19 April 2011

Terima kasih, duhai kawan...


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^___________^


Maaf ya, sudah lama saya tinggalkan blog ini selepas menghabiskan tenaga membuat reviu HMM yang agak bersungguh-sungguh itu. Hahaha! Over sangat, walhal sendiri yang nak buat.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entri saya yang jarang pendek, terima kasih sudi tulis komen, malah ramai juga yang 'like'. Terima kasih yang tidak terhingga.

*Tiba-tiba masuk mode serius.*

Saya ini manusia biasa. Yang menggunakan blog untuk tulis apa yang nak diluahkan. Ada fakta, ada pandangan, ada pendirian. Kadang-kadang perangai macam minta direjam dengan gumpalan kertas, kadang-kadang ala-ala lemah lembut gitu. Padahal!!!

Padahal saya memang begitu. Seimbang. Ying Yang. Kemain.

Ikut situasilah. Kalau situasi itu serius, saya seriuslah. Kalau macam tak berapa nak serius, saya pun join sekaki. Lima tahun jadi gadis pembawa motor (wah, ayu sikit tulis begini daripada guna minah rempit T_T), sudah tentulah saya ada sifat kasar saya. 

Dulu saya macam tomboi tau. HAHAHAHA. Ada gambar lagi, pose macam boyband minta disebat. Tapi maaflah ya, serius segan nak tunjuk. Tomboi tapi pakai tudunglah. Bukan macam pengkid. Eh ni faham ke tak faham ni?

Saya menulis blog ini pun suka-suka. Pergi karaoke pun tulis. Apakah aku ni kan. Aku bajet aku artis waktu itu. Tapi hakikatnya, ke laut. Main paintball, tulis juga. Bestlah dulu-dulu. 

Tapi sekarang... 

*bunyi biola dan piano bersatu* 

... best jugalah. Hahaha! 

Sengaja buat cerita sedih tadi. Hehe. Best juga, cuma kena tulis mana yang penting saja. Nak tulis yang tak berapa beri manfaat kepada masyarakat, saya lebih suka tulis di FB, sebab tak ada rekod. Melainkan anak-anak nanti sanggup tekan older posts sampai ke tarikh emak mereka berumur 24 tahun. Anak-anak, jangan buat perkara lagha.

Walau bagaimanapun...

Saya sebenarnya, risau kalau-kalau tulisan saya memberikan kesan buruk kepada orang. Sebab itu untuk satu entri, saya baca banyak-banyak kali, saya edit banyak-banyak kali. Kadang-kadang dah publish pun, saya akan baca dan edit balik kalau rasa tak sedap hati. Sungguh.

Walau bagaimanapun lagi...

Saya bersyukur kerana dari blog ini, saya dapat ramai kenalan yang baik-baik belaka. Namun kadang-kadang, ada juga benda tak best berlaku kerana blog ini, jadi saya mohon maaf ikhlas dari hati. Kepada yang pernah buat onar, saya juga maafkan sedaya saya.

Kenapa tiba-tiba buat entri touching ni?

Kerana ada gadis buat entri berkenaan blog saya. ='D SAYA SANGAT TERHARU!!! Terima kasih Zati atas entri yang melegakan hati saya. Alhamdulilllah, segala kebaikan kembali kepada Allah yang maha sempurna. Saya lega ada kebaikan yang diambil dari blog ini. 

"Sekali lg, THANX Kak Husna, your pieces of writing inspired me. Ditambah saat2 mcm lemah jati diri ni, x semangat, bla bla bla. Rasa mcm dpt sumber KEKUATAN dr seorang kakak walaupun in reality, i dun experience the feeling of having ’kakak’. Even though we are just close via facebook, but I feel like I have known you like thousand years ago. Takdir ALLAH memang INDAH…!!!"

Kepada Zati, saya doakan Zati berjaya dunia dan akhirat. Kalau nak tahu, saya memang dari dulu teringin nak adik perempuan. Sebab itu saya selalu layan baik adik-adik berjantina perempuan ini sebab itu yang saya teringin sangat. Hahaha. Adik bongsu saya, yang sekarang ini sudah 20 tahun, dulu pernah jadi mangsa berhias. Pakaikan dia baju perempuan, ikat rambut dia yang dibela panjang. Nasib baik, syukur ya Allah, dia tak jadi Mak Nab. T_____T Nasib baik sangat.

Selain Zati, saya pernah juga terima komen daripada pembaca blog yang lain. Ini yang saya ingat sebab ada di inbox FB.

"Ya, suka baca sebab awak suka buat lawak. Gelak je bila baca ^^" - Zera.


