30 August 2016

Review: BoboiBoy The Movie


Bawa Afia tengok BBTM di Alamanda pada 3 Mac 2016
- hari pertama tayangan, gigih sangat!


Masa trailer BBBTM keluar sebelum Zootopia start, aku macam WAAAAH AFIA NANTI KITA TENGOK, NANTI KITA TENGOK. Muka Afia pun dah bahagia.
.
Habis trailer, muka aku masih 'WAH' tapi tak dapat nak cakap apa-apa. Malu sebab tengah tahan sebak. Terharu tengok karya anak tempatan. Tak pasal, kan.

Sehari sebelum tayangan rasmi, aku usaha beli tiket online, punya gabra takut tiket habis. Walhal hari pertama tayangan tu hari Rabu. Orang yang disangka 'jobless' oleh kerlingan jiran-jiran seperti kami sajor yang beria nak berjimba hari Rabu.
.
Pilih tiket 11.30 pagi, sampai Alamanda pukul 10 lebih. Kemain kau. Kalau ada meeting bukan main lembap T_T.
.
Masa tayangan, walau kadang lost sikit sebab tak berapa follow siri TV (kami memang tak ada TV :'), tapi overall memang terhibur. Afia jangan ceritalah. Budak ni memang rajin korek Youtube.
.
Selepas habis tayangan, aku macam brader yang buat review ni. Sorang-sorang tepuk tangan tapi dalam tiga harkat sebab segan oi. Orang lain control macho, mak pun kena cover.
.
Kami duduk sampai habis, jadi orang terakhir keluar panggung. Pasangan yang keluar sebelum kami, asyik cakap, "Best! Bestlah! Memang best!" Puas hati betul nampaknya.
.
Dan aku masih diam. Dapat senyum je. Nak cakap betapa kagumnya aku pada tim BoBoiBoy, kena telan air liur dua tiga kali semata nak tahan sebak. Punya terharu dan terbangga. (Sori mak tacing sikit.)
.
Memang nampak pelik.
.
Antara saya dan founder BoBoiBoy, tak ada sebarang kaitan pun.
.
Tapi bermula satu pertemuan singkat pada program BAHTERA tahun lepas, kami terhutang budi dan kagum dengan keperibadian Tuan Nizam Razak.
.
Selepas talk beliau, saya paksa Nazry menegur dan bergambar dengan Tuan Nizam. Nazry malu, takut mengganggu Tuan Nizam yang mungkin sibuk. Sempat nyatakan perancangan kami berkenaan animasi.
.
Masya-Allah, betapa humble lelaki ini, ajak kami ke satu meja, dan terus beliau buka laptop dan ajar kami selok-belok dunia animasi. Kami malah ditunjukkan dokumen-dokumen awal BoBoiBoy, bagaimana persediaan pitching dan sebagainya.
.
Lama. Kami sekadar berdiri dan ambil nota. Walaupun segan kerana ambil masa beliau, Tuan Nizam terus-terusan berkongsi ilmu dan pengalaman.
.
Tuan Nizam Razak, kami respek dan kagum dengan perjalanan Tuan bersama tim BoBoiBoy.
.
Terima kasih atas tunjuk ajar, terima kasih atas segala nasihat yang ringkas tetapi padat, terima kasih kerana memberi kami peluang mengenali peribadi tuan yang baik ini.
.
Mohon halal segala ilmu, Cikgu Papa.
.
Kebenaran takkan lupa kebaikan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...