16 March 2011

Dunia Buku: Proses Pembikinan


Assalamualaikum, hai kawan-kawan!!! ^__________________^


Hari ini, sepertimana tajuk yang tertera di atas....

Saya mahu memperkatakan berkenaan....

Proses pembikinan sesebuah buku....

Berdasarkan pengalaman saya yang kerdil ini.

Maka, ini sekali gus adalah entri penghargaan kepada pembaca blog ini.
(Berdasarkan kutipan undi yang dibuat sebelum ini menggunakan poll Nuffnang.)

Dan entri ini agak panjang. 
Saya tulis ini demi rujukan mereka yang memerlukan.

Baiklah. Mari kita mulakan. Bismillah....

* * *

Peringkat Pertama: Penilaian Manuskrip
(Tugas editor perolehan)

Biasanya, di PTS, editor lebih suka sekiranya para penulis menghantar proposal terlebih dahulu, sebelum mula menulis hingga habis bagi sesebuah manuskrip. Ini bagi mengelakkan manuskrip yang sudah siap ditulis, dirombak ataupun paling parah, ditolak terus.

Apa yang perlu disertakan dalam proposal?
  • Sinopsis
  • Contoh beberapa bab 
  • Resume atau pengenalan diri (sekiranya penulis baru)
Sinopsis: Supaya editor tahu butir cerita dari awal hingga akhir. Sinopsis bukanlah blurb, yang diletakkan di belakang buku itu seperti contoh di bawah:

Azman dan Azmin terkejut apabila terdengar satu suara memanggil mereka.
Suara apakah itu? Apakah itu suara???

Janganlah suruh editor teka itu suara siapa. Editor kena tahu seluruh jalan cerita secara kasar, supaya dapat dinilai. Yang kena teka itu adalah pembeli, maka ayat itu adalah ayat blurb. Namun contoh di atas adalah contoh blurb yang sadis. T_T

Contoh beberapa bab: Tidak kisah bab ikut turutan ataupun tidak, kerana contoh bab ini hanya supaya editor dapat mengenal pasti gaya penulisan si penulis. 

Sekiranya bahasa okey, walaupun tidak menepati manual suntingan PTS, boleh terus sambung tulis selepas sinopsis juga best. Sekiranya guna bahasa SMS, 'ewww', dan... segala bahasa rempit yang ada, penulis perlu banyakkan membaca buku-buku PTS (demi mengenal pasti house-style dan prinsip PTS) atau datang kursus penulisan Puan Ainon yang percuma itu. 

Prinsip PTS adalah:

BMT dan patuh syariah.

Resume atau pengenalan diri: Ini tidak perlu pun sebenarnya, tetapi ini lebih kepada membantu editor mengenali siapa kita. Manalah tahu, sebelum ini pernah terbit dengan penerbit lain ke, aktif menghantar artikel di majalah ataupun akhbar ke kan.

Bagi yang sudah siap tulis, pun boleh juga. Hantar terus manuskrip itu kepada editor bertugas, dan tunggu hingga editor habis nilai. Sekiranya terus diterima, alhamdulillah. Namun sekiranya dirombak, kenalah cantas apa yang patut, dan tambah apa yang patut juga.

Selepas manuskrip diterima, sepatutnya perjanjian penerbitan juga diterima oleh penulis, sebagai persetujuan menerbitkan karya itu. Tetapi kadangkala, apabila editor terlalu sibuk, perjanjian penerbitan itu akan diberikan semasa proses suntingan.

Peringkat Kedua: Manuskrip sedia disunting / Ready to edit
(Tugas editor pengurusan)

Apabila manuskrip yang dihantar sudah diterima dan lulus dalam meeting proposal, editor perolehan akan memberi manuskrip itu kepada editor pengurusan. Tugas editor pengurusan adalah segala urusan dari menukar manuskrip kepada buku. Dan di sini jugalah tugas editor sambilan / freelance editor diperlukan, bagi memenuhi KPI editor in-house.

