05 September 2011

Syurga Dunia: Kajang

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Salam Syawal yang mulia.


Tahun ini tiada entri raya ek? Selalu, sekurang-kurangnya, satu entri tempek gambar bajet ayu dengan ucapan hari raya. Tetapi saya sudah letak di FB, jadi cukuplah kot. Sudah tiada mood raya, jadi mahu qada' entri raya pun rasa tiada selera. Tidak berapa best pun. :p


Maka ayuhlah saya teruskan dengan hidup dan entri yang lain, sebelum blog ini kembali bersawang seperti suatu ketika dahulu.


Kami berada di Kajang pada raya kedua. Ada emak, ada adik-beradik yang baik belaka di sini, serta kucing-kucing yang peramah. Emak masak sedap-sedap, di sini sangat best dan tenang malah memang inilah syurga dunia saya... yakni di Kajang. Boleh begini?


Kita imbas kembali kehidupan indah pada 2 September, yakni hari Jumaat. 



Kami bersiap sedia dengan riang...


... kerana mahu ke Tutti Frutti di Bangi. ^________^



Seperti biasa, perisa buah-buahan adalah kesukaan saya.

Kemudian pada hari Sabtu (3 September 2011), hari yang amat gembira juga kerana rakan sejak tadika akan bertunang. (Sekarang sudah bergelar tunangan orang gitewww.)


Sementara menunggu rakan yang kononnya mahu tiba di rumah pada jam 9.30 pagi namun ditewaskan oleh matanya yang mengantuk hingga masih belum tiba pada jam 10.00 pagi, saya sudah memenuhkan kamera dengan wajah sendiri... dan Bubu. Bubu tidak peduli langsung.


Ini Shazana @ Nana dan Ayeshah @ Ecah.
Masih menikmati zaman bujang nan indah.


Ini Ecah dan Husna.
Masih menikmati... err... zaman persahabatan nan indah. :')


Ini Nana dan Husna.
Masih menikmati... err... zaman persahabatan nan indah juga. :')
Apa masalah aku sampai gambar kali ini extra gemuk empat kali ganda? T_T


Ini Nana, Ecah dan Husna.


Ini Ecah, Husna dan Nana.
Kiri dan kanan masih menikmati zaman bujang nan indah.
Yang tengah sedang menikmati zaman bersama kekasih halal nan indah. Auwww.

Polaroid canggih dari Jepun milik adik kepada tunangan orang tersebut.

Gambar bersama tunangan orang tidak dapat disiarkan demi menjaga nama-nama baik yang berkenaan. Kita doakan semoga mereka dipanjang jodoh dan dimurahkan rezeki bagi mendirikan masjid pada tahun hadapan ya! (^_^)

Petang itu pula, OP majlis nikah dan sanding kami dari Clicks The Moment, Abang Shah dan isterinya, Kak Siti, datang beraya ke rumah kami, sekali gus menghantar album kahwin. Wah, cantik sangat yuolls!


"Mereka ini orang baik-baik." =D

 Jeng jeng... inilah hasilnya. Memang puas hati sangat.
Nak tengok, meh datang rumah. Hehe.

Pada hari Ahad pula yakni semalam, kami dengan gigih menuju ke Kuala Lumpur Convention Centre, sebab ada BookFest@Malaysia 2011 anjuran POPULAR.


Jumpa penulis Malina J. di sana. 
Baju macam pakat-pakat mahu pakai warna sama, hehe.

Encik-Berpakaian-Ala-Detektif ini paling aktif membelek buku.
Kaki saya tiba-tiba melecet padahal baru rentas KLCC sedikit. 
Jadi... fokus pada buku sudah lari. :')

Maka sejurus keluar dari KLCC, terus minta berehat di tepian.
Wah, terasa macam pelancong sebab rakyat Malaysia boleh dikira dengan jari.
Sangat ramai 'pelancong asing' berlegar sambil mengambil gambar KLCC dari pelbagai sudut.


Encik Suami pula memeriksa kewangan. Hahaha!
Padahal beli tidak sampai RM50 pun.

Ini hasil tangkapan.
Sila teka mana satu saya punya.
Ya, saya yakin anda menjawab dengan betul.

Sebelum pulang, solat dan berehat lagi.
Kasut yang dipakai gagal membuatkan saya selesa.
Maka asyik berehat dan berehat kerana tapak kaki sudah semakin terhakis.

Kami singgah JJ Cheras Selatan sebelum pulang ke rumah, sebab malam itu Hidayah dan Rushdi, rakan sekolah saya, datang beraya sambil melihat album kahwin dan makan-makan. Nasib baik Nab... hakak hampir-hampir sambar laptop Vaio yang supercomel di JJ tadi sebab ada promosi baik punyaaa. Tapi apabila mengenangkan bateri dia kurang bertahan, maka kita abaikan dia. :')


Sebab laptop sekarang ini sudah nazak.




Nampak laptop di atas itu? Keyboard sudah rongak, malah skrin sudah longlai hingga kadangkala perlu letakkan sesuatu di belakang bagi menampung dirinya. Sadis sangat. Royalti yang sudah dapat separuh ini, akan kugunakan ke jalan yang benar!!! Sila cadangkan laptop apa yang bagus sebab ACER agak hebat tetapi reka bentuknya kurang comel.


Oh ya, kepada yang belum kenal, kucing kecil itu adalah Duyuk. Kucing yang kami jumpa terbaring di tengah jalan dalam keadaan cedera dan tidak dapat berjalan di JB. Duyuk sudah semakin sihat dan sudah boleh berjalan. ^__^ Alhamdulillah... berkat doa rerakan juga!




Sekarang Duyuk akan tinggal di Kajang sebab di Kajang ada lebih ramai keluarga kucing. 


Esok sudah kembali ke JB. 


Jumpa lagi....



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

5 comments:

Anis Diyana said...

ahahh,comel kucing tu.Abang Nazry nampak tinggi :> Hihi

aku-H said...

sambal udang sgt sedap!haha

Malina J said...

Assalamualaikum,

Saya juga gembira bertemu Puan di Popular BookFest.

Moga lain waktu dapat kita berbual panjang. :)

- Malina J -

Husna Adnan said...

Anis Diyana: Hehehe, sangat comel tau! Yaaaa... dia sangat tinggi!

Hidayah: Hei, kau tersilap! Itu sambal sotonglah, hahaha!

Cikpuan Malina J.: Wa'alaikumussalam. Semoga bertemu lagi ya! ^____^

Brother Fairuz said...

sangat comel entri cikpuan husna..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...