Salam kawan-kawan, helo! (^_^)
Terdahulu, saya ingin mengucapkan ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini, kerana saya sedang dalam tempoh kesibukan yang maha dahsyat! Err... sebenarnya, belum maha lagi. Kedahsyatan itu akan berlaku pada minggu, minggu, minggu dan minggu sebelum bermulanya pesta buku.
Tetapi sebelum pesta buku, apa yang perlu ada?
Tentulah buku untuk dijual di pesta itu.
Sekiranya buku tidak siap, adakah kita boleh berpesta daun di PWTC?
Sudah tentulah tidak! Malah jika berpesta daun, bukan pesta buku namanya! *nada beremosi.
Sekiranya banyak booth dibuka hanya kerana mahu menjual daun pandan, daun saderi dan daun mengkuang, tidak perlu sampai dipestakan di PWTC. Mahal nak bayar segala bil di situ. Sewa booth pun mahal. *Maafkan saya sekiranya saya menyinggung mana-mana pengusaha daun. Kenapa saya sangat suka merepek ni?
Jadi, doakan segala persiapan dari buku hingga ke hiasan di PWTC itu cemerlang, dan mampu memberikan keselesaan kepada semua pengunjung. Bukan sebuah buku sahaja yang perlu saya siapkan, tetapi berpuluh-puluh. Berpuluh? Adakah ini exaggerate? Ke... berbelas sahaja? Ke... beberapa? Ah! Jangan paksa saya mengira!!! *pembenci nombor.
Sebelum mengundurkan diri, saya ucapkan terima kasih kepada para gadis kerana kita berkesempatan berjumpa Jumaat lepas. Namun minta maaf kerana saya minta balik awal kerana sangat mengantuk, kepenatan dan perlu sambung membuat kerja di rumah, sejurus insiden Hana yang comel itu berakhir. Sesi mesyuarat kita akan ditangguhkan hingga bulan tiga, yakni bulan yang menyaksikan salah seorang ahli kita menamatkan pengajian, dan diharap, segala perancangan adalah selepas pesta buku. Semoga berjaya semua!
Maaflah kerana sudah bazirkan masa kawan-kawan yang lain dengan perenggan yang hanya difahami oleh tiga penerima sahaja. Saya tidak sempat nak roger mereka, harap mereka baca entri kali ini.
Sebelum mengundurkan diri, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyukai entri tip-tip penulisan di bawah. Diharap dapat membantu serba sedikit. Saya juga memohon maaf sekiranya ada pandangan saya di bawah, dirasakan sangat cetek. Saya menambah, sekiranya tuan puan yakin tulisan tuan puan itu berkualiti dan mampu mengubah trend pembaca sedangkan waktu itu bukan itu trend pembaca, buatlah. Saya bukan menyekat kreativiti, jauh sekali merendah-rendahkan kemampuan penulis baharu. Tetapi berbincanglah dengan editor terlebih dahulu, dan berhujahlah dengan penerbit dengan hujah yang meyakinkan. =)
Sebelum berpisah (berapa banyak sebelum daa...), iklan di bawah ditujukan khas buat semua yang berminat. Sekiranya yang baca di sini tidak berminat, tetapi tahu ada kenalan lain yang berminat, minta tolong sebarkan kepada dia ya? Mungkin dialah yang kami cari. Bye semua!
4 comments:
Semoga semua persiapan berjalan lancar, ye...sy harap bukan daun yg dijual...tapi buku cik daun...hehehe
all the best n take care! \(^o^)/
8)~
Hai,Sna!Aku pun gembira dgn our small get together hari tu,walaupun sekejap tapi jadi la kan,daripada tak sempat berjumpa langsung,aku rindu nak lepak dgn kwn2 selain colleagues di kangar ni...need a change of scene.huhu..
Ok lah,Selamat bekerja Sna!Take care :>
Vodlafin,
TERIMA KASIH!!!
Ya, saya akan pastikan kami tidak menjual daun mahupun buku cik daun kerana cik daun sangat bz. Hehe.
Man,
(^_^)
Ai,
Helo kawanku! Aku akan tunggu ko balik Mac nanti k? Tapi kita berjimba selepas ko grad la kot. Bulan 3 aku akan menjadi si sibuk yang dibenci rakan sekeliling. Huhu.
Post a Comment