*Pembaca pura-pura terkejut!*
Melainkan apabila kita cuba menyepak bola di atas jalan tar tetapi hayunan kurang memberansangkan hingga jari kaki tersagat pada jalan tar itu? Adakah anda tahu?
*Sudah pening kepala kerana cuba membayangkan adegan ngeri itu.*
Okey, fine. Tidak kelakar.
Saya sengaja mahu buat sapaan yang lain sedikit daripada biasa, kerana hari ini sudah hari Rabu.
*Pembaca sudah hilang sabar.* Apa kaitan dengan hari Rabu pula??
Okey, okey.... T__________T
Assalamualaikum, hai kawan-kawan! (^_^)v
Baiklah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat blog ini, dan terima kasih juga buat para Rakan Budiman kerana sudah bertambah daripada kosong, menjadi satu, dua, tiga, empat, hinggalah sekarang, pada waktu entri ini ditulis, sebanyak tiga puluh lima (35) orang semuanya!
TAHNIAH!!!
Maka dengan ini, kesemua Rakan Budiman saya akan mendapat... (bunyikan paluan kompang, eh, dram di telinga masing-masing):
- Doa! - "Ya Allah, semoga mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, amin...." *muka kudus habis!*
- Senyuman! =)
- Kasih sayang! (^_^) Dapat rasa tak?
- Pujian melangit! - "Kalian semua sangat cantik dan kacak, hingga hampir terbabas saya ketika memandu di jalan raya apabila mengenangkannya. Hebat!"
- Dan sebagainya! - Ini pun boleh ke?
Yang ketiga (mengabaikan pembaca yang pengsan), alhamdulillah, satu lagi produk baharu PTS One bakal terbit kelak. Sama ada pada penghujung pesta buku ataupun selepas pesta buku, buku ini tetap akan berada di pasaran.
Buku apa itu?
Memperkenalkan...!
*Tepuk tepuk tepuk*
Inilah dia produk pertama yakni anak sulung merangkap cucu pertama PTS One (???) yakni produk hebat daripada unit baharu PTS One iaitu PTS One Kids! (^o^) Wooohooo!!!
Kan sudah kata kami akan mengganas.... (~~,') ganas ke?
Selepas menakluk penduduk bumi Malaysia dengan kategori Young Readers, Teen Boys & Girls dan juga Syok!, kami pasti berusaha menakluk kalian dengan PELIT dan juga PTS One Kids! Marilah menyokong PTS One!Yang keempat, berkenaan soalan kuiz pada entri sebelum ini. Hahaha! Terima kasih kepada semua yang menjawab iaitu Shukri, Ismail, Tuan Ilham Hamdani dan Kyrel. Memandangkan hanya seorang yang menjawab dengan tepat, maka jika diikutkan syarat di bawah, hanya seorang sahajalah yang mendapat hadiahnya. Miahahaha!
Namun...
Tuan Ilham, tuan berada di Canberra, Australia... bagaimana saya mahu poskan hadiahnya ke sana...? T_______T Maafkan saya... boleh tuntut sekiranya tuan pulang ke Malaysia kelak.
Ya! Jawapannya... saya terpedaya dengan jurujual itu.... T___________T
Saya beli bukan kerana saya risau untuk menjadi si tua, tetapi saya cuma mahu mencuba sahaja. Hahahaha! Walaupun saya memang seorang yang setia (Ismail, sila alert dengan ejaan ini), namun perubahan itu perlu. Saya sudah menjadi wanita sekarang. Sila berikan saya hadiah kerana boleh menyahut apabila mendengar Rossa menyanyikan lagu Hey Ladies.
Kepada Shukri, Ismail dan Kyrel, sebagai tanda penghargaan, saya tetap berikan kalian hadiah atas usaha menjawab. (^_^) Boleh senaraikan tiga buku PTS yang mahu saya belanja kalian. Tarikh tutup menyenaraikannya adalah tiga saat daripada sekarang!
Hahaha! Tak adalah. Gurau saja. Jangan paniks. Sila e-melkan kepada saya senarai buku dan alamat rumah kalian kepada saya. Saya akan poskan dengan gembira! (^____^)v Yeah!
Kelima, jika kalian membaca ruang Salam Singgah! saya, pasti kalian mendapat tahu bahawa saya... ya... saya sudah ditag oleh si cantik manis yang bernama Nurul Ain.... T__________T Terima kasih ya cik adik kerana sudi tag saya dengan soalan yang sangat manis belaka itu... Wowowo... adakah dunia ini adil? T____________T Hahaha!
