Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
Masih ingat ataupun tidak, filem pertama yang kalian tonton di pawagam?
Di pawagam tau, bukan beli VCD cetak rompak dan tengok di rumah. :p
Malah semua ahli keluarga Encik Adnan pergi bersama-sama. Manis, bukan?
Tentunya idea ayah saya, kerana dia amat suka filem perang. Dan mungkin dia dapat rasakan aura perwira pada nama Adnan itu. (Ayah saya memang comel bab ini. Dia terlalu suka askar hingga dia pakai beret ke hulu ke hilir. Hehehe.)
Apa yang saya ingat berkenaan filem ini adalah, rasa bersyukur yang amat sangat kerana filem pertama yang saya tonton di pawagam adalah filem yang sangat bagus, tidak menghampakan, dan tidak membuatkan ayah saya emo (kah kah). Terima kasih Aziz M. Osman. Ikhlas dari hati. :)
Namun selepas itu, saya jarang memilih filem terbitan Malaysia apabila menonton wayang (maaf cakap jujur), kerana saya selalu hampa. Tidak semuanya, namun kebanyakannya kurang tersimpan dalam minda apa isinya. Selepas habis tengok, habis begitu sahaja. Tak ingat apa.
Kerana itu saya hanya tunggu di Youtube, ataupun televisyen. Itupun kalau benar-benar mahu tunggu. Ada yang hingga sekarang tak tengok pun. :)) Alahai, awak pun sama kan?
Hinggalah muncul ini....
Siapa sudah tengok?
Sekali lagi 'cakap' jujur, sebenarnya semasa tahu akan kemunculan HMM, saya kurang berminat. Begitu dalam kehampaan saya terhadap filem terbitan Malaysia, sampai saya tak endahkan semua ini. Tidak cukup menarik minat saya untuk menonton di pawagam. Olololo....
Namun saya tengok juga semalam, akhirnya.
Walaupun saya tengok kerana mahu minum air sambil menyelam dalam misi mencari kasut, alang-alang kakak mahu pergi ke Alamanda kan. T_T
Tapi tapi tapi tapi....
Memang sangat best!!!
^_______________^
"FUN FUN FUN FUN!"
Yeah!!! Yeah baby!
"Eh, cerita epik pun fun?" ujar pembaca yang belum menonton.
Yaaaaaaa...... BENAR!!!
Filem Hikayat Merong Mahawangsa sangat menghiburkan, dan yang penting, berbaloi beb. Aksi bertarung memang cun, tak kisahlah guna CGI ke apa, janji warna darah memang macam warna darah sampai kepala saya berdenyut. T_T Bukan macam pakai water colour.
Yang paling saya tak sangka, walaupun filem ini filem epik, dialognya diselitkan unsur humor hingga saya dan kakak gelak tak kenang orang sebelah mahupun depan dan belakang. Apa mahu dikenang, walhal semua dalam panggung itu gelak sama!!! Hahahaha! Serius lucu! Filem yang dicanang-canang sebagai filem humor pun tidak selucu dialog HMM.
Pelakon? Memang superb. Hero sesuai. Heroin... walaupun heroin pada mulanya saya rasa tak menarik kerana terkenang-kenang watak dia dalam Nur Kasih, tapi apabila kita terkenang watak seseorang pelakon, itu tandanya lakonan dia menjadi!
Oh, dan watak Putera Rom... *malu....* alahai, tengok sajalah barisan pelakon di bawah.... :">
Nampak tak? Pelakon yang dipilih, memang ngam sekali. Kalau mahu tengok yang selebihnya, boleh ke album HMM di sini. Watak Kesum, Puteri China, dayang Puteri China itu pun puas hati. ^___________^
Oh ya, watak Kamawas yang menakutkan itu, pun bagus sebab berjaya buat saya takut. T,T
Kesimpulannya. HMM memang filem yang worth watching. Semasa menonton, asyik terdetik, ini filem Malaysia kan? Ini filem Malaysia kan? SANGAT SANGAT PUAS HATILAH WOI!!! WOI KENAPA PERLU MENJERIT DENGAN HURUF BESAR??? KERANA PUAS HATILAH WOI!!! Malah sebab kakak yang belanja. Puas hati bertimpa-timpa. :">
Saya puas hati. Sangat puas hati.
Sekian.
Kredit gambar: Google dan FB Hikayat Merong Mahawangsa.
Kredit gambar: Google dan FB Hikayat Merong Mahawangsa.
P/S: Keyakinan terhadap filem Malaysia sudah kembali! Yey yey! Yey yey!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
15 comments:
Aku tak pernah folo blog ko... tp menyebabkan ko sebut Hikayat Merong Mahawangsa jd aku mau komen juge.
