02 April 2010

PBAKL'10 yang hebat!!!

Salam, hai kawan-kawan yang dirindui! (^_^)v

Alhamdulillah, selesai sudah kami (kita?) berpesta buku pada minggu lepas. Memang banyak aktiviti yang sudah dilakukan, daripada yang berfaedah hinggalah yang paling mengarut contohnya menepis godaan demi godaan pekerja Linguaphone. Mereka ada di mana-mana, di segenap sudut dan tingkat. Memang sangat gigih.

Hoh! *ini nada melepaskan lelah*

Baiklah. Semua orang sudah tulis berkenaan PBAKL, maka saya juga mahu! (Sekiranya adik saya tahu ayat seakan-akan meniru perbuatan orang itu wujud di sini, pasti dia akan cakap 'kau tak ada identiti'. T_______T)

Perasaan cemas kerana pesta buku sudah mula saya rasai sejak bulan Januari yang lalu. Senarai buku yang perlu disiapkan sebelum pesta buku yang berlangsung tiga bulan kemudian itu memang menarik. Namun alhamdulillah, saya rasa hampir semua buku yang dijangkakan ada di pesta buku memang ada di pesta buku. Mana yang tidak sempat, mohon ampun dan maaf ya sayang. Selepas pesta buku juga boleh beli buku... betul... sumpah abang tak tipu, Milah.

Namun perasaan cemas itu berlipat kali ganda ketika seminggu sebelum pesta buku apabila ada beberapa hal belum disiapkan. Memang cemas ya. Terlalu cemas hingga ketawa sahaja apabila sudah nampak tanda-tanda kegagalan.

Ada nampak apa-apa yang pelik di booth PTS tak?

Sekiranya semuanya nampak okey, baguslah. Hehe. Ya, belon besar itu tidak pelik, ia adalah comel dan besar sahaja. Kini ia sudah tiada. Mengapa? Boleh tonton di sini.

Selain menyaksikan kemusnahan belon, kawan-kawan boleh tahu beberapa berita lain semasa PBAKL dalam video Abang Alif itu.

Banjir misalnya.

Banjir itu sangat menakutkan, okey. Apabila dengar pengumuman yang mengatakan air di dalam sungai sudah naik ke tahap bahaya dan minta dialihkan kenderaan kepada mereka yang berkenaan, saya sudah terbayang Cik Lisa melambai sayu sambil dihanyutkan air yang deras. Kerana naluri keibuan yang tinggi, saya sudah berlari mendapatkannya. Dalam hati, berdoa supaya dia tidak apa-apa. Jika dia hanyut, saya akan berenang mendapatkannya. Walaupun ayat itu ada nilai dusta sedikit kerana saya tidak pasti sama ada saya pandai berenang ataupun tidak, namun saya lega kerana Cik Lisa masih di situ.

Tetapi saya tidak dapat mengalihkannya kerana jalan ke tempat parkir sudah dinaiki air. Habis basah hingga ke betis ya. Kasut cantik juga sudah digenangi air hingga bertakung dengan hebat hingga rasa mahu beli Buat Duit Dengan Ikan Keli supaya dapat memanfaatkan air yang bertakung itu. T_______T


Gambar ihsan: PTS
(Cik Lisa di sebelah kereta berwarna biru di ruangan parkir di sebelah kiri anda. Perhatikan, terdapat seorang lelaki gigih berdiri dengan tegak sementara orang lain sedang lintang pukang. Apa motifnya, jangan tanya saya. Saya juga keliru.)

Baik, baik. Sudah melalut. Namun saya yakin ramai yang berada di PWCT pada waktu itu sangat cemas dan huru-hara. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Saya tidak baca surat khabar, tetapi rasanya memang tiada orang yang hanyut dibawa air... kan? (~~',)

Secara keseluruhan, sekali lagi dipanjatkan rasa syukur kerana pesta buku kali ini lebih tenang namun tetap meriah, jika hendak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas boleh sampai pengsan bai. Marilah doakan tahun hadapan lebih besar, ada tempat berehat yang empuk, minuman percuma untuk para pengunjung dan mesin urut Ogawa (untuk staf PTS sahaja). Hahaha! Kalau macam tu, bos yang pengsan.
;)

Bagi mengelakkan entri kali ini panjangnya mampu menghubungkan para pembaca ke New Zealand, biar saya senaraikan sahaja apa yang menarik pada tahun ini:


  • Event 'Chit Chat Bersama Penulis Nurul Zahidah dan Ilya Alias' adalah event pertama di pentas aktiviti PTS. Maka sayalah orang pertama yang menghuru-harakan pesta itu dengan aktiviti. Memang huru-hara kerana main belasah saja. Event lain-lain juga huru-hara... T_______T Maka maafkan saya sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Kau dipaksa (dengar) aku terpaksa (cakap) - tiru tajuk lagu Scan *jangan klik sekiranya mahu mengelakkan mata terseksa dan demi menjaga kesucian lidah daripada memaki hamun.*
  • Dapat jumpa ramai kawan yang sebelum ini bertegur sapa di FB dan di blog ini sahaja. Kamu tahu kamulah yang saya maksudkan, kerana jika saya senaraikan di sini, entri ini akan melangkau beberapa kilometer ke belakang New Zealand. Kepada semua yang menegur saya, yang segan mahu tegur maka hanya memandang dari jauh, yang memandang dari jauh namun tidak segan menegur dengan lambaian dan senyuman, saya ucapkan terima kasih dan saya sangat sangat seronok bertemu kalian. *Serius sangat gembira!*
  • Buat pertama kali dalam hidup saya, saya TERpakai baju biru dengan tudung merah. Semua ini adalah kesilapan teknikal dan komunikasi. Huahua. T_______T
  • Kali ini saya sering bawa pen walaupun saya belum ada buku sendiri. Kenapa? Huahua lagi. *Hehe, menyampah pula taip gelak paksa begitu.*
  • Dengan kerjasama semua pihak, dua buku sulung PTS One Kids iaitu Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan dan Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu berjaya diperkenalkan kepada pengunjung booth PTS pada hari Jumaat, bersamaan 26 Mac 2010. Yahooo!!! Belum sempat event bermula, buku Kisah Si Puteri itu sudah diborong sebanyak 18 naskhah oleh seorang puan yang kami syak (kemain syak) seorang guru yang berdedikasi! HEBAT! Terima kasih puan dan semua pembeli buku-buku PTS! Kalian memang berjaya buat saya kagum, hingga berbelanja ratusan ringgit! WOW!!!
  • Kejayaan terhebat: Berat badan turun sedikit. Sangat sedikit, seolah-olah baik jangan turun sekiranya hanya mahu mempermainkan perasaanku sahaja. Kijam. :argh:
  • Perasaan terhebat: Terus rindukan PBAKL dan kemeriahannya semasa hari terakhir PBAKL. Saya rindukan kesibukan, saya rindukan kawan-kawan yang berkunjung ke booth, saya rindu mendengar bunyi 'pap' 'pap' 'pap' dari jiran sebelah (hahahaha) dan juga rindu melihat adik-adik berebut membeli buku dan berbincang mahu beli buku apa sambil membuka dompet lalu mengira duit masing-masing di atas tapak tangan. T_______T Juga rindu "Kak, harga buku ini berapa?" dan seterusnya berusaha mengira menggunakan kalkulator comel yang gigih dibeli sehari sebelum PBAKL kerana kalkulator tahun lepas sudah hilang dibawa angin. Padahal setahun sekali itu sahajalah mengira sesuatu yang agak sukar kerana ada tambah dan darab.

Oh, cukuplah buat masa ini. Sudah kering idea. Sekiranya ada apa-apa lagi yang ingin dikongsi, saya akan ceritakan pada entri akan datang. Kepada yang tidak bekesempatan ke PBAKL, jemput datang tahun hadapan. Best! (^_^)

Sehingga berjumpa lagi! Sayang kalian!


Oh, sebelum berpisah, ini sebahagian gambar di PBAKL yang lalu.



Belilah untuk si comel ya! Belilah... belilah... belilah... *teknik memukau*



P/S: Terima kasih kepada Rakan Budiman kerana sudah bertambah menjadi 46 orang! Wooohooo! *hahaha!* Kalian memang comel! (^______^)

14 comments:

Shukri Mohd Ali said...

salam.

yeay! PBAKL sangat hebat! lagi-lagi booth PTS. Kalian memang best! terima kasih kerana sudi melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.

lebih best lagi kerana dapat tandatangan cik Husna. hehe (^__^)

kyrel said...

salam.

"yeay! PBAKL sangat hebat! lagi-lagi booth PTS. Kalian memang best! terima kasih kerana sudi melayan kerenah pelanggan yang pelbagai" petikan komen shukri.... (=___=)[teringin berkata begitu juga....]

lebih sedih lagi kerana tidak dapat tandatangan cik Husna. uwawawa (T__T;) ...memang sudah bercadang hendak ke sana...tapi tidak kesampaian.... (~___~`)

StingRay said...

linguaphone?

ada lagi eh menatang tu.ingat dah pupus.

haha..