Oleh kerana entri ini adalah tulisan secara pukal memandang saya mungkin agak sibuk bagi mengemas kini selepas ini kerana pesta buku, maka saya jawab di sini dengan tajuk kecil sahaja ya? Harap Cik Nurul Ain berpuas hati.
Terimalah! (^_^)
* * *
SEPULUH
Key backspace saya pula missing in action. T________T Mungkin dilarikan serigala. Maaf ya? Harap berpuas hati dengan jawapan yang sudah tertera. Wowowo.
Cara-cara:
Copy tajuk entri “sepuluh” dan paste di post anda.
Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Anak seorang mak cik yang cantik, adik yang diabaikan dan kakak yang tidak diendahkan.
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Seorang rakan juga.
Copy tajuk entri “sepuluh” dan paste di post anda.
Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Anak seorang mak cik yang cantik, adik yang diabaikan dan kakak yang tidak diendahkan.
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Seorang rakan juga.
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
- KPI unit mencapai target setiap bulan.
- Bonus penggal ini. Belum tercapai kerana belum habis penggal, maka tidak tahu sama ada layak ataupun tidak meraih bonus dengan hilai tawa. T______T
- Ketinggian bertambah beberapa cm lagi. Berilah daku peluang....
- Syurga. Harap tercapai.
- Keluarga yang bahagia bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang serta seekor ikan yang diberi nama Hamtaro.
·
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Biarlah rahsia. Tidak, tidak. Bukan Datuk K. T_________T
Baiklah, mari saya beritahu.
Namanya Edward Cullen. Sekian.
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
Biarlah rahsia. Tidak, tidak. Bukan Datuk K. T_________T
Baiklah, mari saya beritahu.
Namanya Edward Cullen. Sekian.
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
- Kelakar. Ya, Edward memang kelakar walaupun selalu bertindak macho dengan senyuman senget dan berpeluk tubuh.
- Bijak bistari. Dia pandai memanjat pokok sambil bercakap dengan tenang.
- Kacak. Oh....
- Baik hati dan mulia. Dia tidak sampai hati menjadikan orang lain vampire juga. Memang baik sangat.
- Peramah. Edward memang nampak pendiam, tetapi dia bijak memanjangkan perbualan dengan bertanya khabar, dan bertanya sama ada saya sudah makan ataupun tidak.
·
[#6] Bila tarikh anda couple?
Bila ya Twilight mula ditayangkan? Lupalah.
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Tidak ada. Semuanya manis belaka, kecuali sewaktu dia bersama Bella. Itu memang melampau!
[#8] Lagu tema cinta anda?
Lagu ini rasanya. Bella memang tidak mampu membuatkan dia senyum. Saya sahaja yang mampu. Boleh pasang lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu beramai-ramai sekarang.
Bila ya Twilight mula ditayangkan? Lupalah.
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Tidak ada. Semuanya manis belaka, kecuali sewaktu dia bersama Bella. Itu memang melampau!
[#8] Lagu tema cinta anda?
Lagu ini rasanya. Bella memang tidak mampu membuatkan dia senyum. Saya sahaja yang mampu. Boleh pasang lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu beramai-ramai sekarang.
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda.
Semoga dia menjadi manusia yang semakin penyayang. Dia kan vampire. T______T
Semoga dia menjadi manusia yang semakin penyayang. Dia kan vampire. T______T
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain.
Saya tidak tahu mahu tag siapa. Jacob pasti sudah berkecil hati kerana saya memuji Edward. Hmm... maka saya tag sesiapa sahajalah ya.
1 - 10) Sesiapa sahaja.
"Alhamdulillah... terima kasih Katy Peri kerana menjawabkan untuk saya."
*Membaca semula tag yang dijawab oleh Katy Peri.*
WAH!!! Miang juga perempuan ini!
Maaflah, Ain. Saya sedikit sibuk tadi. Saya upah Katy supaya menjawabkan untuk saya... begini pula balasannya selepas saya membelanja beliau mi sup. T______________T
Saya tidak tahu mahu tag siapa. Jacob pasti sudah berkecil hati kerana saya memuji Edward. Hmm... maka saya tag sesiapa sahajalah ya.
1 - 10) Sesiapa sahaja.
* * *
"Alhamdulillah... terima kasih Katy Peri kerana menjawabkan untuk saya."
