(^O^)
HEBAT!
(^O^)
MENARIK!
(^O^)
MENGAGUMKAN!
Apakah semua ini?

Semua ini adalah kata-kata yang layak diberikan untuk Komik-M kerana menerbitkan komik-komik berfaedah, yang sesuai dibaca
oleh setiap lapisan masyarakat.

Komik terbitan Komik-M tidak dirampas oleh para guru dan pengawas sekiranya pelajar membawanya ke sekolah.
*Ehem* Begitu juga buku-buku PTS One ya.
Mengapa Komik-M diberikan pelepasan sebegitu?

Pertama!
Komik-M menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, maka ini amat bagus bagi mengajar anak bangsa menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Kedua!
Jalan cerita yang semestinya syariah-compliant, tiada unsur-unsur keterlaluan hingga menggores sensitiviti masyarakat, terutamanya masyarakat Islam dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketiga!
Dah memang best, nak buat macam mana?

Maka...
Marilah membaca Komik Malaysia (Komik-M)!


Irfan yang juga sangat berbakat! (^_^)



Ultra Qalif adalah yang paling latest saya baca. Sangat best!!! Kawan-kawan, sila beli komik ini kerana ia sungguh kelakar namun tetap menerapkan nilai-nilai murni. Kelakar hingga gelak berguling-guling!

Iklan:
Promote Ultra Qalif bersama rakan-rakan PTS dan *ehem ehem* Encik Bop sendiri. Beliau yang di belakang saya yang tembam itu (tembam: merujuk kepada diri saya, bukan Encik Bop, beliau sasa) dan menutup separuh muka ala-ala misteri Nusantara.

Komik-M sudah menerbitkan lebih 20 judul komik, jadi apa tunggu lagi? Jadikan komik terbitan Komik-M sebagai koleksi kawan-kawan, kerana harganya murah dan tidak rugi membeli sesuatu yang bermanfaat! Oh? Mahu beli ketika diskaun yang amat hebat maka akan murah bertubi-tubi?
Jangan lupa ke booth PTS (C11 - C25, Dewan Tun Razak 2)
pada 19 hingga 28 Mac ini di PWTC.
Layari microsite PTS sempena pesta buku
bagi mengetahui perkembangan terkini! (^_^)
Terima kasih!

P/S: Amboi... bukan main di mana-mana ada ikon bergerak. Hahaha hore!
10 comments:
Tahun 2010 ini juga, kita akan bakal nantikan kemunculan komik pertama hasilkarya Snalala!
Tidak begitu, saudari Husnana?? ;D
Hahaha!
Dari mana pula datangnya berita ini?
Saya tidak sebegitu kreatif untuk buat komik pula. T______T Namun kita tengok kelak. Kalau ada, hebat namanya. Haha!
yep..tahun lepas perasan koleksi komik-m ni....
lukisan dan cara warna bagus.
Wah, terima kasih En. StingRay kerana sudi melawat ke sini.
Lukisan dan cara warna bagus? (^_^)
Terima kasih saya ucapkan bagi pihak Komik-M.
Harap lepas ini apabila sudah perasan, belilah pula. Hehe.
yeay!!! sukanya saya dengan Komik-M (^0^)v
Kyrel, terima kasih kerana singgah ke mari dan menyukai Komik-M! (^_^)
sama-sama kak husna.... wah kak semakin tinggilah .. tahniah!!! (^0^)v
komik M best...paling syiok kartini hee..
tp yg baru2 pon best...
Kyrel, hehe, terima kasih! :p Haha!
M. Asyraf,
Yeah! Komik-M best! :D
tahniah~ tak sempat belek lagi buku-buku ini~ ini kali pertama saya ikut blog cik husna~
Post a Comment