Editor sambilan yang tiada asas dalam penyuntingan PTS, perlu mendaftar dengan PTS dan menghadiri kursus yang disediakan. Semua ini perlu hubungi pihak PTS sendiri, kerana saya juga kurang arif. Saya tidak perlu ke kursus editor sambilan kerana saya bekas staf. Ngeh ngeh. (Namun saya masih perlu tanya editor in-house, manalah tahu ada rombakan di mana-mana. Rajin bertanya, jumpa jalannya. - Kurang puitis, tetapi it's rhymes. Belasah saja.)

PERKARA-PERKARA YANG DISUNTING:

Dalam proses suntingan, ada beberapa perkara yang dititikberatkan. Tetapi yang paling penting, setiap editor perlu tahu manual suntingan PTS.

Manual suntingan PTS: Dibuat oleh PTS sendiri (penasihat: Puan Ainon dan Prof. Abdullah Hassan), dan perlu ditelaah oleh semua editor yang bertanggungjawab menyunting manuskrip. Semuanya adalah Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Banyak, tetapi practice makes perfect kan? *wink*
  • Ejaan kontot (ni, tu, saja, tak, kan, dulu, dll.)
  • Bahasa pasar (Wak lu!, Lawak bai!, Enjoy nampak bahan aku, dll.)
  • Penggunaan perkataan ("Kek saya kacak, bukan?")
  • Kelancaran bacaan
  • Pecahan perenggan
  • Penggunaan italik
Semua yang di atas biasanya disunting oleh editor. Tetapi sebenarnya, ejaan dan penggunaan perkataan itu adalah tugas penulis. Yes, seriously

Semasa menulis PERLU rajin semak kamus. Boleh beli Kamus Dewan Edisi Empat, ataupun tengok sahaja di laman web PRPM, lebih mudah.


Inilah laman web PRPM yang digembar-gemburkan.

Salah satu perkara yang sangat jangan dibuat dan sangat menganiaya editor adalah, mencipta perkataan ataupun istilah sendiri.

Contohnya: 
"Kasihan aku tengok anak Pak Manap itu. Dia adiksi K-Pop, hingga dia ajak Pak Manap sekeluarga pindah ke Korea," ujar Mak Som.

Ada nampak apa-apa yang kalian tidak faham di situ? 

Ada?

Ya....

Apakah itu 'adiksi'? T_T

Ia sebenarnya adalah 'addiction'. Sekiranya tidak tahu istilah dalam BM, janganlah buat istilah sendiri. 'Addiction' dalam BM adalah ketagihan. Semua ini senang sahaja dapat dibongkarkan dengan menggunakan PRPM tadi. (Ini sekadar contoh. Belum pernah lagi ada penulis guna 'adiksi'. Tetapi saya pernah sunting hal yang sebegini.)


Sekiranya tidak pasti sangat-sangat, italikkan sahaja perkataan Inggeris itu. *wink lagi*

Semasa proses suntingan, mana-mana buku yang memerlukan ilustrasi, sudah perlu hantar deskripsi kepada ilustrator supaya semasa proses layout, semuanya sudah ada. (Ini tugas editor in-house.)

PERISIAN MENYUNTING / EDITING SOFTWARE:

Editor di PTS menggunakan perisian khas, iaitu Dewan Eja, dan Open Office (.odt). Apabila menggunakan ini, mana-mana perkataan yang tiada dalam sistem kerana salah eja ataupun tidak wujud, akan ada garisan merah di bawah perkataan itu. Tetapi, tidak semua yang digariskan itu tiada dalam kamus. Sebelum cantas, kena semak kamus dulu. Sesiapa yang tiada Dewan Eja, beli ataupun perlu lebih rajin semak kamuslah ya. (^_^)v

PERISIAN SUSUN ATUR / LAYOUT SOFTWARE:

Mudah sahaja ini....

