13 March 2010

Ia sudah muncul!!! (^o^)

Hai hai hai! Salam semua! Apa khabar? (^_^)v

Alhamdulillah, pada hari ini (waktu ini sudah dikira semalamlah ya), kami di PTS One amat gembira apabila tiga lagi buku sempena PBAKL' 10 sudah tiba di stor PTS. Memang seronok habislah, sampai geng-geng PTS One turun ke Mezzanine (tingkat pertama yang menempatkan Millennia, Islamika, Litera dan grafik) bagi meriuhkan suasana dengan mengambil gambar menggunakan Mac milik jejaka bernama Poji, hingga melenyapkan ketenteraman warga Mezzanine buat seketika. Maafkan kami, dan juga saya sebagai penghasut terkemuka.

Maka lahirlah gambar seperti di bawah:

Ini semua adalah geng PTS One, tanpa Abang Jimi.
Dia sudah bertukar menjadi cover. Kasihan....

Sebenarnya ada beberapa gambar yang lebih ramai makhluknya, bermaksud lebih meriah dan kepoh nampak gayanya, namun semua sudah menjadi entiti kurang dikenal pasti kerana begitu galak bergerak-gerak. T____________T

Walau bagaimanapun, TAHNIAH! buat semua kerana PELIT kita sudah muncul, diiringi buku remaja yang dikendalikan oleh editor iras Lisa Surihani dengan adunan Jessica Alba sedikit yang bertajuk Siapa Lebih Popular? karya Nurul Zahidah. Sebagai info, Nurul Zahidah ini baru berusia 16 tahun, dan kini menyambung pelajaran di MRSM. Hebat tak? Bukunya memang best! Ini serius. Saya tabik spring: kita-ditakdirkan-jatuh cinta buat beliau! (^_^)

Dari pihak saya, tinggal satu debaran sahaja. Sebuah lagi buku penting yang nasibnya kini di tangan pencetak. Saya harap buku itu selamat dicetak dan dihantar ke stor PTS. Saya akan menjadi manusia paling gembira hingga mahu mendendangkan lagu ini di hadapan jutaan penduduk bumi dan melemparkan jutaan bunga mawar buat semua yang hadir apabila melihat buku itu di stor dengan sempurna! Bukan patutnya melakukan sujud syukur ke, cik? (~~,') Err.... Marilah join saya mendoakan agar buku itu tiada masalah, amin...

Selain daripada itu, sedarkah kawan-kawan yang PBAKL' 10 tinggal seminggu sahaja lagi? Jumaat minggu hadapan sudah bermula pesta yang dinanti-nantikan oleh peminat buku itu! Sudahkah kawan-kawan tahu buku apa yang mahu dibeli? Sudahkah kawan-kawan bina perancangan bersama rakan-rakan untuk ke PWTC pada tarikh tertentu? Sekiranya belum, layari website PTS dan microsite PTS bagi melihat judul buku dan jadual aktiviti kami. Ini jadual PTS sahaja. Jadual kelas 3 Mawar tiada di situ ya. Baik. Abaikan.

Oh! Menyebut berkenaan kelas 3 Mawar, terus teringat zaman sekolah. Kemudian, terus teringat adik-adik kita yang baru mendapat keputusan SPM. (Sila dalami setiap kronologi ini dalam usaha saya menyempang secara halus daripada cerita asal.) Harap semua calon SPM 2009 bersedia menghadapi kehidupan yang lebih menarik! Bersemangat ya! (^o^)

Mengenang zaman itu, SPM saya biasa-biasa sahaja, namun okeylah. Isi borang UPU pun main-main, kerana sangka mahu ambil STPM, atas desakan (padam) kerahan (padam) unjuran keluarga. Ya, namun saya turuti unjuran keluarga dengan penuh keikhlasan, kerana waktu itu saya sendiri kurang pasti dengan hala tuju saya.... T_________T wowowowo.

Sebulan lebih sahaja bergelar pelajar lower six, sebelum menerima surat tawaran ke UiTM. Surat keramat itulah permulaan segala-galanya. Yang paling best, tidak perlu memakai baju seragam lagi... hahaha! Saya paling tidak suka memakai pakaian seragam sekolah. Saya tidak gemar berbaju kurung sebenarnya. Hehehe. Para gadis, sila jangan contohi sikap ini.

Hidup di kampus adalah sangat menarik. Tetapi perlu pandai jaga diri, dan waktu inilah menjadi lebih bijak daripada Albert Einstein dalam memilih kawan kerana mereka mampu membawa 1001 pengaruh dalam perjalanan kita menggenggam diploma dan seterusnya ijazah.

