24 November 2009

Jom Pergi Langkawi!!!

Hari ini hari ketiga duduk di bilik besar ini tanpa Wafa Munirah a.k.a Suzana a.k.a kakak kedua saya yang tiada satu pun nama di atas ialah nama sebenarnya.

Ya, dia sudah menjadi isteri orang pada 21 Nov yang lalu. Kenduri pada 22 Nov, dan malam itu juga dia berpindah ke rumah lain.

Sepanjang hampir 25 tahun hidup bersama, kini saya lebih bebas. Secara rasminya, bilik ini haku yang punya!

Wahahaha!
*gelak tipu*

Warrrrgggghhhh! SANGAT BOSAN!!! *Tarik-tarik rambut.*


Jadinya, sekarang sekiranya jiwa saya kacau ataupun mahu mengacau jiwa manusia lain, saya akan bercakap dengan dinding sebagai teman bicara ataupun turun mengacau emak yang sedang sibuk memasak di dapur, ataupun ketika beliau sedang asyik menonton drama Korea kegemarannya. Ada harapan kena tengking aku ni kang.

Kucing saya juga sudah sedikit. Hanya tinggal empat ekor, plus seekor kucing macho milik jiran yang datang berkunjung sekali-sekala. Saya rasa sangat sunyi kerana kucing-kucing saya lebih gemar lepak di bawah. Geng-geng bulu tebal memang suka tidur di bawah. Si Putih yang dulunya geng bilik atas juga sudah malas naik ke bilik. Mungkin dia anggap saya manusia yang membosankan.

Saya hendak cari kucing baru untuk saya didik menjadi sidekick saya. Tetapi saya rasa kucing itu pasti akan meninggalkan saya juga kerana saya memang membosankan. (T-T)

Jadinya....

Saya mahu bela haiwan yang boleh dikurung supaya ia tidak boleh lari.

Saya rasa mahu bela hamster.


Comelnya!!! Rasa nak lempang guna sudu!

Tetapi saya bimbang... saya bimbang terpicit ia hingga mati kerana terlalu geram melihat ia terlalu comel. Bimbang juga kalau-kalau ia hilang satu hari nanti, kerana bekas menyimpannya disepak oleh kucing-kucing saya dan ia menjadi isi di dalam perut mereka.

Mungkin juga....

Saya boleh membela ikan.

Tetapi emak sudah bela ikan. Namanya Molly.


Molly dan skandalnya, Moren.

Saya mahu bela arnab.

Tetapi arnab akan membesar.


Ini arnab ke, kangaru?

Saya rasa saya akan cuba bela hamster kot.

Siapa pernah bela hamster di sini?

Kongsi sedikit pahit maung membela haiwan ini.

Dan juga pengalaman hebat antara anda dan ia.

Ataupun kawan-kawan ada idea yang lebih bernas?

Tolong jangan cari gaduh dengan memberi cadangan seperti iguana, ular, buaya, katak, kodok, tuntung, berudu dan sebagainya! Janganlah... geli okey... saya tidak mahu bela reptilia, amfibia, mahupun serangga. Saya mahu mamalia yang berbulu lembut dan berkaki empat. Berbulu pelepah dan berkaki dua juga tidak dilayan.

Ada mesin yang boleh diajak berborak tak?

Rahim Maarof buat apa ya sekarang?

Baiklah. Soalan itu sudah mengesahkan saya perlu turun kacau emak saya yang sedang menonton tv (hendaknya). Kalau beliau sudah tidur, saya akan isi masa lapang dengan meracun anjing.

Eh, meracun rumput.

Bye. Wassalam.

13 comments:

anak emak said...

hehee... ape kate akak bela anak kambing ke.. ok jugak..bile dah besa leh jual... leh buat duit... hehee

aKu NaKaL said...

haha..
hamster ada byk jenis.. tp kn rajin jaga la gak.. sbb bau dia kuat.. huhu tp lau dia da beranak byk, susah la nk jaga.. dan kemungkinn anda akan menyedekahkan dkt org lain x)~ dan semakin lama anda akan rasa bosan utk mmbelanya x)~

Vodlafin said...

wah!!!apsal entri ni lawak sangat?...tajuk tu mmg sesuai sgt!...hahaha

si Putih tu ddk kat bawah sbb mahu spy anjing kot..dia nak tanda mana yg boleh diracun tuannya..hehe

em,hamster ni haiwan yg sgt emosional..sekeluarga hamster milik kawan saya bunuh diri selepas tgk Nur Kasih tau...sad~ ;p

p.s- eh, skandal Molly bukan 'Limau' ke?..hahaha ;))

a little less conversation said...