*Membaca semula tag yang dijawab oleh Katy Peri.*
WAH!!! Miang juga perempuan ini!
Maaflah, Ain. Saya sedikit sibuk tadi. Saya upah Katy supaya menjawabkan untuk saya... begini pula balasannya selepas saya membelanja beliau mi sup. T______________T
Key backspace saya pula missing in action. T________T Mungkin dilarikan serigala. Maaf ya? Harap berpuas hati dengan jawapan yang sudah tertera. Wowowo.
* * *
Baiklah! Sudah masanya saya masuk tidur! Esok, lusa dan hari kemudiannya adalah hari-hari yang mencabar! Perlu berusaha ya semua!!!
Semoga dapat berjumpa
di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur '10!
Bye semua! Jaga diri baik-baik!!! (^O^)
P/S: Kepada sesiapa yang perasan, ruangan komen pada entri-entri saya yang terdahulu sudah kosong, kering kontang, sunyi sepi, hilang dibawa angin dan sebagainya. Maafkan saya... saya juga tidak tahu kenapa semua ini terjadi... saya tidak delete mereka ya. T________T
di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur '10!
Bye semua! Jaga diri baik-baik!!! (^O^)
P/S: Kepada sesiapa yang perasan, ruangan komen pada entri-entri saya yang terdahulu sudah kosong, kering kontang, sunyi sepi, hilang dibawa angin dan sebagainya. Maafkan saya... saya juga tidak tahu kenapa semua ini terjadi... saya tidak delete mereka ya. T________T
11 comments:
Wah! Saya pengsan dalam 23.5 kali sepanjang membaca entry ini. Apa2 pun booth Karnadya kat sebelah PTS kan? Hehehe..bleh saya singgah kalau takde orang datang meja nak minta otograp saya kan?Kan?(saja nak cari gaduh dengan Ismail lagi)
Bangun dari pengsan..
Man, ko jgn risau, aku dah habiskan semua duit aku untuk upah 8 juta orang utk mintak otograph ko, dan ko jgn terkejut klu sorang tu akan datang 600 kali mintak otograph ko.. tu semua dah diupah.. so, ko tak de masanyer nak melawat tempat lain termasuk melawat tempat bersejarah seperti Melaka...
Kembali pengsan...
(menaip dengan keyboard baru yang huruf "I" dan "U" nya dijarakkan...
salam.
Yeah! dapat buku free...hehehe...err...betulkah ini cik Husna? saya selalu teruja bila ada benda-benda percuma...hehe...
alamak, cik Husna terpedaya? hehe...pastinya jurujual itu ada 'ilmu'...ataupun dia adalah seorang pemegang ijazah psikologi. haha!
selamat bertemu di PBAKL 2010 nanti...insyaAllah (^__~)
Salam hormat,
Shukri Mohd Ali.
Cik Husna... wee gimme five! Key backspace saya hilang juga. T__T jahat betul serigala yang mencuri tu. Barangkali mahu bual Mega Backspace Key Sale dekat Tesco -_-"
Cik Husna selalu buat saya gembira dengan gaya penulisan yang kelakar dan ada-ada sahaja! :D
yey!!! saya suka baca blog Cik Husna.... dapat hadiah percuma lagi wah sangat seronok hingga awan ke-9 (^0^)v
kyrel : ya, saya pun mahu yay juga! marilah kita sokong blog cik Husna! (^__^)
shukri... ya marilah kita memberi sokongan padu pada blog yang sangat dasyat kemenarikkannya [betul ke perkataan ini???] ini... "blog cik husna pilihan saya!!!" wah seperti iklan promosi produk pula... ^___^ v
oh...sangat setuju!
marilah kita berusaha membuat tagline iklan yang mantap lagi sentap untuk menarik pengunjung lain!
p/s : err...tak kena marah ke menyemak dan buat kecoh di blog orang ni? uhhuuu...
Assalamualaikum dan salam 1Pesta!
Alamak, tak dapat hadiah lah nih?
:((
Baru duduk terbayang ada karipap cinta sampai ke Canberra, hehe.
Tak apa, saya masuk dalam buku hutang. Haha
Terima kasih semua atas segala sokongan!!!
Kepada yang sudah berjumpa di booth PTS, saya amat gembira dapat jumpa kalian!
Tuan Ilham,
Saya akan cuba risik bagaimana mengirimkan bungkusan ke luar negara. (^_^)
Post a Comment