15 March 2013

Touch N Go & Hero

Assalamu'alaikum.

Siapa di sini pengguna Touch N Go?

Kami antaranya. Itu pun selepas emak berikan kami kad miliknya kerana beliau ada lebih. Ngeh ngeh ngeh. (Padahal dah lama nak beli, tetapi tiap kali nak beli, mesti tidak berjodoh.) Kiranya kami baru lagilah jadi pengguna Touch N Go. Freshie sangat!

Memang senang dan cepat guna Tonch N Go, kan? Tidak perlu lagi beratur panjang demi menghulurkan seringgit kepada jurutol yang ayu-ayu belaka itu. Ya, ya. Kekadang Touch N Go pun beratur lebih panjang daripada Tunai, meehehe. Pernah terus tukar lorong dengan pantas ke lorong Tunai dan menggali dompet dengan pantas juga tatkala hal ini berlaku. Phewww~

Dan... adalah sesuatu yang biasa hal ini berlaku di lorong Touch N Go:


Atau.... 


Maka perlahan-lahan kereta di hadapan berundur, diikuti kereta kedua, kereta ketiga, keempat, kelima supaya kereta pertama dapat beralih ke lorong Tunai.

Sedih, kan? Hahaha.

Sebenarnya kita boleh jimatkan masa dan emosi apabila hal ini berlaku. Tidak perlu berundur, ataupun marah-marah. Apa yang penting? Kerjasama. 

Rasanya ramai dapat jawab. Ya tak?

Tolong bayarkan!

Yaaaa... benar sekali. Sekiranya kita kereta yang di belakang, apa kata kita buat sedikit kebajikan, yakni tolong swipe kad kita bagi membantu kereta yang dilanda kebingungan itu.

TETAPI....


Sekiranya kita adalah kereta kedua, jangan memandai nak swipe kad kita, kerana kad kita tidak akan berfungsi apabila kita nak swipe untuk diri kita nanti. Terpaksalah orang di belakang pula selamatkan kita yang baru menyelamatkan kereta di hadapan. Ini lagi sedih! Hahaha.

Saya tidak tahu apa nama sistem ini, tetapi saya rasa, ya, saya sekadar membuat andaian, sistem ini dibuat supaya kredit kita tidak ditolak berkali-kali sekiranya kita TERswipe berkali-kali. Yalah, tangan kita kan kekadang lari sikit alignment dia. Saya wajar berterima kasih kepada sistem ini kerana saya sering swipe banyak kali akibat tangan bersaiz mini. Mencuba berkali-kali, dan pernah kad itu terjatuh ke bawah kereta juga. Huuu.... T_T

Jadi, cara yang lebih menawan adalah:


Kereta ketiga, ataupun keempat, ataupun kelima dan asalkan bukan kereta kedua, adalah penyelamat sebenar bagi kereta pertama. Yahuuuuuuuuuu!

Sistem hebat yang diperkatakan tadi akan kembali beroperasi seperti biasa, sekiranya kita swipe dua kali, tetapi ada kad lain di antaranya. Cool, kan? Ya, ini juga andaian. Tapi masuk akal, kan kan kan?

Jadi, sekiranya kita terlibat dengan insiden terpaksa-berundur-kerana-kereta-hadapan-dilanda-ujian, kita ada pilihan bagi membantu mereka. Keluar kereta (pastikan kereta dikunci ataupun ada orang lain di dalam yang dapat bantu kuncikan), berlari deras, swipe kad kita, dan boleh minta dia bayar tunai mengikut kadar tol terbabit. Nak rasa lebih seronok? Lambai sahaja kereta itu pergi dengan begitu bergaya. Sedekah gitu. (^_^)

Kereta kedua? Sila pasrah sahaja kerana anda tidak dapat menjadi hero. Melainkan anda ada dua kad Touch N Go. Muahahaha.

(Dan jangan maki orang di dalam kereta kedua sekiranya dia tidak keluar membantu dan hanya mampu buat signal undur. Inilah sebabnya. *husnuzon)

Okey itu sahaja kali ini.

Jumpa lagi!


10 comments:

drzirakudo said...

kak husna!!! peliknye entry ni!! hahaha

Adib said...

Sangat betul! HAHA

Ladfe Amir said...

erk..tak butang share ke. satu pengkongsian yg bermanafaat dan berguna.

terima kasih Puan Husna

Ladfe Amir said...

ahh..baru lerasan butang share di bawah tu. saya share ye utk pembaca2 saya untuk rakan2

Hafiz Rahim said...

Haha..ade betulnya entri ni..cuba biat entri smart tag pulak..hehe..btw, lawa header doodle..buat sendiri ke? Or orang buatkan..macam nak jugak je..email detail boleh..hafizmdrahim@gmail.com

sohoque said...

idea yang sgt bagus dan harmony..

a little less conversation said...

sna, bila ko nk lalu touch n go..ak nk duk kete 2 dr dpn ko ni..

Husna Adnan said...

Hee terima kasih, semua! Haha ini berdasarkan pengalaman, yakni cobaan menjadi hero yang gagal kahkah.

Header daripada Mal Doodles. Boleh cari di FB. Memang lawa! :D

Rafi: Jom ah esok aku lalu, haha!

Akupenghibur.com said...

wow wentry nie sangat mendalam dan seronok membaca.. pernah berlaku dan naseb kat situ ada top up untuk card tu

Husna Adnan said...

Hee terima kasih, Aku Penghibur. Memang kalut kalau apa2 jadi kat kad touch n go tu. Fuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...