07 January 2010

Esok? Apakah itu?

Assalamualaikum, hai semua!

Wow wow wow! Sudah seminggu kita memasuki tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Apakah yang sudah kita lakukan dalam seminggu ini? Adakah sama seperti seminggu sebelum masuknya tahun baru? Apakah maksud ayat itu? Apakah yang penting sangat dengan seminggu sebelum dan selepas? Apakah yang aku repekkan ini?


Hmm... membaca entri sebelum ini yang penuh dengan keriangan dan pengalaman baharu, walaupun tidak dalam kesihatan yang membanggakan, membuatkan saya melihat kembali tarikh di kalendar. Walaupun kalendar 2009 sudah dibuang ke dalam tong sampah pada pagi 31 Disember 2009, saya amat menghargai teknologi kerana saya masih dapat melihat kalender 2009 di telefon bimbit saya saat saya memerlukannya. Walaupun telefon bimbit saya tidak dapat menerima MMS dan tiada GPS, saat itu, bukanlah sesuatu yang saya titik beratkan. Asalkan telefon bimbit saya dapat mempamerkan kalender tahun 2009, tiada apa lagi yang saya perlukan di dunia ini. Saat itulah. Saat.


Saya mula bercuti pada 24 Disember 2009. Berada di Perak pada petang dan malamnya. 25 Disember, juga masih di Perak, tetapi petangnya sudah di Kedah. 26 Disember, saya di Perlis dan seterusnya berada di Langkawi, begitu juga pada 27 Disember. 28 Disember, saya sudah di Perlis kembali, dan turun ke Kedah selepas melawat Bukit Kayu Hitam, dan bermalam di Sungai Petani. 29 Disember, saya ke Jeniang dan pulang ke Kajang.


30 Disember mula melakukan kerja pejabat di rumah, 31 Disember datang setengah hari ke pejabat kerana ada urusan dan juga demi menghadiri majlis perpisahan staf, dan 1 Januari 2010, saya melepak di rumah sambil bertanya soalan sinis kepada emak, "Hari ini 2010. Ada rasa apa-apa?" Emak jawab, "Tak ada. Sama saja macam semalam. Masa memang tak ada sempadan. Tak jumpa kereta terbang dan kapsul membentuk kekasih kacak."
Italik adalah tokok tambah.

Perbualan dua orang manusia yang sebenarnya kecundang dalam melawan perjalanan masa.


2 Januari, ke Rawang untuk majlis sambut menantu kakak saya, 3 Januari, sambung buat kerja dan menikmati hari Ahad yang indah. Indahlah sangat.

4 Januari, masing-masing kembali ke pejabat dan memandang entiti-entiti hitam yang seakan-akan perkataan, namun seperti semut juga, namun ya, memang perkataan, yang menari-nari di atas hamparan putih seperti putihnya pasir di pantai, yang dinamakan A4.


Maka tibalah 5, 6 dan 7 Januari 2010... iaitu hari ini, yang membuatkan saya memandang entri-sebelum-ini-yang-penuh-dengan-keriangan-dan-pengalaman-baharu-walaupun-tidak-dalam-kesihatan-yang-membanggakan itu sekali lagi.

Kerana saya rasa, seperti percutian itu sudah lama berlalu. Seperti dilakukan bertahun-tahun yang lalu. Seperti bukan dua minggu yang lalu. Bukan.

Walau hakikatnya, ya.

Ya, Husna! Memang dua minggu yang lalu, dikau seperti
Dora The Explorer yang diiringi monyet berkasut getah warna merah itu!

Betapa begitu pantas masa berlalu.

Itu je pun yang saya nak terangkan kepada kawan-kawan.

Hahaha! Okey, bye bye!












Tak adalah. Saya sedang memotivasikan diri.

Berkenaan menangguhkan sesuatu yang tidak perlu ditangguh sekiranya ada masa, ada tenaga dan ada kemampuan. Kerana sekiranya saya rasa, "Tak apa... ada lagi sembilan bulan....", sebenarnya tidak.

Saya tidak ada 'lagi sembilan bulan' kerana sembilan bulan itu tidak termasuk waktu saya malas, waktu saya tidak ada
mood, waktu saya ditimpa musibah, waktu saya rasa semua orang adalah monyet, waktu saya tidur lewat kerana asyik berFB dan menonton video kelakar di Youtube, waktu saya terlewat bangun dan akhirnya terlepas Melodi dan sugul sepanjang hari kerana tidak dapat mengetahui cerita terkini Jehan Miskin, waktu saya hanya mahu berbaring dan memandang siling tanpa berbuat apa-apa... waktu-waktu yang tidak produktiflah senang cerita.

