(#throwback status FB bertarikh 20 Januari 2016)
Bismillah hirrahman nirrahim.
.
Lama menyepi. Lama tidak login di sini. Namun pada hari tergeraknya hati, status pertama yang terpampang adalah status Tuan Baha atas pemergian yang sangat mendukacitakan.
.
Saya ambil masa untuk memproses nama pada post itu, dan ternyata Abang Bai @ Aswadi Hasan yang dikasihi ramai ini sudah pergi ke negara abadi.
.
Air mata tidak putus walau sejam berlalu.
.
Pun begitu, hati berbelah-bahagi. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, terasa berat untuk hadir memberi penghormatan terakhir.
.
Lalu terkenang.
.
Betapa dahulu, walaupun Abang Bai tidak sihat, beliau dan isterinya Kak Ros tetap memenuhi jemputan kami waktu majlis akikah Afia dan sepupu-sepupunya.
.
Tetap datang dengan wajah memucat, tubuh menyusut. Pada akhir-akhir waktu.
.
Maka kami gagahkan jua dengan semangat kecantikan peribadi Abang Bai. Dan Allah permudahkan perjalanan kami, tiba tepat masa. Dapat Nazry wakilkan untuk solat jenazah. Dapat melihat wajahmu buat kali terakhir.
.
Terima kasih Abang Bai atas semua kebaikan. Terima kasih kerana terus bersahabat walaupun saya tidak lagi bekerja di PTS, walaupun tidaklah rapat mana. Sempat bekerjasama untuk beberapa buku sahaja.
.
Semoga Kak Ros dan Malique dipertemukan dengan Abang Bai di syurga kelak. Ya Allah, kuatkan semangat Kak Rosni Harun yang baik ini.
.
Al-Fatihah.
.
.
(Watak Poko dalam buku 'Akhirnya...' dipinjam dari nama kucing kesayangan Abang Bai dan Kak Ros. Syukur sempat mengotakan janji, walau asalnya untuk buku lain.)
No comments:
Post a Comment