18 February 2013

Kemalasan Maksima-ma-maaa

Assalamu'alaikum.

Lama tidak update blog. Serius lupa diri sendiri ada blog. Blogblogblog (kira macam blablabla versi blogger membebel.)

Banyak nak cerita, tetapi malas nak taip. Rugilah azam 2013 yakni mahu rajin update blog terkandas di tengah jalan pada bulan Februari pula. 


Sangat hangat-hangat bubur Afia. T_T

Okey, mari saya cerita secara rawak sahaja.

Semalam baru balik dari bercuti santai bersama keluarga suami. Seronoknya dapat main dengan anak-anak buah yang semakin hari semakin tembam dan lincah seperti Afia yang lincah namun tidak semakin tembam. 

(Nampak tak perenggan di atas itu? Itu ditulis pada 13 Februari 2013, kerana sebenarnya kami bercuti pada 10, 11, dan 12 Februari yang lalu. Hari ini sudah 18 Februari. T_T Malasnya aku... malasnya kau, Husna.......................)

Perkembangan Afia alhamdulillah okey. Dia dah mula makan tiga hingga empat kali sehari, tidak termasuk makan buah yang ibu beri supaya beliau tidak bosan melihat ibu dan abah gigih bekerja. Sila bayangkan Afia yang makan 24 jam, selain tidur, main, uk-uk (ya mohon buat bunyi yang tepat juga), dan menangis. Namun akibat kelincahan beliau yang baru sedar yang kakinya ada lebih banyak fungsi selain berasa sejuk tatkala pendingin hawa dipasang, beliau semakin di luar kawalan! 

Panjat sana, panjat sini, terhantuk sana sini. Maka beliau yang kita maksudkan ini iaitu Afia Zara, semakin susut dan ramping. Hmm... ibu apa lagi... cemburulah! Ibu tidak kurus pun walaupun susukan Afia dan keluar sana sini juga! *sedih sambil tumbuk lemak yang enggan pergi*


Saya ada ketagihan terbaru walaupun amat sangat ketinggalan, yakni Instagram.

Kay Bye. 


.
.

Seronok ke entri macam ini?

Rasa tidak memandaikan bangsa langsung.

Hmm... okey.

Ejaan tepat adalah pendingin hawa - alat mendinginkan hawa (udara) di dalam bangunan kita; rumah, bilik, dewan, hotel, dan sebagainya.

Lebih okey macam ini tak?

Haha okey okey jumpa lagi nanti.


8 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

hoho, comel je afia.. jgn malas2 okey.. tp sy pun sama gak malas tp berusahah untuk merajinkan diri

Unknown said...

mari menumbuk lemak yang sangaaat degil ni...uwaaa!

Nur Syazwani said...

alaa..saya tak boleh..nak juga buat..instagram..

Husna Adnan said...

◕ D Y S H A S A H H I R ◕:
Hahaha baik! Saya cuba merajinkan diri.
BTW, dua-dua blog puan sangat comel!!

Salhah:
Mari!!! T___________T

Nur Syazwani:
Buatlah. Senang sahaja. ^___^

Ladfe Amir said...

dulu pernah juga malas menulis. bila tidak menulis di blog,skill pun hilang. ada idea namun kemalasan menghapuskannya.

saya ada request untuk follow instagram Puan. Tp blm approve lagi.

Husna Adnan said...

Tuan Ladfe Amir:
Hehe, malas bukan sesuatu yang bagus.
Ya, antara yang hilang adalah skill.

Berkenaan Instagram, maaf ya Tuan. Saya lupa memberitahu, akaun IG itu saya approved perempuan sahaja. Bimbang kelak ada upload gambar yang tidak sempurna aurat, mengundang dosa pula. :)

Ladfe Amir said...

oh mcmtu. tak mengapa. saya faham. manalah tahu, Puan hanya post gambar anak dan gambar makanan.

Husna Adnan said...

Hehe of course ada gambar saya dan lain-lain. Dulu selalu upload di FB, tapi sekarang saya approved semua walau tidak kenal, jadi Instagram antara platform sesuai untuk orang gila kamera seperti saya, haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...