Selepas selesai sunting, teks yang sudah disunting itu akan dimasukkan ke dalam layout. Di PTS, tugas layout ini juga adalah tugas editor pengurusan / ediitor kreatif, dan bukannya jabatan grafik. Jabatan grafik adalah tim yang bertungkus-lumus membuat cover

Layout dibuat menggunakan Adobe InDesign (ID), dengan bantuan Adobe Ilustrator (AI) dan Adobe Photoshop (PSD). AI dan PSD ini bukan wajib, tetapi sekiranya ada asas, kira okeylah untuk buat design dalam yang simple ke kan. Sekiranya memang haibat, boleh buat sendiri design dalam, tidak perlu minta tim grafik buatkan. 

Editor sambilan juga diperlukan bagi membuat layout, sekiranya dia memang tahu bagaimana menggunakannya. Dalam kursus anjuran PTS, ada diajar cara layout buku sekiranya saya tidak silap. Tetapi ada juga buku yang editor in-house mahu layout sendiri, maka editor sambilan hanya edit, dan ada juga yang editor in-house edit, tetapi editor sambilan yang layout. Dua editor sambilan buat kerja yang berlainan pun ada. Ikutlah macam mana. 

Peringkat Ketiga: Manuskrip sedia dicetak / Ready to print

Selepas siap layout, buku itu akan melalui tiga peringkat pruf, iaitu pruf pertama oleh editor, pruf kedua oleh penulis, dan pruf terakhir oleh editor yang lain pula. Apabila semua pembetulan sudah siap, cover pun dah ada, harga buku dah confirm, maka buku itu pun dihantar ke pencetak.

Proses lain sebelum dicetak: Meeting budget, minta quotation daripada pencetak, ISBN, dan pelbagai lagi kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya mahu tahu, kerja di PTS, okey? Hihi.

Peringkat Keempat: Manuskrip akan dicetak

Selepas manuskrip yang sedia dicetak itu dihantar ke pencetak, pencetak akan hantar CTP, atau mock up. Ia hampir serupa seperti sebuah buku yang siap, tetapi tiada binding. Cover pun guna kertas biasa.

Memeriksa CTP adalah peluang terakhir mengesan kesalahan dan membetulkannya. Semasa periksa CTP, menyemak ISBN adalah sangat penting. Sekiranya ISBN salah, dan apabila buku sudah ada di stor, maka sesi menampal perlu diadakan. Sekiranya buku itu dicetak 5000, 5000 naskhah bukulah yang perlu ditampal ISBN yang betul. *Seksa tau.... kah kah.*

Peringkat Terakhir: Manuskrip siap dicetak
  • Hantar naskhah penulis kepada penulis
  • Ambil naskhah promosi bagi simpanan editor
  • Dan....

BERGEMBIRALAH....

^________________________^

* * *
Okey, itu sahaja serba ringkas proses pembikinan buku di PTS. Mungkin juga ada yang tertinggal di mana-mana, tetapi okey kot ini. 


Nampak mudah, bukan? Tetapi sebenarnya perlukan ketelitian yang tidak berbelah-bahagi. Kadang-kadang sudah teliti sepenuh jiwa raga pun masih ada cacat cela di mana-mana. Jadi maafkan sahajalah editor yang bertugas. Tiada manusia yang sempurna gitu, cewah.

Baiklah, hingga bertemu kembali! Wassalam.... :)


P/S: Ini hanya proses secara kasar. Ada manuskrip yang perlu tunggu setahun ataupun lebih kerana banyak rombakan dan banyak salah itu ini. Ada juga manuskrip yang lulus di pihak editor perolehan, tetapi perlu beratur untuk masuk jadual penerbitan memandangkan setiap akhir tahun, PTS ada membuat mesyuarat penerbitan. Waktu ini, editor perlu senaraikan buku-buku yang akan terbit pada setiap bulan. Maksudnya, setiap bulan dalam setahun itu, sudah ada buku beratur. Tetapi sekiranya buku yang beratur itu manuskripnya belum disiapkan oleh penulis, mana-mana manuskrip bersih yang diluluskan oleh meeting proposal boleh terus masuk dalam production walaupun tahun lepas, tiada dalam senarai. :)


17 comments:

Raziq Syahmi said...

oo.. mcmni ye buat buku.. bnyk step2 dia.. igtkn senang2 je.. haha. Thanks akk sbb bgtau step2 ni.. (^_^)

Ampuan Awang said...

tak mampulah nak cetak buku di pts cik puan husna...

