Assalamualaikum.
Pernah tak kawan-kawan menyukai sesebuah lagu, dan baru tahu kemudiannya, yang lagu itu adalah OST bagi sesebuah filem?
He he he, sekiranya pernah, kita adalah geng. Sebabnya, saya lebih selalu dengar radio daripada tonton TV, ataupun surfing cari filem terbaru. Malah sangatlah jarang tengok wayang, sebab banyak kerja (wah, bunyi macam sibuk benar). Untung-untung, ada kawan di Facebook yang kongsi trailer, barulah celik sedikit mataku ini.
Antaranya... filem The Princess and The Frog. Masa filem ini keluar, saya sangat sibuk uruskan buku-buku untuk PBAKL. Memang tak ada masa nak melayan TV. Tak ada life langsung, bak kata orang muda. Saya tahu filem ini wujud pun berbulan-bulan selepas saya kenal lagunya, Never Knew I Needed oleh Ne-Yo. Pertama kali dengar lagu ini, waktu itu sedang di dalam kereta. Saya ini jenis dengar lirik dengan teliti, jadi bila dengar seluruh lagu ini... wah... liriknya macam kena dengan situasi. Balik-balik, terus Google!
Alkisahnya, waktu itu baru kenal-kenal dengan Encik Suami, jadi bila dengar liriknya, rasa... inilah lagu yang benar-benar sesuai dengan keadaan pada waktu itu. Waktu saya gila kerja, waktu saya pernah kata kepada emak yang saya tidak mahu berkahwin dan akan teman dia melancong ke mana-mana dan tua bersama, tup-tup macam terjatuh hati dengan seorang jejaka yang sangat jauh di mata. Hahaha tergelak pula sambil menaip. Macam minta disimbah air sebaldi. Maaflah sekiranya mual. =))
For the way you changed my plans,
for being the perfect distraction,
for the way you took the idea that i have,
of everything that i wanted to have,
and made me see there was something missing.
For the ending of my first begin,
and for the rare and unexpected friend,
for the way you're something that i never choose,
but at the same time something i don't wanna lose.
and never wanna be without ever again.
Memang habis segala perancangan yang kununnya sangat sempurna waktu itu. Saya mahu kekal sendiri, teman mak saya ke mana-mana (sebab waktu itu saya serik kena tipu dengan lelaki), entah kenapa saya terbuka hati mahu berkenalan dengan dia, walaupun saya amat geram dengan manusia berjantina lelaki, waktu itu.
Itulah fitrah. Saya tidak dapat menolak yang saya juga mahu hidup berpasangan, dan kebetulan, TERkawan pula dengan jejaka ini. Kahkah! Lagu ini terus kami label sebagai our song. Auwww. Oleh sebab our song, lagu ini menjadi lagu wajib semasa majlis kahwin, dan lebih spesifik, minta lagu ini dipasang semasa acara potong kek. Waktu potong kek, terdengar ada orang cakap, "Ini mesti lagu dorang ni...." Erk. Terkejut hakak sekejap. Memang biasa ek orang letak 'our song' masa potong kek? Kuikui. =P
Sama halnya dengan filem Anastasia, tahun 1997. Saya dan kakak sangat suka lagu Once Upon A December, siap hafal lirik! Kemudian baru tahu ia dari filem itu. Paling hebat, baru tahun lepas saya berjaya tengok filem itu dari mula sampai habis. Haha! Cuba dengar lagunya. Saya sampai sekarang rasa meremang bila dengar balik. T_T
Filem Anastasia memang best! (^__________^)
Siapa belum tengok, cubalah cari filemnya.
Serius, memang best! BEST!!!
Okey. Sebenarnya terdetik hendak buat entri ini, sebab sekarang sedang melayan segala filem animasi, dari yang lama hingga terbaru-suam-suam-kuku, sejak jumpa beberapa full movie di Youtube. Haha! Rasa kembali ke alam kanak-kanak pula. Hari itu tengok Snow White,Sleeping Beauty... Barbie zaman pergerakan ala-ala tak berapa nak smooth pun tengok balik. Suka hayati lirik dalam lagu-lagu filem animasi. (=^___^=)
Satu lagi lagu yang saya suka, tetapi yang ini suka masa tengok filemnya, adalah lagu Part Of Your World, dalam filem The Little Mermaid. Saya suka sikap ingin tahu Ariel dan kesungguhan dia, kerana pada waktu filem ini terbit, saya adalah seorang kanak-kanak yang sangat penakut, gugup, pendiam, dan asyik berkurung. =))
Harap buku-buku 'Kisah Si Puteri' pun ada rezeki untuk dianimasikan. Satu puteri, satu filem. Ada OST yang seronok dan sedap didengar, kemudian lagunya di pasang di corong radio. Kelak semua orang cari lagu itu dan... oh! Dari filem Puteri Humaira dan Bunga Ajaib rupa-rupanya. ---- Contohlah. Inilah gunanya apabila angan-angan itu percuma.
He he. Jumpa lagi!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
5 comments:
Dua lagu terakhir itu juga lagu saya minat! ^_^v
Hohoho! Lagu2 disney memang "magical". Dulu masa kecik2 teringin nak beli album CD kompilasi lagu2 disney. Tapi xde duit. Skang ni x jumpa2 pula album kompilasi tu. (download sudeyh..hehe)
Kalau saya, walau belum ada pasangan lagi (huhu) fav disney song ialah So Close dalam filem Enchanted (part diorg dance dalam ballroom). Pehh..lagu romantik untuk dance dengan bakal isteri nanti di ruang tamu. Cewah!
Apapun, saya doakan 1 hari nanti Kisah Puteri akan dianimasikan! Nak lagi cepat, bergabung dengan Naz jadikan komik Puteri. Best kalau dapat tengok si puteri beraksi seperti puteri2 disney! Ganbateh! XD
kak husna...rapunzel tak minat? haha;D
husna, akak dh terima novel kawanku panda tu, tq comel sgt :)
Waida:
Wah!!! Kita geng! ^______^
Aman:
Kan!!! Sangatlah magikalisation!
Ecewah, sudah ada 'Our Song'.
Sungguh romantis ini Aman, hehe.
Amin! Amin! Moga makbul! TQ, Aman!
Zira:
Rapunzel pun best!
Suka! Suka! :D :D :D
Kak Marina:
Yey!!! Selamat membaca. Hehe.
Post a Comment