Albert Einstein: Kenapa dalam banyak-banyak manusia, aku juga yang dijadikan perbandingan? T______T

Husna Adnan: Oh! Maaflah, uncle. Bye!


Sangat rindu ya zaman belajar. Namun tidaklah begitu rindu, kerana zaman bekerja ini lebih menarik nampaknya. Saya bekerja sambil belajar melalui manusia di sekeliling saya. (Sebenarnya seorang yang sangat takut pada ujian dan peperiksaan, hahaha!)

Namun tidak perlu takut pada ujian dan peperiksaan. Hadapi sahaja dengan tenang. Walaupun saya selalu takut, namun saya sangat teruja apabila tiba hari yang membolehkan kita memeriksa keputusan secara online itu. Memang sikap yang pelik, kerana usaha dan keterujaan tidak selari, namun saya tetap seronok! Wahaha! =D

Oh! Saya perlu berhenti mengimbau kenangan zaman muda, kerana mengimbau semua ini semakin mengingatkan saya pada satu insiden ketika saya sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di area sini
(ewah! terkemuka kau, tak tahan) beberapa hari yang lalu.

Saya berjalan menyelusuri rak-rak yang dipecahkan mengikut keperluan produk. Saya mencari pelembap muka kerana pelembap muka yang sering melembapkan kulit bayi saya ini sudah hampir habis. Sebelum ini pernah berusaha mencari jenama yang sama, tetapi kecundang. Tiba-tiba, jumpa juga akhirnya! Namun saiznya agak kecil. Maka saya berjalan lagi, dan menggenggam pelembap muka itu menyelusuri rak-rak lain, mana tahu ada yang lebih besar saiznya. Lama sedikit ia bertahan.

Tidak lama kemudian, seorang jurujual berbangsa Cina merapati saya. Wajahnya tersenyum manis.

"Ya miss. Mahu cari apa?" sapanya dengan agak ramah.

"Oh, tak apa. Sudah jumpa," balas saya sambil mengangkat pelembap muka yang digenggam erat, umpama ada beberapa gadis berkulit kering cuba merampasnya dari tangan saya.

"You beli untuk siapa?" tanya jurujual itu dengan wajah yang sudah kurang manisnya.

"Err... untuk sayalah," jawab saya dengan senyuman keyakinan, walaupun dalam hati agak keliru dengan pertanyaan itu.

"Miss, kalau untuk you, you sudah tidak boleh pakai produk ini. Ini untuk budak sekolah sahaja. Kalau untuk you, I suggest you pakai ini. (sambil menunjuk satu produk yang tidak pernah saya pandang sebelum ini.) Ini memang untuk wanita dewasa macam you, kerana dalam krim ini, ada formula anti penuaan. Yang itu, tiada."

T_________________________T

Sekian.

Persoalan: Adakah saya membeli produk yang dicadangkan oleh beliau, ataupun teguh dengan pelembap muka yang sudah bertahun-tahun digunakan itu?

Tiga tekaan tepat yang pertama akan mendapat hadiah misteri, dan sudah tentulah produk keluaran PTS. Boleh jadi produk PTS One, boleh jadi produk PTS Millennia, boleh jadi produk PTS Pro, boleh jadi lebih daripada satu, macam-macam boleh jadilah!

Seorang boleh teka sekali sahaja di ruang komen di bawah kerana ini terlalu senang. Menarik bukan? (^^',) Hahaha! Itupun jika ada yang mahu tekalah.

Apalah kisah saya yang semakin tua ini dijadikan kuiz pula? Huhu. T_____T

Baiklah! Selamat berhujung minggu semua!

Jaga diri baik-baik ya! Bye bye! (^_^)

9 comments:

Shukri Mohd Ali said...

kenapa ada soalan kuiz?

saya sangat lemah dengan kuiz...dan teka-teki. kerana ia buat saya nampak tidak 'cool' apabila menjawabnya (tergaru-garu kepala sambil mengherot-berotkan mulut. hahaha.)

jawapannya ialah cik Husna guna produk yang telah bertahun-tahun digunakan itu. agaknyalah. hish. jangan marah kalau salah. uhuu... (lihat, saya sudah tidak 'cool' sekarang...)

jumpa di PBAKL' 10 nanti. doakan saya punya wang yang mencukupi untuk membeli buku-buku keluaran PTS (^__^)

Salam hormat,
Shukri Mohd Ali.

Unknown said...

Ya, jawapannya

guna produk yang telah bertahun-tahun digunakan..

Husna kan setua orangnya.. lagi pun mesti Husna akan ckp kat jurujual tu..