Kerana tempoh sembilan bulan itu adalah waktu matahari, bumi, bulan dan bintang 'berkerja'. Bukan waktu manusia berkerja. Manusia ada waktu yang membuatkan sembilan bulan itu tidak cukup, sembilan bulan itu terlalu singkat, sembilan bulan itu tidak adil. Waktu-waktu seperti di atas. Waktu emosi terganggu, waktu tidur yang terlebih, waktu sosial yang terlampau.... Tetapi semua itu kita kurang menyedari kerana kita manusia.

Namun sekiranya kita sedar akan fitrah manusia, kita perlu sedia menghadapi waktu-waktu kemarau itu.


"Bagaimana?"
Hei, awak tidak terlibat dengan ini cerita.


Dengan bersedia melakukan yang lebih pada waktu kita mampu melakukan dengan lebih, supaya dapat menampung di kala waktu kita tidak mahu berbuat apa-apa.

Ini dalam konteks kerja dan cita-cita. Bukan konteks amalan agama yang wajib. Kalau esok rasa malas nak bersolat, mana mungkin kau boleh solat 10 kali sehari, demi menampung esok yang dipenuhi kemalasan. Tidak, tidak. Mana mungkin.

Mengapa menangguhkan sesuatu yang dapat kita buat hari ini, untuk dibuat pada hari esok? Hari esok itu milik kita, kah? Ada yang dapat menikmati hari ini, tetapi tidak hingga ke detik yang terakhir. Celik jam enam pagi, kemalangan jam lapan pagi. Tamat.

Maka Husna, buatlah kerja kau yang lebih penting itu, daripada bermain Internet dan menonton videoklip Justin Timberlake.

Sehingga berjumpa lagi!

(Saya tidak pernah anggap semua orang adalah monyet kerana saya bukan Charles Darwin dan saya tidak akan sugul jika terlepas menonton Melodi, lebih-lebih lagi kerana Jehan Miskin. Oh tidak.... Dan jika merasakan entri kali ini dipenuhi unsur-unsur yang mengarut, maka boleh diabaikan.)

Sekian, terima kasih.


Antara contoh yang menyebabkan 31 dan 28 hari dalam sebulan itu tidak mencukupi. Wawawa! Rakan-rakan, berusaha!

11 comments:

aKu NaKaL said...

x)~

Unknown said...

(^,^)

wahyu deen said...

Melodi...?

..SmiLiN'... said...

hemmm.saya tak tahu nak komen apa husna...hehehe.ok saya tipu...
tapi memang benar,DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA KERUGIAN....kerugian dari segi apa, hanya kita yang tahu..yang peliknya,kita yang buat kerugian tu, tapi salahkan masa,kerana tidak cukup...kelakarkan manusia nih...
saya berkata sedemikian bukanlah bermakna saya bukan manusia atau saya adalah barbie doll yang cantik dan bijak. (hehehehe maaf kerana terpuji diri sendiri dan tidak berniat untuk memadamnya..) tapi saya juga sama dengan kalian, manusia yang sepatutnya punya darjat tinggi di sisi pencipta tapi sering kali merendahkan martabat kita sendiri...
sampai sini saja..takut ulasan ini menjadi sebuah entry pula di blog husna..hehe

Husna Adnan said...

Man,
=)

Ismail Si Magisan,
(^_^)

Encik Wahyudin,
Oh tidak...

..SmiLiN'...,
Ya, benar apa yang awak tulis tu.
Saya setuju 100.1 peratus.
Tetapi ini saya kurang setuju.
"barbie doll yang cantik dan bijak".
Hehehe. Awak ni kelakar la.
"maaf kerana terpuji diri sendiri dan tidak berniat untuk memadamnya."
I like. ;)

Anonymous said...

Salam cik Husna..Ini adalah blog baru saya..Blog lama telah mengalami masalah sehingga menyebabkan ia tidak dapat dijejak lagi...jemputlah ke blog baru saya ye..terima kasih..

..SmiLiN'... said...

dah agak dah...cik husna mesti like wording2 masuk bakul pelahan2 nih...hehehe

Husna Adnan said...

Salam Encik Resmanshah Si Penulis.
Wah, ada blog baru nampaknya.
Terima kasih atas jemputan.
Semoga terus menulis! (^_^)

Husna Adnan said...

Cik ...SmiLiN'...,
Hahaha! Marilah mencontohi.

bojan said...

erk..
selamat hari lahir?

o_o said...

Kapsul tu menarik bunyinya ;>

Take care... :>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...