30 April 2012

Kisah PBAKL

Assalamualaikum. High-low! (Helo!)

Semalam Encik Suami bersama adik bongsu saya dan abang ipar sudah mengeluarkan diri mereka ke PWTC demi menyertai kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Adakah saya berasa cemburu? Tidak, tidak. Saya tidak cemburu. Malah saya yang cadangkan supaya dia mengajak para jejaka itu, memandangkan rasa kasihan yang tiada tolok bandingan kepada dirinya yang asyik berada di rumah demi menjaga diriku yang tidak dapat dipastikan bila waktu sakitnya. Haha! Tetiba macam nebes. 

Baiklah. Seperti yang dirancangkan, sudah tentu booth PTS yang menjadi booth pertama yang mereka terjah. 


"Sesak!" katanya, semasa membuat panggilan telefon kepada isterinya yang sedang berbaring penuh nikmat di hadapan televisyen, ditemani Duyuk dan Bubu.

Hari Ahad. Apa lagi yang mahu dijangkakan, bukan? 

"Tabahlah...," balas si isteri lalu ketawa terkekek-kekek. Okey. Berhentilah buat novel di sini. Tidak menarik pun. T_T

Disebabkan terlalu sesak, mereka balik dalam jam 1.30 petang. Sangat tidak berdarah muda mereka bertiga ini, kerana tewas terlalu awal! Namun mereka tidak terus pulang ke rumah. Mereka bertiga sudah berjimba memakan Subway di Viva, sebuah kompleks membeli-belah di Cheras, dan disusuli dengan menonton The Avengers 3D. *nangis sikit dalam hati...sikit saja........*

Ini hasil tangkapan beliau semalam.

1. Koleksi Lambok yang lawak gila. T_T_T_Tangisan dalam ketawa.
2. Lawak Sekolah oleh Aman yang hebat, percuma novel comel.
3. Big Nate, siri kegemaran beliau yang dikatakan lucu dan best. 
4. Jimi dan Raksasa Misai, Siri Buku Conteng pertama daripada PTS Pop.
5. Dan... Misi 10A Plus, karya mereka sendiri. (Naskhah penulis belum dapat.)

Oleh sebab buku yang saya kirim tidak dapat dibawa pulang atas kesesakan yang berlaku, maka saya menempel sahajalah apa jua yang beliau beli. Sudah tentulah... buku pertama yang saya baca adalah....

(=^_________^=)

Kamu-kamu pasti tidak dapat bayangkan betapa saya LANGSUNG tidak dibenarkan membaca komik ini semasa pembikinan, walaupun segala-galanya berada dalam laptop dia. Kekadang semasa dia sedang tidur, rasa macam nak godek secara rahsia. Hahaha! Namun sebagai Husna yang baik, saya berjaya menahan diri, hingga ia terbit sekarang. *gosok kepala sendiri sambil blushing*

Komen saya:
Secara jujur tanpa prejudis, selepas membacanya dengan agak pantas namun teliti, saya dapat katakan, 'Misi 10A Plus' adalah lebih baik daripada 'Misi 10A'. Best! Puas hati. (Maaf ya kepada para peminat 'Misi 10A'.) 'Misi 8A' dalam liga berbeza walaupun dalam siri yang sama, jadi saya tidak akan bandingkan. 'Misi 8A' sudah dihabiskan dengan baik, hingga mengalir air mataku... oh oh~


Syabas dan tahniah kepada Nazry atas penulisan yang baik, dan juga Afiq kerana skil melukis kian bagus. Juga kepada Tuan Amykamen, kerana mewarnakan dengan cantik, walaupun produksi yang amat singkat. Syabas kepada semualah! Kepada tim Komik-M, PTS Pop, dan semua yang terlibat.