"u tak nampak ker i ni comel lagi, klu pakai baju sekolah pun, mesti org ckp i budak sekolah tau. Sekali pandang sebesar saiz separuh panadol jer, Eh, Lisa Surihani pun pakai pdoduk yang saya pakai bertahun-tahun lamanya ni tau.. kami tetap nampak muda!!"

maka berlalulah jurujual tersebut sambil menaip mesej kepada kawannya..

"Siapa Lisa Surihani, wa Andy Lau saja kenal ma"

faizalmukhtar said...

Ini satu promosi silang (cross promotion) juga untuk PBAKL 2010:

Novel terbaru KARIPAP-KARIPAP CINTA oleh PTS FORTUNA kini sudah terbit!

Ayuh. Dapatkan segera dan dapatkan yang original semua! Hahahha :D

Shukri Mohd Ali said...

iya...pasti mahu beli karipap-karipap cinta!!! (^__^)

sangat suka bertandang ke gerai PTS...urus setia jualannya ramah tamah! teringat pula tahun lepas, seorang akak penjaga kaunter yang sudi melayan 'kemerengan' saya...dan saya telah tidak sengaja menjadi 'pengawal' kaunter PTS! asyik bersembang gelak ketawa...hahaha... (^__^)

ILHAM HAMDANI said...

Assalamualaikum,

Saya ingin mencuba kerana tertarik dengan tawaran hadiahnya, Haha. Mana tahu, tiba-tiba boleh terima parcel buku dari Malaysia, menarik!

Memandang sudah ada 2 orang menjawab, "Tak beli.", maka saya menjawab yang sebaliknya.

Cikpuan Husna MEMBELInya!

Kerana rupa-rupanya jurujual Cina itu peminat buku-buku PTS ONE. Bahkan dia cam muka Cikpuan Husna dalam Karipapkaripap Cinta.

Maka, kerana kejutan itu, Cikpuan Husna pun belilah produk baru yang dicadangkan olehnya.

Sekianlah cerita dari saya, terima kasih.

IlhamHamdani

p/s: Kalau tak betul, harap dipertimbangkan untuk hadiah percubaan terbaik. Haha

kyrel said...

jawapan saya pula ... cik husna telah membeli kedua-dua krim pelembab itu, jadi bila dicampurkan dapatlah bertahan lama sedikit kan??? dan tidak perlulah mencari krim pelembab yang lebih besar saiznya itu lagi... disamping itu adunan kedua-dua krim tersebut yang mempunyai kelebihan anti penuaan dan pelembab yang sudah biasa dipakai, cik husna akan kelihatan lebih muda wajahnya dari kanak-kanak sekolah randah.... (^0^)v ..[wah seperti mengarang cerpen pula saya ini...]

Husna Adnan said...

(Jawapan akan diketahui pada entri akan datang)

Shukri,
terima kasih kerana menjawab! Hahaha! Saya juga selalu cemas bab-bab menjawab teka-teki dan kuiz. Tapak tangan akan gatal-gatal kerana bimbang. Poyo habislah! Haha! Kita geng.

Jumpa di pesta buku nanti! (^_^)

Ismail,
"Husna kan setua orangnya.."
Apa maksud ini...?
Apa pula 'setua'? T_________T
Lisa Surihani sudah sedih.

Tuan Faizal,
WAH!!! Siap promote di sini!
Seganlah i begini! =">

Kenapa perlu segan pula? Huh.

Shukri lagi,
Wah!! Awak pernah datang ya? Tapi pasti kita tidak kenal, kan? Tahun ini tegur-tegurlah. Saya akan tegur kembali jika saya mode peramah. Hehe.

Tuan Ilham Hamdani,
wa'alaikumsalam... tuan, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyertai kuiz yang entah apa-apa ini. Haha! Saya sungguh terharu!

Kyrel,
wah! hahahaha! marilah menulis cerpen raya pula! tarikh tutup sudah dianjak. Ada potensi tu. Haha!

Terima kasih kepada semua yang menjawab! Dengan ini, penyertaan adalah ditutup. Ewah!

Unknown said...

alalala.. sorry la cyg.. haha.. salah eja.. SETIA!!! tu lah.. nanti saya cari keyboard yang huruf "I" dan "U" nya berjauhan..

tapi walaupun "I" dan "U" pada keyboard tersebut berjauhan, tapi dekat dihati....

Shukri Mohd Ali said...

cik Husna,
tiap-tiap tahun saya akan singgah gerai PTS...hehe.suka dengan para urus setianya yang ramah-tamah (^__~) yang pasti akan membuat saya tergoda untuk singgah dan beli buku. hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...