15 August 2011

Kisah Husna Kecil


Beberapa hari lepas, saya agak moral down. Ada orang kata saya tidak berbakat dalam dua perkara yang saya minat, dan saya tidak mampu menguruskan bakat yang saya ada.


Jadi saya terus masuk tidur sambil mata terkebil-kebil memandang siling.

Tiba-tiba mata bergenang.

Bukan sedih sebab dianggap sebegitu, tetapi terkenang 'saya yang kecil'.

Tak memasal nak tangkap syahdu tengah-tengah malam kan.

Al-kisahnya, semasa saya kecil dulu, yang ala-ala muat Tupperware itu, terlalu cemerkap. Terlalu. Orang putih kata, careless. Bukan Careless Whisper nyanyian George Michael, tetapi careless yang membawa maksud, cuai. Yalah, cemerkap, tidak cermat dan cuai itu samalah. Geddit?

Saya masih ingat kali pertama saya dengan jayanya menghiris jari sendiri semasa memotong buah. Waktu itu saya masih belum bersekolah. Saya juga masih ingat macam mana saya menangis sambil berlari memegang jari yang penuh darah ke arah ruang tamu. Tetapi saya tidak ingat saya lari ke sana demi berjumpa siapa.

Saya menangis macam ini. Tetapi budak ini cantik sikit sebab dia putih. 
Saya hitam legam kerana suka main pasir di tengah panas. 

Demi buah, jari saya hampir putus. :')

Saya juga masih ingat bagaimana minyak panas di dalam kuali tertumpah di atas belakang tapak tangan semasa mahu menggoreng telur. Kau bayang, Jah. Waktu itu aku belum masuk Tadika pun. Tapi aku dah berani letak kuali atas dapur, dan tuang minyak di dalam kuali yang sudah panas, lantas kuali tergolek masa nak kacau telur. 

Emak memang tidak ada waktu ini. Emak di pejabat. Abah pun di pejabat. Hanya ada kakak sulung yang baru balik dari sekolah menengah. Sepatutnya saya ada di rumah jiran yang menjaga saya dan adik, Husni (kami bukan kembar). Tetapi ada insiden yang kurang enak berlaku sehari sebelum itu, saya jadi tidak suka duduk di rumah jiran itu lagi. Maka semasa saya nampak kakak melintas di hadapan rumah jiran itu, saya terus kidnap selipar dan lari ikut dia balik rumah.

Nakal gila. Orang gila pun rasa nak lempang sebab suka cari masalah. T_T

Demi telur, tapak tanganku kini berparut. :')

Saya juga masih ingat bagaimana saya terjunam ke dalam sungai hingga lengan calar-balar dan berdarah.

Di taman lama saya, Jalan 4 dan Jalan 3 dipisahkan dengan sebatang sungai kecil. Ada rumah jiran saya yang terpisah kerana ruang bagi melihat Jalan 3 itu. (Saya tinggal di Jalan 4 waktu itu.) Jadi jiran yang prihatin ini, sudah meletakkan batang kelapa di antara Jalan 3 dan Jalan 4, supaya sesiapa sahaja yang malas mahu jalan hingga ke hujung, sudah berjaya menjimatkan masa.

Titi batang kelapa.

Yang perlu dilalui dengan mengimbangkan badan.

Imbangkan badan menggunakan kaki, ala orang sarkis itu.

Tetapi saya yang adventurous, sudah mengimbangkan diri di atas titi itu, bersama basikal empat roda saya yang berwarna merah. 

Anda tahu apa kesudahannya.

Sedar-sedar, saya sudah di dalam sungai. Basikal juga di dalam sungai. Kiri dan kanan sungai itu adalah simen. Jika dilihat, seperti longkang besar. Ya, saya di dalam longkang besar. 

Jadi, saya yang terpinga-pinga ini, sudah menarik basikal dengan tangan kiri, sementara tangan kanan cuba memanjat naik. Oleh kerana kudrat kanak-kanak waktu itu tidak mengizinkan, saya lepaskan basikal itu ke sungai semula, dan saya berjaya pulang ke rumah.

Saya tidak ingat siapa yang bantu saya naikkan semula basikal itu. 

Aku faham deritamu, budak.
Harap bertabah.