Oh ya. Setakat yang saya baca dengan pantas itu, tiada kesalahan ejaan. Sekiranya mata saya tidak silaplah. Satu kriteria yang bagus, supaya pembacaan tidak terganggu. Senang cerita, sekiranya mahukan kepastian, kena beli dan bacalah! *angkat angkat kening*


Kepada yang sudah baca, atau yang akan baca, ini sedutan muka surat akhir. Tiga muka surat terakhir diletakkan lirik lagu berbahasa Inggeris. Sebagai seseorang yang mengetahui nada lagu itu, rasa sebak mengiringi pemergian Abang Zack. (Y_Y) Jadi di bawah saya sertakan lagu itu, supaya semua yang membaca, terjebak untuk sebak bersama-sama semasa membacanya. Sekiranya tidak sebak, sila bersurai dengan segera.


Ini friend-art daripada Tuan Ezaddin. Tuan Ezaddin ini sangat berbakat dan humble, tahu? Dia adalah salah seorang pembeli dan pembaca 'Kawanku Panda' juga. Komen daripada beliau sangat teliti, dan amat saya hargai. Gambar di atas adalah Aizad, Zahid, dan Nasya, adik Zahid. Cantik, kan? =D

Di bawah pula adalah... he he he. Sila teka sendiri. Tidak mengapa, biar saya berikan jawapan. Ada penampilan khas daripada Tuan Fadhli Hamdan. Ya, buku 'Jimi dan Raksasa Misai' itu karya beliaulah. Yahuuuuuuuuu!


Kesimpulannya, secara peribadi, buku 'Misi 10A Plus' adalah treasure bagi saya. Di dalamnya ada cerita yang bagus, ada artikel yang berguna, ada penampilan insan-insan yang saya kenal dan kagumi, ada kisah Abang Zack yang sangat menarik. (Siapa Abang Zack, Abang Zack dari tadi ni? Hahaha! Belilah. Dapat kenal Abang Zack yang misteri itu.)

Harganya hanya RM8.90. Berwarna sepenuhnya.
Sekiranya mahu murah, beli di PBAKL sekarang! Ada diskaun!
*Namun stok selalu habis, huhu. Alhamdulillah. Eh macam buku aku pula.*



Sekarang... kita ada isu baru. Memandangkan keadaan yang sesak hingga Encik Suami itu tidak sempat membelek buku dengan tenang dan berlama-lama di PWTC demi berjumpa rakan dan para pembaca, beliau sudah mengajak saya pergi, sekali lagi. T_T Saya sedang dalam dilema. Saya pasti kaki akan membengkak, dan badan akan sakit-sakit, namun saya berasa kasihan. Deep down in my heart gitu, memang rasa mahu pergi juga. Adakah saya mampu?

Memandangkan esok cuti umum, kami akan cuba mencari baju yang sesuai dengan saiz terbaru saya, kerana semua sudah tidak muat. *pitam* Janji saya kepada dia, sekiranya jumpa baju yang sesuai dan selesa, saya akan temankan dia ke PWTC. Dan sekiranya jumpa, hari Rabu kami akan terjah PWTC.


UPDATE TERKINI: 'KAWANKU PANDA' CETAKAN KEDUA SUDAH MASUK STOR! YIPPA! Semangat berkobar-kobar sudah mula meresap ke dalam jiwa. =D

P/S: Esok Afiq akan bertolak ke PLKN di Negeri Sembilan. Semoga semuanya best belaka.



4 comments:

FEEQRY said...

Wow wow, terima kasih atas ulasan yang diberikan! Kami akan berusaha lebih kuat lagi pada masa akan datang! xD

Husna Adnan said...

Haha! Baiklah, sama-sama. :))

Salhah Suhot said...

memang tak ada kesalahan ejaan. mata anda tak salah. hehehe...

husna..saya pun sama nasib dengan anda..x dapat pun baca komik yang dihasilkan oleh encik suami. cuma dapat tengok lukisan tanpa dialog sahaja...cerita yang saya tulis pula dia cuma bagi teaser sikit-sikit saja lukisan komiknya...

semoga berjumpa baju yang sesuai...

Husna Adnan said...

Alhamdulillah, mata editor saya masih dapat diguna pakai, hehe. Terima kasih atas pengesahan, Salhah.

Uik, samalah nasib kita para isteri pekomik... haha! Saya cuma dapat tengok teaser yang dia upload di FB, memandangkan bukan dia yang lukis. Yang dia lukis cuma name main-main. :))

Baju... baju... hadoi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...