Cerita ni worth watching, and I would say worth your RM as well. Siapa yg kutuk cerita Malaysia, disinilah pencabarnya. Mau tgk 2 Alam?? Tngu Youtube pun takkan muncul.
Bak kata penjual VCD haram yg aku kenal: "Aiyah, itu wa mau jual pun tada untung. Wa leh bg 10 flee kalu lu mau"
Jadi kalau sapa yg terlepas menonton cerita ni (dengar kata smlm adalah hari yg terakhir) nantikan VCDnya. Tak layan VCD? Tngu dlm bentuk BluRay. Tak tau leh google.
Memang deym really worth your freaking single cent of your pocket money. Thumbs up for KRU crews.
Yeah! Hari ini ada tayangan lagi! :D
Dah tak cukup cara macam mana nak cakap kepada orang yang kita sangat berpuas hati. hahaha.. Sampai keluar hurup besar.
First time tengok wayang masa umur 9 tahun rasanya, cerita How The Grinch Stole Christmas. Haha Sangat excited masa tu.
Belum tengok HMM lagi T_____T
Rasa macam rugi pula tak tengok lepas baca review ni.
YEAY!!
den pn samo gak ngan ekau,x minat tgk citer melayu sbb xde kualiti,tp ade 3 je cito melayu yg tersemat kukuh dihati den..leftenan adnan..puteri gunung ledang n HMM ni..mmg best la..berbaloi sgt2..hehe..moge pas ni ade lg citer2 yg mcm ni..best sgt2 =)
Tahniah kerana telah menontonnya.
Sebagai seorang yang menyokong filem dan drama Melayu, saya MEMANG SOKONG kenyataan Cik Husna :)
Err, saya pun suka watak Putera Rom dan Puteri China itu :P
Kamawas - memang watak yang menakutkan!
Selebihnya, saya asyik rasa mahu menonton sekali lagi, dan kemudian berkali-kali lagi sehingga terhafal sebahagian besar dialognya seperti PGL dahulu. Soal CGInya tak menjadi, juga saya tak terpandang sangat kerana khusyuk sangat mengikuti jalan ceritanya itu. INI MEMANG GRANDDDDDDDD:D
Jom sokong filem Melayu! (tetapi saya memang tolak tepi filem2 arahan seorang Prof. Madya itu, huhuh)
wahhh..
sy dr bulan lepas mencari2 waktu utk tengok merong ni..tp till now still x berpeluang lg..
sdey..
tp tetap dlm mode teruja!
wayang pertama yang saya tengok adalah Azura. masa tu, mak ayah bawak pegi panggung. diorang kata saya jerit "Azura!!!" bila jamal abdillah menjerit =___="
cer rating sket utk filem ni..klau ok, nk download sbb x tgk lg..haha
Tuan Hafizul,
Hahaha itulah. :))
Napeace,
Wah! Cerita Grinch ya?
9 tahun... emm... masa itu saya berapa tahun ek? Hehe.
Nanti tunggulah DVDnya. Memang berbaloi.
Lagenda Pejuang Islam,
YEY YEAAAAHUUUUU!!!
Dr. Hasan,
Wah samalah. Amin...
Cikpuan Rahmah,
Tahniah juga kepada cikpuan kerana sudah menonton HMM!! Jom sokong jom! Saya juga sama dengan dalam () itu. Hehe.
Mutiara Bernilai,
Teruskan keterujaan!
Mari tunggu DVD yang hebat itu!
Shukri,
Hahahaha! Semangat betul! xD
Rafi,
Hahaha nak download mana?
Rating: 9.95 la. Okey tak? Hihi.
bangga dengan kehadiran HMM.. terubat kekecewaan dari 2Alam yang menjatuhkan inudstri perfileman negara kita... hehe~
www.diyanamukhtar.blogspot.com
hihi....saja menambah komen saya disini...
1st filem yg saya tengok kat pawagam ialah REMP-IT...tahun 2005...
buat masa ni saya tak berkesempatan nak tgok HMM lagi...tgh praktikal maa..
last saya tengok wayang cite Unstoppable...december 2010...
cite malaysia sbnrnya bgus...
terpulang kpd penonton utk menilai sesebuah cite itu sama ada bagus atau tidak...
do visit my blog...
ainara2208.blogspot.com
aiseyh, kena tengok laa cite nie cenggini.. sbb aku bace blog org laen byk yang bagik review -ve jer.. haha
Nur Diyana Mukhtar,
Wah!! Samalah kita.
2 Alam saya langsung tak tengok.
Nasib baik. Hahaha. :))
Ain,
Wah... Masih ingat filem pertama dan terakhir ek. Nice nice. Hehe.
Ya, terpulang pada orang yang menonton. Betul tu.
Dr. Oracle,
Hehehe. Saya tulis dari pengalaman saya.
Mungkin mereka jangka yang lebih-lebih kot.
Post a Comment