Shukri Mohd Ali said...

kyrel : tabah la ye. insyaAllah ada rezeki, anda pasti akan ke PBAKL juga =)

K.A.A. said...

husna bermata panda...

nak sainnn!!! haha ;p

Unknown said...

yes!!! tahun ini dpt juga berjumpa Cik Husna sebanyak banyak kali.. haha.. tahun lepas tak sempat jumpa pasal tak sempat kenal.. haha

Husna Adnan said...

Shukri,
wa'alaikumsalam.
Hahaha! Best kan? Terima kasih kerana sudi berkunjung ke booth kami! (^_^)

Kyrel,
Hahaha! Janganlah sedih. Harap sudah bertambah gembira! :D Tahun hadapan datanglah ya! (^_^)

Stingray@Jamil (hehe harapnya itu nama awak),
Adaaa... dan mereka umpama bakteria. Ada di mana-mana. Jalan selangkah, muncul satu, selangkah lagi, muncul lagi. T____T

K.A.A. yang tulisan kian jiwang!
Hahahaha! Nak sain? Meh meh. Sementara masih belum cas bayaran ni. Hahaha!

Ismail,
Ya, banyak kali kan? Hehehe. Tahun lepas memang tak kenal. Hehe.

K.A.A. said...

Ewah2...Yang tulisan kian jiwang ye? haha...tulisan je...orangnye tak jiwang pun...huhu

Sekarang ni sain macam mana? Saya ada yang edisi lama je...haha

p/s-maaflah blog saya dah jadi begitu. mesti kamu malas nak jengah dah sebab u don't like reading that kind of thing kan...hehe ;p

kyrel said...

terima kasih shukri, ya saya sekarang tersangatlah gembira hehehe juga mendapat tandatangan cik Husna versi baru(tak tahulah apa perbezaan tandatangan cik Husna edisi lama dan baru) huhuhuhu yang pasti sangat cantik seperti wajah tersenyum...(^0^)v TERIMA KASIH CIK HUSNA
♥¸¸.•*¨*•♫♪♬♬♪♫•*¨*•.¸¸♥

aku-H said...

saya nak buku karipap 2..nak jugak!..HAHAHA

DeeN said...

Salam perkenalan,
Rindu juga dgn PBAKL 2010 & tahun2 sebelumnya. Kan best kalau setahun hanya 6 bulan, maka lebih cepat PBAKL menjelma. Toink! Toink!

Oh ya, hari tuh tak sempat nak mengusyar sebab sibuk mengira duit utk memborong buku2 kat PTS. :)

Husna Adnan said...

K.A.A,
Hahaha! Kadang-kadang, kita boleh tahu apa isi hati orang itu dengan membaca tulisannya. Maka saya amat tidak percaya sekiranya anda tidak jiwang-jiwang pada masa ini. Sila jemput apabila sudah tiba masanya. :p

Tandatangan versi sekarang diturunkan dengan rasa bangga sedikit. Itu sahaja bezanya dengan versi lama. Hahaha.

P.S: Saya tidak pernah tidak baca blog kamu. Cuma tidak tahu mahu komen apa kerana terlalu jiwang. Namun tidak mengapa. Ramai yang sudi komen kerana pengikut sudah terlalu ramai. Auwwwww. Tahniah! ;)

Kyrel,
Hehehe. Sama-sama Kyrel.
Terima kasih kembali.

Dayah,
Apa minta-minta? Pergi beli sendiri. Hahaha! Kuang asam kemunculan komen kau di sini.

DeeN,
Salam perkenalan juga! (^_^)
Rindu kan? Harap masih berpeluang mengalami suasana pesta buku pada tahun-tahun akan datang.

Wow! Borong buku PTS!
Terima kasih! :D

K.A.A. said...

Hahaha...saya pun rasa macam tak percaya bila baca komen Husna. Saya cuma bermonolog dalaman di situ. Tiada kaitan dengan keadaan semasa saya.Hehe.Errr...jemput??? hahaha...insyaAllah ;)

Wah! Begitukah? Saya pun tumpang bangga (^__^)

p.s- Alamak...maaflah ya sebab ia terlalu jiwang...insyaAllah saya akan cuba kurangkannya...haha. Tapi bukankah jiwang itu indah wahai cik Husna? haha ;))

Husna Adnan said...

:) Dont take it seriously.
Saya gurau saja.
Tulislah ikut suka.
Afterall, itu blog kamu.
Dan ya, tiada salahnya.
Teruskan. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...