27 November 2009

Oleh kerana tiada bunga api....

Hahahahahahahahahahahahahahahahaha!

Rasa tidak patut menyambut Aidiladha sebegini, tetapi saya sangat bosan!!!

Mula-mula rancang mahu ke bank sahaja. Kemudian apabila urusan selesai, saya terfikir... balik ke rumah pun tidak akan berbuat apa-apa yang menarik, lalu kepala saya melahirkan idea gila ini dan buat pertama kalinya...

saya menonton wayang seorang diri! Hahahaha! *Best juga!*

Jejaka penjual tiket tadi pun terkejut apabila saya kata satu tiket. Reaksi yang saya sudah jangka, tetapi dialognya tidak.

"Ini semua, yang sudah orang beli ini (sambil tunjuk skrin), majoriti perempuan. Hei, hensem sangat ke Edward Cullen tu? I rasa I lagi hensem," ujar jejaka penjual tiket sambil ketawa.

"What? Oh please!" *Rolling eyeballs* Reaksi gadis penjual tiket di sebelahnya, kemudian juga ketawa.

Saya ketawa sama, tetapi alasan saya menonton Twilight bukan kerana Edward hensem.

At least, bukan itu faktor utama, selain saya memang kebosanan.

Pertama, kerana saya pernah menonton Twilight yang pertama. Jadinya memanglah sangat mahu tengok yang kedua.

Kedua, memang mahu tengok Edward itu. Tetapi bukan hanya kerana dia hensem, tetapi perwatakan Edward itu sendiri. Seperti komen seorang pendengar Hitz.fm,

"It's not about how Edward looks like; it's about how he looks at Bella. His stare can melt your heart. I think every guys must watch Twilight because Edward knows how to treat Bella."
Walaupun saya tahu ramai lelaki benci watak Edward. Hahaha!

Overall,
yang kedua ini okey. Cuma kurang scene Edward. Jacob... emm... bolehlah... walaupun saya tidak minat dia. Hehe. Ending yang bikin suspen supaya tunggu yang ketiga. Bijak, pengarah! Bijak! *huh*

Saya tidak pandai beri bintang, saya cuma dapat beri ini: ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

"You're my only reason to stay alive, if that's what I am."

Wawawawa mari mimpikan Edward ini malam. Hehehe.

Selamat malam, kawan-kawan! Enjoy your holiday! (^_^)

5 comments:

aku-H said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...knp x ajak aku..aku pn sangap mencari tmn nk tgk cite ne..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..nk tgk edward..tp btol la bkn muke die tau tp cr die tgk, cr ckp..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....cair2!

Sna La La said...

OH NO!!! Sorry gadis!!!
Aku sangat bosan semalam, i thought ko menjadi seperti manusia normal yang lain iaitu pulang ke kampung!!!
Tapi Edward memang awesome!!! *juga mencair*

aKu NaKaL said...

Cerita ini sangat menarik.. x)~ Cuba baca episod bukunya jika ada masa.. lg menarik x)~

o_o said...

best jugak kan tgk wayang sorang2
nanti nak jugakla macam Usna...
Independant!
p/s:saya team Jacobs..huahua

Sna La La said...

Man,
ya, ceritanya sangat menarik.
Buku? Err... saya akan cuba kalau rajin. Hehe.

Ai,
Hehehe, you are already Miss Independent, dear.
Duduk di Perlis, jauh tu.
Oh, you team Jacob? Hehe.
Tahniah! New Moon is for you! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...