"Assalamualaikum w.b.t.. kak husna, sy dh lme bace blog akk, ( silent rider) bru skrg brani mnampilkan diri ini.. hehe.. smoga kak husna cepat sembuh ye & boleh mengupdate blog anda.. sy tak tau nk ckp ap, tp y pasti, blog akk mmg best dan adakalanya, entry2 akk y mmberikan kata berbaur nasihat mmg sy ambik dan aplikasikan dlm kehidupan (cewah.. skema tetibe).. syukran ye kak.. smoga kite dpt bertemu dan salam ukhwah fillah dpd sy. smoga perkenalan di FB ini tidak terputus." - Nadiya


"Saya sangat bersyukur kerana dapat menemui blog peribadi Cik Husna pada pertengah bulan Disember 2010, wahhh amat teruja saya membacanya, bersambung-sambung daripada larut malam (waktu kerja saya) hingga ke lewat pagi T-T Tidak pernah saya jumpa insan jujur yang boleh membuat saya tertawa dengan hanya membaca! Andalah insan istimewa itu Cik Husna, saya benar-benar kagum dengan bakat penulisan Cik *super-kagum!!!* >w<" - MamaFiza


"Teruskan memajukan diri sendiri tau.. yup,memang ringkas..tapi padat dgn info-info,juga ada bibit motivasi dalam entry Husna.(ada bakat penasihat lah..) :) juga pengalaman yang penuh berwarna warni.. lalu dipadatkan dalam bentuk coretan,dan wallah..pling! kan comel resultnya...^^ tadaaa" - Silver Hero

Penulis cilik, Riha J. pun ada masukkan blog saya di entri dia yang bertajuk hebat itu. Sebaris dengan Hanis Zalikha. Kau ada? T_Tak payah berlagak kot.

Pelukis berbakat, Ain 'Lavendra' Hafizah juga ada tulis di blognya selepas membaca entri berkenaan royalti itu. Alhamdulillah.... Ain, nanti cuti sem, siapkan komik ya. Hehehe.

Begitulah ceritanya. Mungkin ada lagi, jadi maafkan saya sebab tak tulis di sini. Yang saya ingat lagi, Natrah, Raziq, Kak Asmah, Shukri, pun antara kawan yang bermula dari blog ini. Saya ini insan lemah ingatan. Asyik makan asam. Inilah jadinya. T_T

Alhamdulillah... saya bukan nak mendabik dada. Saya kan suka mengepoh. Tapi ini kepoh sebagai tanda penghargaan. Orang tulis benda baik berkenaan kita, kita ucap syukur dan terima kasih. Kalau ada yang nak tegur kesalahan saya, tegur di inbox FB... dengan ayat yang baik-baik... mata ke atas.... tangan ke dada. Hahaha tak tak. Kita tetap ucapkan terima kasih. Tak perlu tulis entri sindiran, tulis di inbox dengan ayat macam minta kaki ke bibir, semata-mata hal kecil. Chill la bro!

Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Ke, terbalik? T_T

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke mari, baca, komen, 'like', kongsi dengan kawan-kawan, tulis berkenaan saya di FB, dan blog... saya amat hargai semuanya. 


Okey, jaga diri ya semua! Jumpa lagi! ^___________^




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

6 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

alahaiiiii.. segan plak kite ade link belog kt cni... *blushing2* (gedik sudah muncul) haha... mekaseh kak husna... aishh.. lg terharu laa kite... siyesly... T__________T
tp lg bersemangat...!! mekaseh kak... sweeeeet... :)

a little less conversation said...

igt lg ak dolu2 blog ko background kaler ijau limau (eh ye ke?), dan disebabkan ak bkn penulis blog, ak siap bookmark lg link blog ko sna utk dibaca dan komen..kira ko antara salah sorang blogger2 yg menyebabkan ak juga mahu cuba menceburkan diri dalam dunia blog ni..hahaha..time kaseh sna time kaseh..cewahh..haha

tp kn kn..entri ko ni mcm ucapan baru menang anugerah je..kah3

Shukri Mohd Ali said...

mari serbu blog rakan cik Husna pula! ^^

Husna Adnan said...

Miss Zati,
Hehehe... nak blushing sama la!
(=^_____________________^=)v
Hahaha saya lagi terharu...
Terima kasih sangat-sangat ya!
Betul, teruskan bersemangat!!!

Rafi,
Hahahaha ye la kot.
Banyak kali tukar backgroud, tapi tetap ala-ala itu juga sebab dah guna template lama warna hijau. Terima kasih la Rafi. Awak memang pembaca blog ini yang sangat taat. Wah taat aku beri kau, nak. Tapi agak kuang asam ayat akhir tu, hahahaha! Memang suka buat entri ala-ala menang Oscar ni, kah kah!

Shukri,
Mari serbu blog Shukri yang juga salah seorang rakan dari dunia blogging ini!!! ^__________^

napeace said...

Hahaha saya merupakan pembaca blog ini sejak saya belum mempunyai akaun Blogger lagi. Sangat tertarik dengan gaya penulisan Kak Husna yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi tapi kelakar sehingga mencengkam jiwa. Haha! >.<

Setiap kali saya nak tinggalkan komen pun rasa segan nak taip seperti mat rempit (walaupun yang ini masih banyak kesalahan T____T )

Oh kecewa dapat tahu Kak Husna tak ada adik perempuan :p

Husna Adnan said...

Napeace,
Hahaha! Wah!! Terima kasih ya atas komentar itu. Terharu saya!!! :'D Blog Napeace terus sangat cantik!!! Saya cemburu betul! Hahaha! Tak apalah, saya baca entri awak pun lucu juga. Bagus dah tu! ;D

Err... saya juga kecewa. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...