laaa..sna2..mati2 igtkn ko cte psl nk g langkawi tau LIMA akn dtg..tp msuk n3 je..xde kne mngena lnsg..t'tipu ak d sini...hahaha

ermm..mamalia berbulu n berkaki 4..klau bruang koala tau bruang kutub cane? ok?? haha

aku-H said...

sna...
skalipun ko kebosanan dgn ketiadaan wafa munirah 2...jgnla smpai ko hina diri sendiri..knp perlu rahim maarof yg ko tanye..knp x rosnah mat aris ke..
knp?!!hahaha..papepn, congrats..settle sudah majlis kahwin ko..tgu ko plak la ne..=)

Sna La La said...

anak emak,
Hahaha! Kambing? Susah la dik.
Kalau nak jual, kena bela banyak.
Saya nak bela seekor je.
Kambing besar sangat, susah nak ajak tidur sama dan memeluknya dengan erat. Hahaha kemain.

Man,
Terima kasih atas info.
Hmm... maknanya nak bela hamster ni perlu networking yang kuat supaya kelak ia sudah beranak, boleh disedekahkan kepada rakan-rakan. Kalau tak ada rakan-rakan, susahlah saya! Baiklah. Saya akan fikirkan.

Vodlafin,
Hahaha! Si Putih itu spy?
Kamon la... dia tu naik tangga pun tak pass lagi. Asyik langgar tangga dengan muka je. Kasihan.
Wah! Hamster sebegitu emo???
Melampau! *Hahahaha!*
Terima kasih atas info ini. Hihi.

Rafi,
Hahaha! Itu tandanya dah bosan tahap langit ke-8 ni.
Eh, koala! Saya suka koala!
Kalau dia panjat saya, kuku dia akan terbenam dengan hebat ke dalam tubuh badan saya!
Beruang kutub pula, sekiranya dia mahu main tampar-tampar, saya pasti sudah ada di liang lahad.
THANKS RAFI!!!! *gila.*

Dayah,
Hahaha... aku bosan...
Tolong la ajak Gadises gi bercuti.
I want...
Thanks eh sebab datang, siap lama tunggu Diva tu siap.
Tunggu majlis aku?
HAHAHAHAHA!
Ko la dulu. Aku tunggu ko. :p

HADIFF H T said...

hai saya Hadiff dari Langkawi...Selamat berkenalan...

Sna La La said...

Hai Hadiff dari Langkawi!
Selamat berkenalan!
Bertuahnya duduk di Langkawi! =D

Vodlafin,
Terlupa nak balas.
P/S: Shhh... nama skandal memang berubah-ubah. Jangan kasi bocor.

aku-H said...

a'ah kan..dr dlu plan cuti x jd2..akan di plan sebaiknye puan...

o_o said...

Tau tak sejenis binatang yg namanya 'kokang'?tak pasti betul ke tak namanya tu,dia macam tupai/koala,kecik je,kawan aku kat indonesia ada bela seekor, sangat comel, siap boleh simpan dia dalam beg, bawak jalan-jalan,shopping,ala2 Paris Hilton gitu..

p/s:Aku teruja tengok title entri kali ni sbb ada perkataan 'Langkawi'.Tunggu daku grad baru kita pegi boleh??? *muka seposen*

Sna La La said...

Dayah,
Ya! Akan datang perlu berjaya!

Ai,
Hooooo... aku tahu haiwan itu!
Ejaannya 'kongkang'. Hampir-hampir dah tu.
Comel! Kat Malaysia boleh bela ke?
Hebat betul ada kongkang dalam beg!
Hahaha! Aku pun teruja!
Namun, bilakah dikau grad, Ai?

o_o said...
This comment has been removed by the author.
o_o said...

Owh,kongkang rupanya,sgt comel kan,endangered species,ada kwn aku seludup seekor bwk balik Msia.tak taula cane dia buat..

Anyway,daku grad InsyaAllah bulan 4 atau 6,tak pasti lagi tarikh gradnya.
But up to u guys la,tgk timing sume orang ok ke tak,susun plan cantik2 ok!Or maybe we can hit Melaka first?kita tgk apa kata putus Presiden H...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...