Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
Wah, minggu hadapan sudah masuk Ramadan kan? ^______^
Jadi, entri ini bagi memohon ampun dan maaf, sekiranya saya ada buat salah dan silap kepada tuan, puan, cik adik, cik akak, cik abang, cik emak, cik pak cik, cik mak cik, dan semua yang mengenali diri saya. Halalkan makan minum, dan terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan saya. (Minta maaf dan ucap terima kasih dalam satu perenggan, menandakan ada unsur paksaan di situ, wahaha! :p)
Oh ya. Alang-alang update blog, kita teruskan jugalah dengan natijah lain.
Mengharukan, bukan? :')
Kejayaan saya memasak 'Ayam Gajus' tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan daripada teman-teman yang baik hati (terima kasih yuolls!), jadi saya dengan rendah diri mahu berkongsi resipi tersebut berdasarkan buku Senangnya Memasak... Ayam oleh Chef Hanieliza, terbitan PTS Millennia. Bolehlah cuba nanti sebagai juadah berbuka puasa.
Oleh kerana sebentar lagi saya mahu cuba satu lagi resipi berdasarkan buku resipi Chef Hanieliza, saya tiada masa yang banyak bagi menyalin kembali resipi 'Ayam Gajus'. Jadi, saya sudah mendapat kebenaran daripada ketua PTS Millennia bagi memaparkan gambar resipi itu.
Hahaha keji, kah?
Ha... mudah sangat, kan? Ada lapan langkah sahaja. Sila 'save' gambar-gambar di atas sekiranya mahu. Saat memasak ayam yang dipotong dadu hampir sejam itu adalah saat mengujakan kerana mereka kelihatan comel dan menarik sekiranya dimakan begitu sahaja. Makan dengan sudu, bak kata Natrah. Oh~ kena tabah ya semasa peringkat itu. :')
Okey, terus terang, saya memang tidak cukup bahan semasa memasak resipi ini. Terus rasa nak masak sebab mak saya beri gajus dari Thailand semasa kami ke kenduri kahwin sepupu di Kota Tinggi. Gajus itu yang utama, kalau tidak, jadi ayam tanpa gajus.
Jadi sekiranya bahan B tidak cukup, jangan sedih-sedih. Asalkan ada ayam, gajus, sos tiram dan sos tomato, dah okey dah. Garam, minyak dan air juga penting, tetapi rasanya semua dapur ada bahan-bahan ini, hohoho.
Oh, anda sangat seksi.
Oleh kerana saya tiada capsicum, saya sudah menghumban sayur campur segera yang comel-comel itu bagi menambahkan seri pengantin 'Ayam Gajus'. Nampaknya jodoh yang ditemukan oleh saya, menjadi. Harap mereka bahagia selama-lamanya.
Kebetulan, pada hari saya cuba resipi 'Ayam Gajus' ini, adalah hari lahir Chef Hanieliza. Jadi saya yang punya tahap mengepoh yang tinggi, sudah menerbitkan ucapan pada wall miliknya.
Mengharukan kuasa dua ratus, bukan? :')
Sebagai seorang gadis (?) yang kurang mahir memasak, saya amat mahu mencuba. Jangan kata saya malas memasak, okey? Asalkan ada bahan, dan yang penting, ada masa, saya mesti mahu cuba. Saya pun mahu jadi ibu yang masakannya digilai oleh anak-anak dan suami. :"> Auwwww!
* * * Sesi Mengepoh * * *
Saya ada koleksi buku resipi yang semuanya terbitan PTS Millennia. Nak tengok tak? :"> Kalau tak nak tengok pun, silalah tengok. Saya borong sangat banyak sebelum kahwin dulu, haha!
Tagline "Gerenti Jadi" memang terbaik!
Ini daripada chef-chef lain.
'Hidangan Si Cilik' dibeli kerana layout sangat berwarna-warni dan comel, malah resipinya memang mudah, orang dewasa pun teruja :'). 'Cita Rasa Malaysia Kedah' pula dibeli kerana yang Johor sudah habis, tetapi okey juga sebab banyak resipi menarik! 'Memasak Sehebat Chef' pula sebab saya memang mahu jadi sehebat chef. Fine. Tidak perlu beritahu.
Semua buku resipi di atas berharga RM5.50 sahaja, kecuali 'Hidangan Si Cilik' (RM14.90) kerana lebih besar (kecil sedikit daripada saiz A4) dan tebal! :D
Baiklah. Itu sahaja buat masa ini. Oh ya oh ya oh ya, dulu makaroni bakar yang saya buat itu pun berdasarkan buku resipi Chef Hanieliza, Senangnya Memasak... Makanan Barat. :D
Cuma... saya punya makaroni bakar kelihatan muram berbanding dalam buku resipi,
padahal sudah memasak dalam keadaan riang ria cuti sekolah.
Okey, okey. Sudah tamat masa bagi membebel di sini. Akhir kata, selamat mencuba kepada yang mahu mencuba! Kepada yang mahu makan sahaja, jangan lupa baca Bismillah.
Jumpa lagi!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
4 comments:
Hahaha..'boleh makan macam popcorn secara laju! *dengan sudu* lah. Hehe.' Dah ada resipi ni, bolehlah saya try jugak nanti. Nyum3. :)
sna, ko ada perancangan nak buka baazar tak ramadhan ni..aku nak gak test power masakan ko..wakaka
alamak ramadhan ni kena berniaga air. tak sempat masak-memasak. huuu...
Natrah: Hahaha! Kemain paste sini komen asal kan! Ya, sila cuba nanti! ^________^
Rafi: Tak sempat nak rancang dah oi... haha! Kerja editing sedia ada pun tak siap-siap, kemain nak berniaga. :))
Shukri: Wah, nampaknya ada yang berniaga air bulan puasa ini. Haha! Semoga berjaya!
Post a Comment