Assalamu'alaikum.
2012 adalah tahun kesayangan saya.
Separuh tahun diberi rezeki jadi 'mak buyung', setengah tahun lagi diberi rezeki jadi 'mak dara'. Hahaha. Kemain dah masuk kategori mak-mak, kan? Alhamdulillah. (^_^)
Okey mari kita imbau kembali 2012 yang indah itu.
Januari - Mengikuti bengkel penulisan anjuran Akademi Hero.
Februari - 'Kawanku Panda' terbit. Yey!
Mac - My best friend's wedding.
(Bulan ini insya-Allah bakal dapat baby!)
Kembar dan Kyra juga lahir pada akhir bulan Mac. ^_^
April - Ditemu ramah oleh wartawan Safiyya. Isu 'Cinta Platonik'.
Mei - Lahirnya ahli syurga yang comel amat untuk kami jaga penuh amanah.
(Lahir-lahir sudah pandai pandang kamera, haha! Over, tau.)
♥ Seminggu kemudian ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Auwww.... ♥
~ Dan bermulalah era tiada masa mahu update entri berbakul-bakul. ~
Jun - Sambut hari lahir Encik Suami semasa berpantang.
Nasib baik ada penghantaran hadiah dari website terus ke rumah.
Dan bermulalah era kami suami isteri tidak berapa terurus juga. Haha!
Julai - Dapat hadiah doodle daripada Cik Mal. Terus tukar design blog.
Dan pertama kali dapat rasa puasa Ramadan penuh sebulan. ^_^
Ogos - Raya pertama secara bertiga. Namun tiga-tiga demam, selesema, dan batuk secara hebat. Duduk rumah, tidak beraya di Kajang, raya keempat balik JB. Namun entri dibuat pada bulan September, haha.)
September - Majlis akikah Afia dan kembar, sekali dengan rumah terbuka. Sekali lagi, entri dibuat sebulan kemudian. T_T
♥ Akhir bulan September, mak mentua datang KL. ♥
Semua adik-beradik Encik Suami juga ada.
Kami makan ramai-ramai di The Curve. Nyum!
OKTOBER LANGSUNG TIADA ENTRI. WOW WOW!
Adakah aku seorang pemalas?? Argh!!!
Padahal pada bulan 10, macam-macam hal sudah berlaku.
Okey, marilah menggeledah segala gambar dengan gigih .
Afia mula merangkak dengan laju secara menyondol, haha!
Persediaan bagi menyediakan makanan pejal Afia.
♥ Irdina lahir secara mengejut namun sihat sangat! ♥
Tengok Afiq di Balai Seni Lukis Negara.
Tiga hari di Terengganu. Ya Allah, negeri paling cantik!
Tiga hari di Kelantan, termasuk beraya haji di sana. Best!
Entri November pun suam-suam kuku.
November - Afia enam bulan, mari beri makan!
Makanan pejal pertama beliau adalah bubur nasi ditapis halus.
Dan... itu sahaja ke? Oh... ada balik JB untuk kenduri akikah Irdina.
Entri Disember juga menerima nasib yang sama.
Namoooooon Disember paling sibuk, alhamdulillah. I like!
Ke majlis akikah Zulaikha, anak Huda.
Huda datang masa majlis akikah Afia. Masa itu dia sudah sarat!
Promosi 'Kawanku Panda' di Menara KL, buat kad panda.
Promosi 'Kawanku Panda' di PKNS Bangi, buat kad panda juga.
Perkongsian pengalaman di UiTM Melaka.
Perkongsian pengalaman di UiTM Kedah
Ke walimah Encik Hazwan Zai, Encik Tako, dan Kak Cikin. ^_^
♥ Makan-makan di Wong Solo bersama para sahabat. ♥
Ini perancangan sudah lama, akhirnya berjaya juga. ^___^
♥ Ke SACC Mall, lawat booth TepakSireh. ♥
Ya, waktu ini Afia cuba mengambil mata saya.
Dan saya seperti masih hamil. T_T
♥.Perkembangan Afia: Explore kaki dia. Hehe comel. ♥
Dan... mendaftar perniagaan! Yahuuuuu!
Alhamdulillah, masih diberi nyawa pada 1 Januari 2013.
2012 penuh dengan aktiviti kekeluargaan, promosi buku, dan menghadiri jemputan. Kami berusaha penuhi mana yang mampu, kerana banyak jemputan yang kami tidak dapat pergi sepanjang saya hamil, bersalin, berpantang, dan menyesuaikan diri dengan rutin bersama baby yang sepenuhnya menyusu badan. Alhamdulillah, sekarang Afia pun nak masuk 8 bulan, badan pun sudah tidak berapa berat, bolehlah sambung aktiviti berhidup yang rancak dijalankan, kemain ayat aku.
Jadi, apa yang saya mahu lakukan tahun ini?
Pertama sekali, nak dapatkan berat badan sebelum hamil. Hahaha!
Selebihnya, saya akan usahakan dahulu, dan kongsikan di sini. Haaaa betul juga! (Selepas terdengar bisikan hati.) Saya akan cuba rajin update blog! Barulah senang nak buat entri mengimbau 2013 sekiranya masih hidup, kan. Kalau tak over, bukan Husna Adnan.
Okeylah. Nak keluar kejap pergi membeli-belah. Lama tidak shopping sakan. Baju Afia pun semua dah ketat sampai koyak, yuooolls. Sibuk bina kerjaya, anak pula terabai dah kenape kan. Jangan lupa amanah Allah, Husna... jangan... jangan kufur nikmat.
Doa saya, semoga tahun ini lebih baik daripada 2012, walaupun 2012 sudah amat best dan banyak doa saya dikabulkan. Allah maha baik, kan?
Jumpa lagi!
♥
9 comments:
selamat tahun baru husna.. (:
selamat tahun baru kak husna! semoga 2013 lebih meletup dr 2012 yg grand tu! hihi~ (^_~)
selamat tahun baru ! (^_^)v
may He bless all of us <3
Salhah:
Selamat tahun baru bersama Naufal! :)
Izati:
Selamat tahun baru juga! Hahaha! Meletopsss sangat! Amin... doa yang sama untuk Izati, ya. ^__^
Zera:
Selamat tahun baru, orang Ganung!
Dr.Zira:
Amin... amin! ^__^
Hehe. Amin! (^_^)
selamat tahun baru kak!
moga tahun ini kita tetap diberkati! ^^
Selamat Tahun Baru Kak Husna ! Kak Husna .. Bila Kawanku Panda #2 Nk Keluar D Pasaran ? Afia Dh Sihat ?
Shukri:
Amin... amin...
Terima kasih, Shukri!
Selamat tahun baru juga!
Moga terus sukses!
Nurin Husna:
Selamat tahun baru! ^_^
KP#2 masih dalam proses penulisan.
Tak tahu sempat atau tidak untuk PBAKL2013. Huhu. Alhamdulillah Afia sihat. Terima kasih!
Post a Comment