18 January 2013

Review: Baby Bullet yang comel!

Entri ini dilabel 'Bebel Ibu', maka ini adalah entri khas untuk para ibu. 

Assalamu'alaikum.

Pasti ramai para ibu kenal jenama Baby Bullet, kan?

Ya, inilah set pengisar Baby Bullet yang digembar-gemburkan itu.

Dua bulan sebelum Afia berumur enam bulan, saya selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, sudah rasa cemas-cemas ayam. Alamak... macam mana nak buatkan makanan Afia nanti? Nak beri makan apa dulu? Nak kena pergi pasar selalu ke? Berapa bajet seminggu demi membuat makanan Afia? Bagaimana kalau Afia tidak suka makanan dia? Adakah aku kena habiskan makanan dia? Aaaaaaaaaaand such.

Maka selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, gigihlah belajar sana sini, Google, beli buku resipi, baca artikel pemakanan bayi, masuk macam-macam group di FB - semua demi tekad memasak makanan Afia dengan tangan sendiri. Saya berimpian, satu hari nanti, dengan langkah-langkah kecil ini, saya sekali gus pandai memasak yang hebat-hebat juga, seperti kari, gulai, masak lemak, asam pedas, rendang, dan lemang. Lemang? Pun boleh.....

Kemain gambar 'pecah'.

Perjalanan belajar memasak ini, menemukan saya dengan Baby Bullet, atau kita singkatkan dengan BB sahajalah, ya. Rajinlah puleeeeeeek nak dok eja banyak kali kheeeenMaka saya belilah BB. Bukan sahaja comel, malah dengan harga mampu milik, dapat macam-macam!!! 

BB ada dua jenis - menurut penjual itu. Ada set original, dan yang [entah mahu tulis sebagai apa. AP boleh guna tak? Kiranya....] selain original. Set original seperti pada gambar pertama tadi. Banyak gila barang-barang yang kita dapat. Harga semasa waktu saya survey lebih kurang RM300++.

Yang saya beli set selain orginal, RM150 sahaja. Ha... mata bersinar terus! 


Ini semua yang ada dalam set selain original. 

Nasib saya, BB sampai ke rumah dua bulan selepas saya tempah, iaitu semasa Afia sudah masuk 7 bulan. Huuu... maka sepanjang hampir dua bulan itu, saya tapis sendiri, dan kisar makanan Afia guna pengisar kepunyaan emak. Teruja pun sudah hilang, sebab terasa saya boleh hidup tanpa BB yang comel. 😌

Saya sempat guna lebih kurang tiga kali, sebelum saya kembali menggunakan tapis dan pengisar kepunyaan emak. 

Berikut adalah dapatan selama tiga kali guna itu.

Yang Best:
  • Saiz yang comel, mudah disimpan dan dikemas semula selepas guna.
  • Pengisar dan bekasnya senang dibasuh. Ia sebenarnya berasingan. Tidak sukar membersihkan pisau pengisarnya berbanding pengisar biasa. (Gambar bawah, yang saya tunjuk guna anak panah merah itu boleh dibuka.)

  • Tray (gambar bawah) adalah best! Senang keluarkan puri yang dibekukan. Macam keluarkan ais, gitulah.


Yang Kurang Best:
  • Dapat kisar dua tiga kali sahaja, selepas itu macam ada bau terbakar dan terus tidak bergerak. Namun bukan rosak. Lain kali cuba, boleh gerak lagi. Tetapi selepas dua tiga kali kisar, bau hangit muncul, dah tak gerak.
  • BB tidak akan bergerak sekiranya kita tidak tekan penutupnya. Maksudnya BB tiada butang on - off. Tekan bekas pengisar, baru BB berfungsi. Ini agak sukar bagi saya yang sambil tunggu makanan dikisar, nak basuh pinggan ke, nak tengok Afia buat apa ke....
  • Kisar sayur ataupun buah yang sudah dikukus atau rebus, memang senang. Tetapi apabila nak kisar ayam yang sudah direbus, jenuh menunggu. Sebabnya pisau pengisar BB tidak ada gerigi tajam. (Atau adakah sebenarnya memang tidak boleh kisar ayam atau daging guna BB? Haha! Aku main belasah saja, nok!)

Kesimpulan daripada entri ini adalah...

BELI BABY BULLET SET ORIGINAL. Haha! Saya pun tidak pasti sama ada semua masalah ini berpunca daripada ketidakoriginalan BB itu, ataupun memang teratai layu di tasik madu. Tengok pada video di Youtube, BB sebenarnya boleh kita tinggalkan semasa ia mengisar. Tetapi BB yang saya beli adalah tidak boleh. Huu... manja sangat. Menyampah.

Okey, jumpa lagi!

P/S: Oleh kerana saya dan BB kurang serasi, saya sudah jual BB saya. Wakaka. Saya sudah terangkan sisi kurang best BB yang saya beli, namun ibu tersebut mahu beli juga. Harap hanya saya yang kurang bernasib baik.

P/S lagi: Duit hasil menjual BB, saya rancang mahu beli pengisar baru, tetiba semalam emak kemas dapur, terjumpa --- bukan satu, bukan dua --- tetapi TIGA pengisar yang tidak pernah digunakan. Siap masih dalam kotak. Hayoooooh nasib baik belum beli baru. Yahuuu!

Disclaimer: Semua gambar adalah ihsan Google.

