah hendaknya. Terima kasih Man, Vodlafin, Abang Alif, Resmanshah, Cik ..SmiLiN'..., Ismail dan Ilyas!
Abang Alif, mula-mula masuk kerja, memanglah pemalu. Hahaha!
Okey, Cik ..SmiLiN'..., boleh jadi P.A tak rasmi saya. Haha!
Post a Comment