08 April 2010

Kenanganku (oh~)

Oh ya.

[ Apa motif menulis 'oh ya'? (~~,') ]

Maafkan saya kerana sudah lama tidak berkongsi ilmu pengetahuan. Baiklah, saya mulakan dengan memberi salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini dan ucapan hai!

Assalamualaikum, hai semua! (^_^)v

Tahukah bahawa saya sudah selesai mengerjakan satu lagi buku supaya di pasaran kelak terdapat novel remaja yang baharu? Apa? Tidak tahu? Adakah kita benar-benar kawan?

Sebenarnya, sekiranya tidak tahu adalah tidak mengapa. Sengaja saya tidak hebohkan supaya kalian tidak risaukan keadaan saya. Saya tahu rakan-rakan saya penyayang orangnya.

Maka bagi tidak membuatkan ramai berteka-teki, saya dengan berbesar hati memperkenalkan buku terbaharu yang sedang dicetak iaitu....



Ya... inilah buku terkini daripada Aizam Aiman yang popular dengan novel My Angel, My Hero dan My Secret itu. Beliau juga penulis bagi Sayalah Puteri Raja! dan juga Sayalah Putera Mahkota!. Memang tidak syak lagi.

Kepada pengikut siri My..., buku ini sudah lama dinanti-nantikan oleh mereka. Alhamdulillah, muncul juga siri seterusnya pada tahun ini. Kepada yang tidak tahu apa itu siri My..., bolehlah mula beli mengikut turutan iaitu
My Angel, My Hero dan My Secret bagi mengelakkan rasa bingung dan sedih kerana rasa ketinggalan.

Dengar cerita My Memory adalah penamat siri My.... Adakah itu benar? Marilah beli dahulu apabila sudah ada di kedai-kedai buku terpilih bagi mendapatkan jawapannya.

Baiklah. Sambung buat kerja, Husna.

Jumpa lagi!

Pembaca: Mana ilmu pengetahuan...? Ayat di awal tadi seperti mahu kongsi...? Cik, bagaimana membezakan baru dan baharu? Cik Husna... marilah jawab... T______T

14 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

baru- baju baru, kasut baru.

baharu-perkara yang baharu sj berlaku.

betul tak? tepuk tgn!

Husna Adnan said...

Alamak, Cik Bungakopi yang manis.
Nampaknya saya perlu juga menjawab soalan itu. Hehe.

Terbalik tu.

Sebenarnya:

Baharu - new (baju baharu, kasut baharu)

Baru - just (perkara yang baru berlaku)

Tetapi terima kasih ya kerana sudi mencuba! (^_^)

Unknown said...

wat.. ini adalah satu ilmu pengetahuan baru bagi saya.. erm.. pengetahuan baru.. baharu.. baru.. baharu...

Aish.. mana yang betul ni??

Husna Adnan said...

Ilmu pengetahuan BAHARU la... hehe.

Unknown said...

owh.. baru saya tahu.. baru saya.. baharu saya.. baru ke baharu??? baru? baharu?? ...

Aihhh... mana plak ni???????

Shukri Mohd Ali said...

cik bungakopi memang suka mencuba-cuba. hehe =P

sebenarnya masih terlalu ramai yang keliru dengan terma 'baru' serta 'baharu' ni...harap cik Husna sudi menjelaskannya dengan panjang lebar nanti, berserta contoh ayat. hehe (^__^)

kyrel said...

ya, saya pun baru baca entri kali ni dan masih seronok kerana dapat buku baharu tempoh hari.... Terima Kasih Cik Husna!!!
(^____^)v

Husna Adnan said...

Ismail,
Oleh kerana ada cadangan daripada Shukri, saya akan buat entri menyeluruh. Harap akan faham dengan hebat kelak. Hehe. :p

Shukri,
Awak dengan Cik Bungakopi sahabat ke?
Terima kasih atas cadangan.
Ya, insya-Allah, saya akan kemas kini entri seterusnya dengan menjelaskan berserta contoh ayat. Hehe.

Kyrel,
hahaha! Masih seronok ya?
Sama-sama. Terima kasih kerana seronok. (^_^)v

Shukri Mohd Ali said...

err...ya, cik Bungakopi itu sahabat saya =)

Unknown said...

tak adakah program bagi-bagi gratis buku itu husna? :D

Aman Wan said...

entry baharu cik husna ni agak kelakar ye seperti entry2 yang tak baharu lagi sebelum ni. saya sebagai pembaca baharu sangat suka membaca entry2 baharu dari kak husna. hehehe.

teruskan tulis entry baharu ye~!

^____^

Husna Adnan said...

Shukri,
Oh... dia tinggal di Perak juga ya.
Ke adik awak? ;)

Tuan Casofa,
Insya-Allah... =D
Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog saya.

Aman Wan,
Hahahaha! Terima kasih Aman.
Aman sangat lucu! :D
Terima kasih sudi baca.

K.A.A. said...

maknanya konsep baru-baharu ni sama dengan dulu-dahulu ke cik husna? :)

Husna Adnan said...

Oh... dulu dan dahulu tetap membawa maksud yang sama iaitu yang sudah berlalu. (^_^) Dulu adalah singkatan bagi Dahulu. Terima kasih kerana bertanya K.A.A.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...