26 March 2011

"It's Friday, Friday, fun fun fun fun."


Assalamualaikum, hai semua!


Pertama sekali, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini, membaca entri sebelum ini berkenaan pembikinan buku itu, juga kepada semua yang sudi 'like' dan sebarkan di laman FB masing-masing. Tiada apa yang dapat saya balas, selain doa semoga tuan puan semua diberikan rezeki dan kebahagiaan di dunia serta di akhirat. 
(Kudus sangat perenggan ini... auwww.... :">)

Baiklah. Ini entri ringkas sahaja. Mahu cerita berkenaan hari Jumaat saya yang berlalu dengan pantas ini. (Tajuk entri ini, kepada sesiapa yang suka tengok Youtube, pasti tahu bukan? Fun fun fun fun.) Hehehe. Kisah kami sekeluarga makan di Restoran Saba', Cyberjaya.

Terimalah!!!

Menu di Restoran Saba (tidak termasuk URL blog saya. Okey, fine.)

Namun sebelum ke Cyberjaya, sempat bergambar dengan pokok mawar kesayangan. Pokok mawar ini saya sangat sayang hingga saya biarkan dia berdikari. Sudah banyak kali rantingnya mati hingga kering dan tidak bermaya, namun dia tetap berhidup dan mengeluarkan bunga mawar yang indah. SYABAS, KAU MAWARKU SYUWAB SYUWAB!!! 
(Tiru lagu 2by2 + Datuk Siti... pernah dengar tak? PERNAH TAK???!!!)

Bunga mawar yang hidup bergigih... :">

 Sudah sampai!!! 
(Jangan duduk dekat sangat dengan kaunter makanan. Bingit orang itu asyik tekan loceng supaya pelayan ambil makanan yang sudah tersusun rapi. Kui kui.)

 Ini saya punya. Kebab pelbagai! Kongsi dengan adik, adik bongsu, kakak dan emak.

  Ini juga saya punya. Pisang campur susu.
Namun hingga masa entri ini ditaip, minuman ini masih dengan saya.
Terlalu pekat, hingga kena letak air, dan akhirnya tak habis-habis sebab asyik tambah air. Haha!

Tapi... sedap.... ^_________________^

Nasi arab ayam, kongsi dengan adik, abang ipar, kakak, adik bongsu.
Maaf ya, saya tak ingat namanya yang sebenarnya. 
Nanti kita tengok nama mereka pada gambar resit okey? (^_^)v

 Saya tak tahu siapa yang order ini. Hahaha! Makan saja! :">

 Nasi arab kambing - emak kongsi dengan adik bongsu, adik, kakak (saya jamah sesudu).
Pinggan sebenarnya sama macam pinggan nasi arab ayam itu. 
Ini yang emak saya sudah masukkan ke atas pinggan dia. Hee... :D

Ada banyak lagi makanan yang orang lain order, sangat banyak, tak larat nak ambil gambar satu per satu. Itu, gambar di atas ini, lelaki itu adalah adik bongsu saya. Dia makan paling banyak. Sangat berselera walhal baru hari itu kemalangan. Namun okey juga, dia tidak segemuk saya. T_T

Jadi... berapa harga makanan yang sudah kami lahap beramai-ramai itu???
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 TERBAIK WOK!!! (Kira okeylah sebab makan 7 orang.... :D)



Alhamdulillah... kenyang kami sekeluarga. Terima kasih emak! 
(Dan kakak kedua yang tolong tambahkan RM8.00, hehehe.)

Kepada yang mahu cuba, boleh ke Restoran Saba, Cyberjaya okey!
Sedap dan berbaloi! ^____________^




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

5 comments:

pemburu impian said...

mahalnyer kak...klu dekat uia banana milk tu dpt RM2 jer..babrican rm2.50

xxlonelygirl said...

terbaekkk.. aku hanya mmpu makan kat andalus jek

NARUMI ISOZAKI said...

sesungguhnyer sy lebey tertarik dgn bunga mawar yg "berdikari" itu.. haha..

Shukri Mohd Ali said...

kebelakangan ni entri makan saja. huhu =__="

Husna Adnan said...

Pemburu Impian,
Wah, ye ke???
Bertuah sungguh pelajar UIA! :D

Airien,
Hahaha! Aku mampu makan kalau mak aku belanja.

Zati,
Hahaha! Bagus kan dia? :))

Shukri,
Itulah.... T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...