02 February 2012

♥ Alhamdulillah.... ♥

Assalamualaikum.

Hari ini ada banyak berita baik. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menggembirakan hati saya. :')

Bermula dengan:
Tilam si comel yang saya beli secara online, selamat tiba di rumah. Dengan begitu yakin beli secara mendadak, namun tidak menyesal kerana memang berbaloi, comel, dan comel. Alhamdulillah.... :')

Tambahan pula:
Pejabat pos tidak ramai orang, maka tidak perlu menunggu lama bagi mengeposkan pesanan pelanggan SnaLaLa Blogshop. Oleh sebab tidak ramai orang juga, saya dapat duduk dengan selesa, sambil menunggu nombor giliran menyala megah. Alhamdulillah.... :')

Diteruskan dengan:
Berjalan di dalam Tesco sambil membeli beberapa barangan keperluan. Oleh sebab tidak ramai orang, tidak perlu beratur lama semasa hendak melakukan pembayaran. Sekejap sahaja sudah selesai semuanya. Alhamdulillah.... :')

Seterusnya:
Menuju ke klinik gigi yang disyorkan oleh emak dan kakak. Sudah penuh pula jadual doktornya, jadi kena buat appointment dengan doktor. Tetapi tidak mengapa, kerana selalu pergi ke klinik gigi di Pekan Kajang, hari ini rasa mudah sangat hendak ke klinik, kerana klinik gigi itu agak dekat dengan rumah. Alhamdulillah.... :')

Disambung pula dengan:
Sudah jam 2.30 petang, perut mula berkeroncong. Beli nasi kukus ayam rempah, sambil menghulurkan not sepuluh ringgit. Tetapi mak cik di kaunter kata dia tiada duit pecah, nasib baik di dalam beg duit ada duit pecah cukup-cukup. Mak cik itu cukup gembira kerana mendapat duit pecah yang banyak, lalu saya berlalu pergi dengan gembira juga. Alhamdulillah.... :')

Kemuncaknya apabila:
Sedang menyuap nasi ke dalam mulut di hadapan laptop, keluar notification yang sedikit aneh apabila rakan saya, Aizat, mengetag nama saya dan suami. Selepas klik, rasa nak tercekik ye hadeks sekalian.


'KAWANKU PANDA' SUDAH TIBA
DI STOR PTS!!!
Pucca love cards
Alhamdulillah!

Nak tercekik bukan sebab apa, sebab baru semalam tengok Portal PTS, tarikh terbitnya adalah 7 Februari 2012. Tup-tup hari ini pula terbitnya. Dua. Dua. Dua Ribu Dua Belas. Chanteks tak tarikh lahir 'Kawanku Panda'? :))

Terus telefon Encik Suami di JB yang pada ketika itu sedang asyik menonton Truman Show. Wah... kami pun saling mengucapkan tahniah, kemudian saya sudah tidak tentu arah. Teringat tadi di Tesco, ada beli sekotak coklat. Maka... itulah cara saya meraikan kelahiran 'Kawanku Panda', disaksikan Panda Duduk yang pasrah dicocok button badge. Hahaha! Alhamdulillah... meraikan dengan nasi kukus, coklat sedap dan tidak bersendirian.... :')

Iya... saya suka coklat TESCO Choice. Ada masalah?
*emo dengan siapa entah*

Belum tamat lagi kegembiraan saya apabila:
Tempahan 'Kawanku Panda' bertambah lagi hari ini, alhamdulillah.... :')

Gembira bertalu-talu selepas:
Mendapat mesej di FB, berkenaan suatu pinangan daripada seorang rakan, sebagai wakil dari keluarganya, bagi menjalankan usahasama antara saya dan mereka. He he he. Alhamdulillah... semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar, amin.... :')

Memang belum tamat:
Kerana mendapat e-mel daripada rakan editor, yang mengirimkan manuskrip bagi disunting. Alhamdulillah.... :') Ada lagi kerja supaya tabung untuk si comel dapat terus diisi demi masa hadapannya. 

- Allah Maha Penyayang -


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

7 comments:

Faridzuan said...

Salam. Syukur akhirnya novel sulung akak berjaya diterbitkan. ALhamdulillah, saya tumpang gembira kerana saya dapat merasakan kegembiraan akak apabila dapat tengok novel sendiri sudah dibukukan, siap dengan kover yang sememangnya comel, jasa pereka grafik itu harus dikenang. Tahniah sekali lagi. :)

marinahunny said...

Tahniah......

Wahnan Asliyam said...

Salam Kak Husna. Tahniah atas kelahiran novel ini. Boleh kiranya saya ingin meminta tips-tips menulis dari akak...^_^

Zachary Joker said...

tahniah kak!xD

Husna Adnan said...

Faridzuan, Kak Marinahunny, dan Zarul Ayman:
Terima kasih banyak-banyak ya!
Alhamdulillah... (^_^)

Wahnan Asliyam:
Salam kembali.
Terima kasih!
Ya, boleh sahaja.
Tetapi yang penting, tulis apa yang kita hendak sampaikan kepada pembaca.
Dan paling mudah, tulis berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman orang sekeliling. :D

drzirakudo said...

hai kak husna~~~ !!!! ^^
tanak komen..nak tegur kak husna je..hihi ^^

Husna Adnan said...

Hehehe!
Hai, Zira! ^______^
Terima kasih tegur!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...