24 December 2009

Semoga Jumpa Lagi!

Hai kawan-kawan! Assalamualaikum! (^_^)

Berjumpa lagi kita pada entri kali ini. Kawan-kawan apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat dan ceria bagi menghadapi hari-hari mendatang. Di tempat kawan-kawan cuacanya bagaimana? Di Kajang, tanah milik Tuhan ini baru sahaja dibasahi air hujan rahmat yang menjanjikan 1001 sebab untuk saya tidur dengan nyenyaknya. Ha... benci, bukan? Ayat-ayat saya ada nilai baik dan mesra seperti rancangan binatang ungu berdiri itu.

Sedangkan saya ini bukanlah peramah sangat orangnya. Hua hua hua. *Ini bunyi gelak
ignorant.*

Okey, inilah entri yang saya tunggu-tunggu.


Bermula esok hingga tiba tahun baru 2010 yang diharap lebih indah itu, saya tidak akan berada di hadapan laptop dengan lebih kerap seperti biasa.

Ke mana saya pergi?

Adakah saya mahu berhenti menggunakan Internet dan mula mengetuk-ngetuk batu hingga memercikkan api dan membakar kayu lalu mengibas-ngibas kain agar asapnya mampu menerbitkan hasrat hati saya kepada kawan-kawan sekalian, dan menyumbang kepada penipisan ozon?


Wah, janganlah sebegitu marah.

Sudah tentulah tidak.

Saya amat sayangkan teknologi, walaupun tidak begitu berminat mengejar kemajuan kerana jenama itu dan ini sering menerbitkan siri-siri baru hingga tidak dapat saya ingati. Zaman 3310 dan 3315 sudah jauh berlalu. Apa??? Anda tidak tahu apa nombor-nombor itu??? Kasihan... itu adalah nombor giliran di Bank Muamalat. (~~.)

Baiklah.

Saya sangka saya akan menulis dengan amat pendek, namun tidak berjaya.

Mari ke topik asal.

Esok pagi, saya akan berangkat ke luar Selangor yang saya cintai ini demi menuju ke arah utara yang penuh dengan misteri itu. Misteri?

Oleh kerana minat saya pada geografi yang tiada langsung, saya sudah membeli beberapa peta negeri bagi membantu pengembaraan. (Pada yang membaca entri ini pada awalnya, ada gambar, tetapi saya fikir, macam terlalu kepoh pula siap letak gambar, hahaha.) Kami memang tidak ada perancangan yang khusus mahu ke mana. Memang main redah sahaja dengan bantuan peta-peta hikmat itu. =D

Oleh itu... saya dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca sekiranya saya ada salah dan silap. Ya, saya tahu saya ada membuat kesalahan kerana saya juga manusia biasa, walaupun saya sering berubah-ubah mengikut situasi. Saya bukan wanita ayu, namun saya tidak perlu bertindak seperti anak hutan 24 jam. Penat, tahu? Saya juga bukan Barney, jadinya tidak pelik sekiranya ada kalanya saya tidak peramah. Saya sudah tentu bukan almari, jadi mohon halalkan segala yang saya makan dan minum. Semoga kemaafan dan keikhlasan hati kalian makin mempermudahkan pemergian saya sekeluarga.

Maaf juga buat unit tersayang. Semoga tiada masalah sepanjang pemergian saya. Saya janji akan kembali dengan semangat baru, dan semakin pantas bekerja! Love u olls!


Okeylah. Sampai di sini sahaja. Jangan nakal-nakal ya? Tolong tengok-tengokkan blog saya ini daripada jurujual siber. Nanti banyak pula iklan makan beras-lah, iklan ubat gigi-lah, iklan kerja dari rumah-lah, iklan itu-lah, iklan ini-lah. Kalau ada yang bertindak lucah dan mencarut-carut, nanti kita belasah dia ramai-ramai. Tendang perut dia guna kasut bola. Kalau tak ada kasut bola, pergi beli. Jangan nak pinjam-pinjam.

Sudah! Sudah!

Bye! Semoga jumpa lagi! \(^o^)/ Don't miss me too much! Nanti habis mata kanan saya tak ada bulu mata. Wahahaha! *Tak faham, sudah.*

8 comments:

K.A.A. said...

Wah! Seronoknya!

Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan ye...enjoys! (^__^)

dan jangan speeding! hehe

p/s - lamanya husna pergi...mesti habis bulu mata kanan nanti...hahaha ;p

IlyaNis said...

Selamat bercuti Husna =)

ANon nak ucapkan selamat tahun baru 2010, semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang lalu.. (*_^)

Hati-hati sepanjang perjalanan (^_^)

..SmiLiN'... said...

wah!!!sungguh seronok.....adakah husna hanya pergi berdua??kerana ia akan menjadi lebih seronok!!!!(saya tidak pasti kenapa saya tersangatlah gembira pada pagi ini.mungkin kerana saya tidur agak lewat semalam sehinggakan tidak menjadi sedikit waras..hehe)apa-apa pun,semoga selamat pergi dan selamat pulang....berjuanglah demi agama, bangsa dan negara..oh...saya agak keterlaluan..husna hanya pergi bercuti sebenarnya..husna jangan risau, ramai yang akan tolong menjaga blog husna dan jangan kaget jika semua bulu mata kanan husna habis,kerana ia akan beralih ke bulu mata kiri dan akhir sekali ke rambut husna..dan ianya tidak menjadi apa-apa masalah kerana husna ayu bertudung...(jangan risau..kita-kita je tahu.hehe)

p/s : silalah belikan saya cenderahati di setiap negeri,bandar,kampung,ceruk rantau,gunung-ganang,bukit-bukau, cerun landai dan lain-lain lagi yang husna lalui.pastikan husna sentiasa di zon selamat dan pastikan juga husna pulang dengan tidak bertangan kosong...saya ulang, tidak bertangan kosong..

sekian...jumpe lagi next entry husna...bye

Unknown said...

nak ikot!!! nk ikot!!! nk ikot!!! hahaha

take care disana.. (^,^)

aKu NaKaL said...

rindulah pas ni.. x)~

aku-H said...

woit..g travel dgn sape?gile syok!

o_o said...

Kau bercuti dgn family ke utara???
Ke Langkawi kah? (ya,asyik tu je yg ada dlm kepala aku)
Bestnya!Selamat Bercuti!
Come back with good spirits k!
Jgn lupa update sini
We want to hear all about your trip
^_^

Husna Adnan said...

Korang semua yang disayangi!!!
Terima kasih atas doa dan komen-komen riang yang diberikan! Saya sudah pulang dengan lebih awal kerana ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan. Terima kasih semua! Seriously, terima kasih!!! Tak sempat nak balas satu-satu, nanti saya balas k? Muaaaaah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...