27 August 2016

Bisikan Syaiton


Hari itu selepas dapat bayaran ceramah, jumpalah mak nak kasi sebahagian. Banyak bayarannya kali ini, rasa macam tak layak pun ada.
.
Muka mak bercahaya cantik berseri dapat duit poket walaupun pakai tudung awning remuk. Sian aku tengok walhal banyak dah tudung awning elok dia beli. Itu juga yang dipakai. 😂
.
Macam biasa, sebagai insan lemah, apabila bersedekah ni, dan sedekah pula pada ibu tercinta kan, mesti terfikir, "Vavavaaaah... berapa gandaan yang aku akan dapat." Kachinggg$$$!
.
Alhamdulillah balik tu dapatlah separuh daripada yang dihulur... dari belian customer. Bolehlah. Syukur kejap.
.
.
Tapi kemudian datang bisikan syaiton yang mengatakan, 'Aik, separuh je?? Takkanlah separuh JERRR? 😏'
.
Terdiam.
.
Kerut dahi.
.
Lama.
.
(Adegan bertarung dengan syaiton.)
.
.
Sebenarnya, kadang terlupa. Rasa puas, rasa gembira, dan rasa tenang dapat beri emak walau sedikit itulah LEBIH berharga daripada dapat ganjaran bentuk nilai mata wang semula.
.
Belum fikir lagi nikmat pahala menggembirakan insan yang melahirkan dan membesarkan kita. Oh~ :')
.
.
(Selepas malu dan menyampah dengan bisikan hati, barulah lebih tersenyum. Nak dijadikan cerita, selepas itu masuk rezeki-rezeki yang menggandakan nilai huluran tadi. Allah... T_T malu hakak, nok.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...