27 comments:

Unknown said...

heheh...kurang bernasib abaik adalah perkara biasa kan???saya nak beli avent punya 2in1 steamer n blender tu.kalau ada rejeki lah.kuikuikui

Husna Adnan said...

Hahaha ya, sangat biasa lebih-lebih lagi saya. Ekeke. Yeah, Avent punya 2 in 1 itu sangat seksi! Moga awak ada rezeki, amin...

fiezaradzi said...

assalam, 1st time dtg ni.. masa ada anak 1st dulu pun, saya guna blender biasa je, alhamdulillah, ok..

seronokkan buat makanan utk anak2 ni.. tapi set BB tu teramatlah comel..

Ladfe Amir said...

sudah sepuluh tahun lebih saya menggunakan pengisar yg sama. sampai penutupnya reput skrg ni.


p/s : Puan kenal dgn saya yg sudah memperkenalkan diri tempoh hari?

Husna Adnan said...

Puan Fiezaradzi:
Salam, terima kasih sudi singgah sini. ^_^
Ya, bagus lagi pakai blender biasa.
Ini semua pengaruh media sampai beli BB. Hehe.

Tuan Ladfe Amir:
Haha! Ya, blender di rumah ini pun ada yang daif sangat penutupnya.
Ya, saya ingat. Nama tuan unik. :)

cik viruzz said...

Dalam sejarah blender utk baby, Me terpaksa beli 3 kali dlm masa 5 bulan, sebab, setiap kali keluar outstation, shuben akak merosakkan blender2 tersebut dengan tidak sengaja.

chyain said...

ain sudah beli baru terjumpa review tentang BB ni..suami pn suggest jual balik. Bg sy yg byk komitmen kerja di opis n umah, ianya tidak memudahkan sy..

Husna Adnan said...

Mak oooi... sampai 3 kali beli baru, Vee. Haha!

Husna Adnan said...

Sis Ain:
Kan... agak susah sikit nak guna dia.
Ada geng rupa-rupanya. Huhu.

drzirakudo said...

hah? laa dah jual ke kak husna?? haha.. excited sy baca,, tiba2 dah jual. hehe

Husna Adnan said...

Hahaha! Ending yang sangat twist kan? xD

Unknown said...

mak oi..tiba-tiba jadi banyak komennya...eh, mini blender philips(yang biasa warna oren, bukan avent warna biru) pun banyak review bagus..saya pun pakai blender biasa aje sudahnye..cuma nak cari satu lagi yang saiz kecil.

Husna Adnan said...

Haha! Memang best ada blender kecil, senang kan nak bawa sana sini. Anakku pula masih belum ada gigi walaupun nak dekat setahun, jadi semua kena blend. Kakak saya ada blender jenama apa entah, agak bagus tu. Warna putih biru, macam Avent yang awak tulis. Tapi besar gedabak. :))

Suhaila MS said...

hi dear nak tanya lah puree yg da di bekukan, nak cairkan camane ya? mcm kite thaw EBM gak ye? lepas thaw panaskan rendam dlm air suam. gitu kah?

Husna Adnan said...

Hai Sis Suhaila. Sorry for the late reply. Nak cairkan boleh guna microwave, atau masukkan dalam periuk dan letak sikit air supaya makanan beku tu tak kering sangat. :)

Anonymous said...

salam.kat mna ye awk jual smula baby bullet tu?

Shakina Farhan said...

Husna, kina ade pki baby bullet ni..yg murah dari group on..pada kina ok..xd mslh..awl2 tu xgrk n kena tekan sbb kina slh cara pasang..hangit tu kl letak makanan masih dlm keadaan panas..alhamdulillah kina pakai mudah je..maybe xd rezeki husna dgn baby bullet tu kn..

Unknown said...

Hi ibu-ibu..
Sesiapa yang nak avent steamer dan blender tu..boleh contact saya di sweetsweetsugar7@gmail.com...mana tau ada rezeki baby anda..

Anonymous said...

Hi kat mana you beli bb you
ya ? Kat kedai tu ada jual yang original punya ?

Unknown said...

Saya pun ada beli...masa first time guna nak pasang pun ketat sgt...bila blend ada pulak bau hangit yg kuar...last2 x pakai...rasa nk jual jer.kekeke

Unknown said...

Masa mula2 nak cuba nak pasang pun susah ketat sgt...da bole pasang bau hangit pulak..rasa nak jual jer kekeke

Anonymous said...

salam..sesiapa nak beli baby bullet, shake 'n take, pop chef.. bley la lawat ke blog sy..
www.hazelblogshops.blogspot.com

fb : hazel blog shops
insta : hazelblogshops :)

tumpang iklan ye tuan rumah..heee

Anonymous said...

saya guna tupperware je...takut blackout xkan nak tumbuk sayur kukus dlm lesung batu....hehe...lgpun wkt pagi2 buat bubur blend x bgnkan jiran sebelah....hehe..

FUZY said...

Tq for review...

Husna Adnan said...

Welcome, all! Tiap kita ada pengalaman masing-masing kan. Ikut rezekilah. Saya beli dari web manalah dulu. Maaf baru balas semua komen, hehe. Happy berBB!

Jules Fern said...

Hi! Kat lazada tuh ade jual BB tapi macam2 harga. Camner nak tau yang maner ori yang maner tak?

Kenari Putih said...

Baby bullet blender ni mmg best boleh bw travel sbb dia kecik je. Yg sy xbest tu after 5 month guna blade dia patah. 2-2 patah. Sakit hatiku..hie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...