24 April 2010

Masih Hidup

Assalamualaikum kawan-kawan! Hai!

Sekarang saya sedang berhempas-pulas menyiapkan buku sempena bulan puasa dan raya. Ramai hairan mengapa sudah dibuat sekarang, padahal bulan Ramadan lama lagi. Puasa ganti juga ada yang belum dilunaskan. Oh~

Namun buku-buku ini perlu berada di pasaran sebelum tibanya bulan mulia itu atas faktor-faktor pemasaran dan kecenderungan pembeli. Pembeli lebih gemar mencari buku-buku seperti ini sebelum bulan itu tiba. Mungkin sebagai persiapan dan pendidikan jiwa supaya bersedia menghadapi bulan puasa? Mungkinkah?

Jadi apa motif saya tulis entri kali ini?

Ha ha ha. Tiada. T_____________T

Hanya bagi memberitahu saya masih hidup dan menendang (still alive and kicking) walaupun hidup kian mencabar sekarang. Sangat mencabar. Tabahlah, Husna. Tabahlah, awak.

Alang-alang sudah intro bercerita berkenaan tugasan terkini saya, marilah saya teruskan dengan berkongsi serba sedikit pengalaman menyunting buku berkenaan puasa dan raya sebelum musimnya.

Semasa jalan cerita pada bulan Ramadan:

1) Akan berasa waswas untuk makan dan minum

Ya... setiap kali menyunting manuskrip yang berkisarkan bulan puasa, permainan psikologi ini akan menyebabkan saya teragak-agak untuk makan dan minum. Watak di dalam cerita itu ditegah itu dan ini, hingga diri sendiri sudah terpengaruh. Apabila orang berpusu-pusu meninggalkan meja masing-masing demi memenuhi meja di kedai makan, ada sedikit perasan hairan (kerana masih ditipu oleh diri sendiri). Maka ini akan menyebabkan diri sendiri mendapat berat badan ideal dan ada kemungkinan seramping Nasha Aziz. Perlu ke?


Ini gambar lapar atau kenyang? Kompius mak.

2) Mendapat keazaman melebihi had untuk bertarawih setiap malam

Agak kudus di situ, namun ini satu kebenaran. Membaca keseronokan bertarawih dalam cerita tersebut, akan menyebabkan perasaan melonjak girang yang tiada tandingannya hingga sudah fikir mahu membeli telekung baharu demi memberikan motivasi ke surau atau masjid terdekat. Kadang-kadang akan insaf sendiri kerana semasa bulan Ramadan yang lalu, tidak begitu menggunakan peluang beribadah yang anda semaksimum mungkin. Nasib baik tidak edit sambil mengalirkan
air mata. Itu sudah sangat syahdu. Mungkin rakan di sebelah akan mohon pindah meja. Maka selepas itu memang akan mengalirkan air mata kerana kesunyian. T_______T


Tip khusyuk mendirikan solat di surau atau masjid. Tidak perlu memikirkan selipar hilang dibawa perompak. Namun jika mangga begini sahaja, perompak akan bawa lari dengan mangga-mangga sekali dan ini menyebabkan dia mendapat
dua harta rampasan.

3) Mengalami keinginan tahap melampau ke kedai yang menjual kuih-muih dan kerepek

Tiba-tiba menjadi penggila bahulu dan juga berkenan pada kuih batang buruk adalah tidak normal bagi saya terhadap diri sendiri. Persiapan raya seperti membakar kuih, mengadun bahan-bahan dan memasukkan kuih-muih ke dalam balang mampu menaikkan jualan mak cik balang sebanyak 50% semasa bukan musim perayaan, yang disumbang oleh purse anggun saya. Mungkin akan mengalami ketagihan membeli namun makannya tidak.


Apakah itu yang di sebelah kanan dan berwarna-warni itu?
Mengapa hidangkan magnet peti ais bersama kuih-muih?


Semasa jalan cerita pada bulan Syawal:

1) Rasa rindu kepada kampung halaman mula menerjah sanubari

Ini adalah kesayuan tahap mengada. Padahal sekarang di kampung halaman sudah tidak begitu menarik berbanding tahun-tahun terdahulu iaitu semasa saudara-mara rapat masih ada, semasa nenek masih ada. Kini yang tinggal hanyalah anak-anak muda yang kurang nilai bergaul sesama saudara seperti diri sendiri. Oh~ duit raya juga sudah tidak layak dimiliki... (Y_Y)

2) Selain merindui kampung, akan merindui teman-teman sekolah yang sudah hilang khabar

Waktu ini akan fikir, di manalah rakan-rakan tadika, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah? Hidup lagikah mereka? Kalau tahu di mana mereka, pasti akan ajak datang beraya. Berjumpa dengan mereka tidak mustahil semasa zaman Facebook ini. Insya-Allah, pasti dapat jejak satu hari nanti.

Namun ada dua masalah. Masalah pertama, sendiri sudah lupa apa nama mereka. (^^',) Masalah kedua, jika jumpa pun, kebanyakan rakan sekolah sudah tidak cam saya. Inilah akibatnya apabila terlalu cun berbanding zaman hingusan.

