Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah... pada tarikh-mudah-ingat yakni 12.12.12 yang lalu, saya berjaya mendaftarkan perniagaan di SSM. Yahuuuuuuuu! ^__________^
*Terima kasih kepada Encik Suami dan Afia
kerana sudi menemaniku hingga ke akhirnya.*
"Eh, dah buka butik ke? Butik di mana?"
"Wow weeee kaya weh. Daftar perniagaan tuuuuu."
Hey yuoolllssssss... tak hade maknanya butik segala. Belum mampoo. Berniaga online pun perlu daftarkan perniagaan, okey. Walaupun semua dialog di atas adalah rekaan, hakak tak peduli. Hahaha! Dan... nak daftarkan pernigaan bukanlah mahal sangat. Insya-Allah ramai mampu. Lebih-lebih lagi....
RM50 untuk LIMA TAHUN!
(Tambah RM10 bagi mendapatkan sijil perniagaan.)
MUAHAHA!
BERBALOI BERGANDA-GANDA!!!
Maknanya sijil perniagaan saya hanya perlu diperbaharui pada tahun 2017. Best tak? Best tak? Ha... jadi kepada semua yang mempunyai perniagaan, amat disarankan mendaftar perniagaan kita supaya lebih berkredibiliti di mata pelanggan. Ecewah!
NAMUN! Perlu diingat. Tawaran ini katanya hingga 31 Disember 2012 sahaja. Sila bergegas dengan pantas!!!
Okey, tidak susah nak daftarkan perniagaan di SSM sebenarnya. Cara-caranya:
1) Daftar secara online menggunakan e-Lodgement di laman web SSM. Tekan Ctrl dan klik sini. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.
Ataupun,
2) Datang terus ke pejabat SSM. Klik sini bagi melihat lokasi terdekat dengan anda! Di Pudu Sentral juga baru dibuka.
Saya terus ke pejabat SMM yang terletak berhampiran KL Sentral, bersama borang-borang yang siap diisi, juga salinan kad pengenalan. RM60 juga dilupa jangan. Saya amat berterima kasih kepada penulis blog ini kerana berkongsi cara-cara mendaftar dengan lengkap. Jadi kawan-kawan juga bolehlah baca entri ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas oh mudahnya main link sana sini miahaha.
Borang-borang itu boleh didapati di kaunter, ala macam isi borang di bank itu. Tetapi bagi mereka yang ada printer di rumah, adalah lebih mudah cetak siap-siap di rumah, dan isi siap-siap di rumah juga. Di SSM nanti, cuma ambil nombor dan tunggu giliran. Auwww mudahnya! Mari cetak borang berkaitan di sini. (Bagi yang mahu daftar perniagaan, cuma cetakkan borang 1 dan 8.)
Tak tahulah apa perlunya letak gambar ini. T_T
Apabila tiba giliran kita, hulurkan borang, salinan kad pengenalan, dan kad pengenalan kepada staf di kaunter. Bayar RM60, dan kita diminta duduk ataupun pergilah ke mana-mana yang kita mahu sebab sijil perniagaan kita akan siap lebih kurang sejam kemudian. Datang semula lambat daripada sejam pun tak apa. Tunjuk nombor giliran kita, nanti staf di kaunter berikan sijil kita yang sudah siap, walaupun kita terlepas sesi pemberian sijil tadi.
Sudah dapat sijil, bolehlah pulang dengan riang. Yey yey yey!
INI PULA BERITA BEST DAN COMEL! Sekiranya anda di luar sana pergi mendaftarkan perniagaan HARI INI, ya HARI INI, sijil perniagaan anda akan tertera nombor yang cantik juga. 20122012. Wow kemain yuolls!
(Sebenarnya pada 12 Disember hari itu, saya tidak tahu pun promosi ini wujud. Rancang ke SSM tertangguh-tangguh, akhirnya pergi hari Rabu. Haha!)
Okey, sekian sahaja entri penuh informasi kali ini.
Selamat maju jaya! Jumpa lagi!
* * *
Apabila salah seorang daripada kami tidak sihat, hidup adalah sendu.
Oh Afia kawan baik ibu dan abah... mari lekas sembuh. We love you. T_T
*Afia dilanda batuk dan selesema yang agak teruk. Doakan ya!*
Huaaaaaaaaaaaaa!!!
7 comments:
Alahai.. Kesiannya afia.. Syafakillah..
Alahai...kesiannya Afia.. Syafakillah..
Cantik cara panda tu gelak, Kak Husna. Penuh semangat..
Afia batuk? Ni mesti banyak minum air sejuk nih... HEHE :D
nakdaftar juak..huhuhu.. thanks for sharing sis
Nadh Onyx:
Amin... terima kasih sudi doakan!
Aiman:
Haha! Kan... panda gelak puas hati. :p
Baby mana boleh minum air sejuk. Hihi.
◕ D Y S H A S A H H I R ◕ :
Good good! Sama-sama! ^_^
Memang nak buat 31/12/12 ni setelah dimaklumkan oleh ramai rakan2 IM. Kebetulan dah baca post ini, lagi bersemangat nak buat :)
Kesian si Afia.. dulu Zara masa umur sekita setahun lebih pun kena rawatan yang sama sebab nak membersihkan hidung yang terlalu banyak hingus. Semoga cepat2 sembuh :)
Haaa, jadi sekarang sudah mendaftar belum tuan? Hehe.
Itulah... kasihan baby ni kan. Alhamdulillah sudah sembuh. Terima kasih atas doanya! ^_^
Post a Comment