YaQuut @ Firdaus said...

Husna tak rindu nak kembali ke?

FEEQRY said...

Wah terima kasih! ^______^

K.A.A. said...

Gigihnya menulis post ni...tabik hormat! (^_^)>

Shukri Mohd Ali said...

Like!

teirma kasih atas panduan, cik Husna. saya makin bersemangat untuk menyemak semula draf penulisan :)

Husna Adnan said...

Raziq,
Ya, banyak prosesnya!
Hehe, sama-sama! :D

Tuan Ampuan Awang,
PTS tidak cetak buku, PTS terbit sahaja. Hihihi. :))

Kak Fir,
Kadang-kadang rindu, tetapi apa boleh buat... banyak yang perlu dipertimbangkan. Jadi freelancer macam sekarang, rasa lebih tenang hati. :)

FEEQRY,
Sama-sama! :D

K.A.A.,
Hehehe... terima kasih ya. :">

Shukri,
Sama-sama. Selamat menulis ya! :D

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memanjangkan entri ini bagi dikongsi dengan yang lain. Hanya Allah dapat membalas budi baik kalian. (^_^)

Hafizhilmi said...

Cik Husna, adakah penulis berhak untuk tahu tempoh masa proses2 yang dilalui itu, dan tarikh buku kita dijangka diterbitkan?

Unknown said...

wow... nice blog.. but, will you subscribe my blog if i subscribe yours?? :-)

Husna Adnan said...

Tuan Hafizul Hilmi,
Biasanya, untuk 1 buku siap dicetak adalah dalam jangkaan 2 bulan. Dan untuk buku mula diedarkan ke kedai-kedai buku terdekat adalah 2 minggu. Penulis boleh tahu apa peringkat buku itu pada satu-satu masa, namun perlu juga memahami bahawa 2 bulan itu adalah anggaran minima. :)

Mazu Freelance,
Terima kasih. Sekiranya blog ini berguna kepada saudari / saudara, buatlah. Hehe.

Zara Zainudin said...

Thanks Husna sebab share info. Kagum dgn kejayaan Husna. Macam mana eh nak jadi freelance editor kat PTS?

Husna Adnan said...

Sama-sama. Semoga bermanfaat!

Sekiranya mahu menjadi freelance editor, hantarkan resume ke editorial@pts.com.my. Dalam kandungan emel, tulis menggunaan ejaan penuh, beri salam, ucap terima kasih atas masa yang diluangkan bagi membaca emel dan tujukan doa, dan minta maaf sekiranya emel itu mengganggu. Kenalkan diri, dan beritahu saudari minat dalam menterjemah genre apa. Remaja / dewasa / agama / bisnes, etc. Sekiranya ada editor yang berminat, dia akan balas emel saudari, insya-Allah. (^_^)

Unknown said...

salam adik husna,

akk nak tanya biasanya PTS bagi berapa % royalty utk diterbitkn dgn pts??? TQ

Unknown said...

Salam Husna, akk nak tanya pts bagi berapa % royalty utk penulis ?? tq

Husna Adnan said...

Salam. Royalti bergantung kepada jumlah print juga. Alamak, saya juga sudah lupa berapa persen ikut jumlah print. Nanti saya tanya editor.

Unknown said...

ok tq dik..akk tggu ye...

Husna Adnan said...

Salam Kak Diana. Maaf maaf lambat pula balas komen. Okey, 7% untuk 5000 pertama naskhah terjual. Selepas itu 10% +5000 yang terjual. Paling tinggi akan dapat 11% selepas 10000 naskhah terjual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...