Ya? Tandas di sebelah sana. Mahu muntah ya? Saya ikut, boleh? Saya juga rasa mual dengan kenyataan itu.
T________T

3)
Selain merindui kampung dan teman-teman sekolah yang sudah hilang khabar, akan merindui teman-teman yang masih bertanya khabar

Ini kes mahu berkonvoi dan berkumpul di satu rumah beramai-ramai hingga riuh-rendah. Setiap tahun saya pasti mahu ikut berkonvoi. Dulu, zaman sekolah, hanya berjalan kaki, naik basikal dan jika yang sedikit moden, naik motosikal. Kemudian selepas habis SPM, seorang rakan kami bawa Pajero. Rasanya sudah sumbat lebih kurang 10 orang dalam satu kenderaan, hingga ada yang duduk bertinggung di bonet dan tempat meletakkan kaki. Hahahaha! Naif sungguh waktu ini. Zaman muda yang tiada masalah... oh~ rindu gila!

4) Rindu ahli keluarga yang sudah tiada

- Tiada penjelasan -

5) Mengalami perasaan mahu makan itu dan ini seperti nasi himpit bersama ayam masak merah, gulai ayam, rendang daging, dan yang sama waktu dengannya.


Kak Diana memang pandai buat saya kian terseksa apabila melihat gambar ini.
Kak Diana hebat!


Hadoi... kucar-kacir betullah perasaan menyunting manuskrip tema puasa dan raya ini.

Adakah editor lain turut merasa apa yang kurasa? Atau saya memang jenis mudah terpengaruh? Ya... ada sedikit... kerana sudah terpengaruh membeli pelembap muka jenama lain suatu ketika dahulu.

Semoga semua buku puasa dan raya ini siap pada waktu yang ditetapkan, amin....

Fuh~ siap satu entri yang mahu mengheret kalian supaya sama-sama terseksa bersama saya. Harap terseksalah sedikit. Jika tidak pun, tolonglah buat-buat terseksa. Saya amat hargai lakonan kalian.

Hingga berjumpa lagi!!! SELAMAT MENUNGGU HARI RAYA!!!

*Disclaimer: Semua gambar diambil dari link asal, dan tiada niat mahu memperoleh keuntungan daripada gambar-gambar tersebut. Alasan lain, letak gambar dari link asal lebih pantas berbanding upload. Kelajuan tahap siput agak mencabar kesabaran.

9 comments:

Shukri Mohd Ali said...

salam.

selamat berhempas-pulas dalam menyiapkan buku-buku tersebut. moga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. amin (^__^)

membaca entri ini mengembalikan mood puasa dan raya (walaupun jauh lagi untuk ke situ). Hmmm...cik Husna memang bijak bermain dengan rasa dalam setiap entri-entri cik. Huhuhu.

akhir kata, tabahlah ye. Hehe.

p/s : layan lagu 'sepasang kurung biru' nyanyian khairil johar ketika membaca entri ini. lalalala~

kyrel said...

berusahalah cikgu!!! (^____^)v....

[lagu 'sepasang kurung biru' nyanyian khairil johar...itu tidak ada kena mengena dengan khairil azemi.. harap maklum...hehehe (^^,)v..]

Juw-one said...

kenapa mesti ada ayam masak merah tuuu??? tergugat iman selera hamba~ kekekekeekk~

cukup suka statement ini :

" kemungkinan seramping Nasha Aziz. Perlu ke?"

kekekekekeke~

Resman said...

Sudah kembali di Shah alam. Rumah mak sedara punya talian internet yang hebat maka sudah boleh bersuka ria dengan laptop yang sunyi tanpa internet di Labuan...Ok kembali kepada komen. Em...komen saya adalah...no komen..hehehe..gurau jes. Sebenarnya kita serupa wahai cik Husna yang mempunyai tudung comel..hek hek hek..sudah nampak muncung di bibir cik Husna..saya juga akan mula terpengaruh sedemikian sekiranya membaca buku2 atau komik terutamanya APO? versi bumper raya atau puasa. Pasti akan mengalami sindrom2 yang cik Husna yang mempunyai tudung comel, nyatakan tadi. Jadi maknanya cik Husna tidak bersendirian...

redcliff said...

hahahaha... mumet!

Unknown said...

tak puase, tak boleh raye

Ismail Fitry said...

Salam Che' Husna.

First time saya tinggalkan komen kerana terpanggil setelah melihat gambar mangga pada selipar tersebut. Mengimbau kenangan lama kat sekolah.

Kalau ada masa bolehlah kiranya Cik Husna baca kisah mengenai selipar tersebut di:

http://ismailfitry-klasik.blogspot.com/2009/06/seliparku-seliparmu-jua.html

terima kasih.

aku-H said...

kisah raya time muda amat-amat legend..haha

Husna Adnan said...

Shukri,
Wa'alaikumsalam.
Hahaha! Awak juga sudah terjebak.
Nice~ hehe.

Kyrel,
terima kasih! (^_^)v

pirate's crackerx,
hahahaha! sangat perlu ya
supaya kalian semua tergugat sama.
hehehehe. statement tu manis tak? hihi.

Resmanshah,
Oh~ bagusnya...
ada juga teman terpengaruh.. hihi.

redcliff,
hehehe, mumbeng-mumbeng (tiba-tiba).

Tuan Casofa,
hahahaha! iya..
'tak puase, tak boleh raye' :D

Tuan Ismail,
Wa'alaikumsalam.
Ya, terima kasih kerana akhirnya sudi memberikan komen. :D
Oh, saya sudah membacanya. Hahaha! Kenangan yang lucu! xD

Dayah,
Hahahaha! Memang legend kan?
Sungguh banyak perkara... auwww!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...