Entah demi apa, aku merasa indahnya terjun tiruk di dalam sungai cetek. :')


* * *


Saya sudah mula teroka macam-macam perkara semasa kecil. Memang agak bahaya sebab dahulu, zaman saya kecil dahulu, semua sempoi habis. Kena lempang dengan cikgu sebab tidak dengar nama dipanggil akibat leka membaca Doraemon pun tak ada hal. Kalau beritahu abah, mungkin kena lempang lagi. (Jadi adik-adik di rumah diharap tidak berbuat sesuka hati tanpa pengetahuan ibu bapa ya.)


Saya tidak tahu kenapa saya yang kecil, sebegitu berani.

Dan saya sangat rasa bersalah kepada 'dia'. Husna yang kecil.

Harap 'dia' tidak kecewa kerana saya tidak pandai menjaga diri.





Ataupun... 







... adakah 'dia' yang kecewa kerana 'Husna yang sekarang'...

... seorang penakut?






Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

8 comments:

Juw-one said...

B.E.R.T.A.B.A.H.L.A.H!
hahahhaha~~

Shukri Mohd Ali said...

zaman penuh advencer :D

xxlonelygirl said...

entry dah serupa entry kak senduk suka letak gmbar google image smbil letak caption yang membakar jiwa! hahahahaha

Husna Adnan said...

Juw-one:
B.A.I.K.L.A.H!
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H!
Pengsan nak menaip macam ini!!!

Shukri:
Sangat! Kanak-kanak memang berani!

Airien:
Kau memang tak habis-habis dengan Kak Senduk, Kak Senduk. Hahaha!
Aku dah lama buat entri gaya macam ini. Sila lihat contoh:
http://1001husnaadnan.blogspot.com/2009/10/tajuk-hobi-saya.html
Tapi Kak Senduk lawak gila. Haha! Aku baru baca 2, 3 entri. Tak berapa bagus nak baca bulan Ramadan yang mulia ini, kahkah.

Unknown said...

Oh..salhah yang kecil juga sangat nakal dan pernah mengalami kecederaan..lecur tersiram air panas...

Nurul Iman Rosman said...

wah!

macam2 citer mase budak2 dulu kan.

kan best dapat kembali smule. hehe ;)

Ainn Ngainon said...

Suka entri ini. :) sangat suka. Ingat pula zaman kerdil saya. :))


Husna-Menawan, janganlah terganggu dengan perkara-perkara yang menjatuhkan semangat ya. Mesti positif!

Ada perkara-perkara atau benda-benda yang sangat-sangat kita suka/minat, tak dapat kita capai atau miliki dengan mudah. Walhal dengan cara yang kita nampak orang lain biasa melaksanakannya pun tidak.

Mungkin kerana kita ditentukan untuk melalui jalan yang sukar, yang menerbitkan gangguan emosi, yang buat kita moral down, yang buat kita tak lalu makan, yang buat kita kehabisan wang dan yang memberi bermacam-macam rasa rendah hati @ putus asa. Tetapi di masa depan, tak mustahil ia cukup-cukup meninggalkan kesan paling manis yang bakal kita miliki.

Mungkin Allah sudah pun menetapkan yang bakat dan minat kita cuma dapat dilaksanakan sepenuhnya on ONE PARTICULAR TIME, mungkin lewat daripada insan-insan lain, tapi masanya itu masa yang paling tepat. Mungkin disertakan dengan pengalaman dan manfaat lain juga.

Okey, jangan terkebil-kebil lagi, Puan Husna. Mesti positif!


*Maaf sebab komen ni panjang macam leher zirafah. Ini ingatan buat Anim juga sebenarnya. Ampun, ampun, ampun ya Puan Husna.*

Husna Adnan said...

Salhah: Alamak, air panas. Husna Kecil tak pernah kena. Terkena seterika panas juga biasa. Huhu. Nakal sungguh ek kita.

Iman: Kan... macam-macam cerita. :D Tetapi saya tak mahu patah balik, nanti kena ambil UPSR, PMR dan SPM. Hehehe.

Anim: Wah, terima kasih ya! Terima kasih juga kerana berkongsi cerita. Ayuh berpositif!! ^____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...