Assalamu'alaikum.
Mood melankolik dan terharu bercampur-baur sejak kelmarin, semalam, dan hari ini (sebab gatal tulis entri jam 12.19 tengah malam).
Monyok satu hari, tetapi semangat bina impian yang sudah masuk kaki selangkah itu buat bibir tersenyum tersengih berkali-kali. Kadang takut ada penyakit mental atas perubahan emosi yang terlalu mendadak, namun tatkala teringat salah satu asbab ini, terus lega.
Sebab saya PEREMPUAN. Muahahaha.
Emosi perempuan memang selalu berbolak-balik seperti sampan di gigi air.
Umur saya hampir 30 tahun. Ya, saya tahu. Wajah saya seperti gadis sekolah menengah, tetapi usah terperanjat sangat. - - - Beraninya perasan tanpa memikirkan entah ada yang beli makan dengan duit simpan berhari-hari. Senang aku bikin isi perut orang terluah sebaldi. HAHAHAHA.
Okey sambung.
Dengan umur yang sebegini, masih banyak yang belum saya buat, yang belum saya capai. Saya bukan sesiapa, hingga saya rasa keliru berkali-kali. Tanyalah rakan rapat, berapa kali budak tua ini tanya apa bakat, apa karakter, apa jenama, apa istimewa. Rasanya hampir buat mereka bosan dan menyiampiah!
Walaupun demikian, masih ada takdir-takdir yang buat semangat saya naik semula. Takdir melihat, takdir mendengar, takdir merasa - tanpa saya cari, tanpa saya doa kepada Tuhan.
Kamu.
Kamu-kamu yang tag nama saya sebagai idola, sebagai tanda aras cita-cita. Kamu-kamu yang baca penulisan saya, dan suka berganda-ganda. Kamu-kamu yang dahulunya tiada di sini, namun kini sama-sama membaca dan menulis gaya sama. Guna susunan ayat sama, guna semangat sama, guna emoticon sama.
Perasan sungguh aku...
... sekiranya kamu-kamu jadi seperti aku bukan kerana aku. Hahaha!
Jujurnya, saya yang kini juga adalah adaptasi, atas serapan semangat orang lain. Hingga umur yang hampir 30 tahun ini pun, saya masih mencari karakter saya, jiwa saya. Entah apa yang saya kejar, saya usahakan - saya ikut sahaja kata hati. Lebih-lebih lagi selepas ada suami, saya ikut izin dia juga. Kata hati dan izin sama, maka langkah kaki disusun berdikit-dikit.
Walau ke arah lain.
Bukan editor. Bukan penulis. Bukan lagi pemberi semangat.
Cuba jadi penggerak industri 9/10 rezeki walau kosong ilmu dalam ombak keringat.
Ketika saya bukan lagi saya yang kamu-kamu perhati,
mahukah kamu-kamu masih di sisi?
Masih adakah yang jadikan saya inspirasi,
sedangkan diri sendiri entah ke mana destinasi?
Apasal aku tulis macam berpuisi?
Walau ada ataupun tidak, saya dedikasikan entri ini khas buat semua yang mengagumi perjalanan hidup saya, sedangkan ia superbiasa. Tiada istimewa, sekadar cuba berbeda. Sebab saya mudah bosan sekiranya derap kaki alunan sama, sentiasa. Mahu juga menari Tango, sedangkan biasa menari Cha-Cha.
Analogi. Analogi. Analogi.
Terima kasih, semua. Kamu sumber inspirasi yang sebenarnya. :')
Saya tahu ini sementara, atas izin Allah semata-mata.
Hidup baik-baik.
Kerna ada yang memerhati.
Dia - Yang Pasti.
Serius macam nak lempang muka sendiri guna kuali.
Apasal aku tulis macam berpuisi ni??!
7 comments:
tudiaaaaa...igt student U lagi.. hahaha.
salam perkenalan... singgah dari blog Bro Hasrul Hassan.. tahniah sebab terpilih jadi blogger pilihan Februari 2013
Kak Husna. Lempang ngan periuk lah best. Hehe ^^
Setuju ngan ayat ni : "Kamu-kamu yang dahulunya tiada di sini, namun kini sama-sama membaca dan menulis gaya sama. Guna susunan ayat sama, guna semangat sama, guna emoticon sama."
Aiman pun terikut gaya Kak Husna jugak. Dulu dulu tak guna pun emoticon ngan ayat penuh dalam penulisan di alam siber ni. Tengok Kak Husna guna. Last last makin terikut.. Hehe :D
cutenya kura2 naik perahu
Salam Kak Husna :) Suka baca blog akak sebab memberi semangat untuk melakukan apa sahaja. Semoga akak terus sukses! InsyaAllah..
tak dinafikan Puan memang cantik. usia awal 30an sebenarnya masih masuk dalam kategori wanita yang muda.
tapi, memang tak sangka usia Puan menghampiri 3siri. macam baru 20an lagi adalah.
pada pendapat saya, kita boleh tonjolkan potensi diri yg baru bila bersama teman-teman baru berbanding mereka yg lebih mengenali kita. sbb teman-teman baru tidak mengetahui sedikit sebanyak perihal diri kita berbanding mereka yg lebih awal mengenali kita.
p/s: sekadar pendapat peribadi sahaja.
gamepoint amd:
Hahaha tu dia aih.
jaa jaa:
Terima kasih kerana memberitahu. Haha terkejut saya. Salam kenal! ;)
Aiman Afnan Mohd Asri:
Haha terima kasih, Aiman!
Semoga yang baik-baik saja diikut.
Yang merepek meraban tu abaikan saja, haha.
Mr.PinGu:
Yeah... kredit kepada Google.
Saya edit sesuka hati saja, haha.
prettylace:
Salam. Wah... terima kasih ya sudi baca! >__< Semoga Ilya dan suami juga dimurahkan rezeki, amin...
Tuan Ladfe Amir:
Haha alhamdulillah, terima kasih.
Ya, saya amat setuju dengan pandangan tuan. Terima kasih kerana utarakan di sini.
Terima kasih, semua!
Post a Comment