07 March 2010

♥ PELIT ♥

Assalamualaikum, hai kawan-kawan! :love:

Apa khabar? Harap semua pengunjung blog ini sihat dan ceria sentiasa.


Maaflah kerana saya meninggalkan kalian agak lama. Saya berada di US sepanjang minggu lepas kerana melakukan pembedahan menambah ketinggian.


Silalah percaya jika rajin. T______T


Namun kini saya sudah kembali! Yeah! (^_^)v


Baiklah. Saya teruskan entri kali ini tanpa perlu merepek panjang kerana tajuk sudah tiada kejutan.


Atas permintaan ramai... saya mempersembahkan entri berkenaan...


*tepuk tepuk tepuk*

PELIT
, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula!

Secara asasnya, tulisan bagi kategori ini seperti penulisan diari ataupun blog. Memang ramai yang berbakat menulis sebegini, bukan? Sudah rasa ada pembaca yang tersenyum-senyum. He he he.

Di bawah adalah ciri-ciri PELIT:
  • Watak utama – perempuan ataupun lelaki (kanak-kanak/remaja/awal dewasa)
  • Tulisan berbentuk diari; catatan peribadi berkenaan kehidupan dan sebagainya
  • Menggunakan kata ganti diri pertama (aku/saya)
  • Penerapan unsur syariah (ini sudah tentu!)
  • Bahasa Melayu Tinggi (ini juga sudah tentulah, baby!)
  • Ada unsur humor (sama seperti genre SYOK!)
Ini pula formatnya:

Font
Times New Roman
Saiz
12
Line Spacing
Double Spacing
Saiz kertas
A4
Halaman
100 - 120

Setiap perenggan, tidak perlu buatkan spacing ya? Terus sahaja menulis dan hanya buat spacing antara perenggan apabila memasuki bab lain. Maka 100-120 halaman itu dikira sebegitu. Sekiranya setiap satu perenggan ada spacing, selepas kami buang spacing itu, tiba-tiba halaman tinggal 50 sahaja, kawan-kawan perlu tambah baki 50 itu ya? (^_^)

Senang cerita, PELIT ini tulis sahaja apa yang kita mahu tulis, asalkan sesuai dengan ciri-ciri di atas, selari dengan prinsip PTS dan ada moral. Sekiranya tulis kisah hidup seseorang dengan mendatar, tanpa apa-apa nilai tambah yang menarik, itu adalah PELIK ya... T_______T Siapa mahu beli?

Ha... sudah berminat?


Kepada yang berminat menulis PELIT bersama PTS One, marilah ikuti tiga langkah mudah di bawah:

Langkah 1:
Tulis sinopsis keseluruhan cerita. Tidak melebihi satu muka surat adalah sangat afdhal ya kawan-kawan.

Langkah 2: Berikan kami contoh bab (satu ataupun dua), mana-mana bab yang sudah dikarang oleh kawan-kawan.

Langkah 3:
E-melkan kepada kami di ptsone@pts.com.my.

Mudah, bukan?
(^_^)

Oh? Ada yang belum dapat tangkap?

Baiklah, baiklah.

Jangan bimbang, sayang. Simpanlah kembali garfu itu di dapur.

Sebagai contoh, marilah dapatkan dua produk baharu PTS One dalam kategori ini bermula pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010,19 Mac hingga 28 Mac kelak. Dua produk PELIT ini mampu memberikan kawan-kawan gambaran yang lebih jelas. Siapa tahu, dengan membaca kedua-dua buku ini, kawan-kawan mendapat lebih banyak idea yang lebih menarik dan lebih kreatif pula! Berapa banyak 'lebih' da... (~~,')



Diari Si Ratu Air Mata
Natasha Effyzal
(Penulis comel Sekolah Kampung?, Sekolah Menengah?,
Tempat Kedua? dan Tempat Pertama?)


Diari Mat Despatch
Bahruddin Bekri
(Penulis terhebat kategori SYOK! - Doa Untuk Aku,
Kita Hanya di Seberang Jalan, Puisi Untuk Nadina dan banyak lagi!)

Baiklah! Harap entri ini membantu kawan-kawan bagi mengenali apa itu PELIT. Kita berjumpa pada entri akan datang ya! Saya perlu memenuhi beberapa undangan menjadi model busana Muslimah. Yalah. Tinggi sudah bertambah, mustahil saya mahu menolak pula, bukan?

Jumpa lagi!!! \(^o^)/ Bye bye!

OH! NANTI DAHULU!

PTS ONE AKAN MUNCUL DENGAN
BEBERAPA KATEGORI BAHARU KELAK!

Selepas PELIT, apa pula?

Nantikan kemunculannya apabila ia mahu muncul. T____T

KAMI AKAN MENGGANAS!

Muahahaha!

Okey, okey. Bye.

13 comments:

Ainn Ngainon said...

Hebat husna....
Selamat berjaya...

Husna Adnan said...

Anim, terima kasih!
Semoga dengan sokongan daripada rakan seperti Anim, kami akan lebih berjaya!
BERUSAHA SEMUA! (^_^)

Shukri Mohd Ali said...

tahniah kepada PTS kerana mempelbagaikan genre penulisan kreatif (^__^)

tahniah kepada cik Husna juga kerana telah bekerja keras.

selamat mengganas! (opps...sesuaikah ucapan ini???)

.: Si BungaKopi : . said...

anim vs ain?
hmm

Ainn Ngainon said...

Oh...
Anim itu nama panggilan saya.
Ainn tu pun sama. Cuma, Ainn tu tak ada dalam IC. ( ^ c ^ )

ILHAM HAMDANI said...

Assalamualaikum,

Didoakan Cikpuan Husna sihat-sihat selalu!

Bab humor, masalah tu? Tolong bagi nasihat sedikit.

Saya memang merancang untuk menulis sebuah cerita kanak-kanak, tentang dunia bolasepak - maklumlah bulan Jun nanti: makan BOLA, tidur BOLA, minum BOLA.

Tetapi, bermasalah untuk menulis sesuatu yang humor, lawak dan jenaka. Mungkin, kalau ada kelapangan, dipohonkan cikpuan Husna dapat membantu.

Terima kasih.

Salam di angin selatan,
IlhamHamdani
Canberra, Australia.

Husna Adnan said...

Shukri, terima kasih!!! (^_^)

Bungakopi, ya, seperti yang dijawab oleh Anim. Hehe.

Tuan Ilham Hamdani,

Wa'alaikumsalam.

Saya doakan tuan juga sihat di perantauan.

Saya amat menyokong hasrat tuan!

Menulis humor dengan bergurukan saya umpama berguru dengan Oprah dalam membaiki kereta. T_____T Baiklah, baiklah. Entah bagaimana perumpamaannya. Haha! Baik, tuan! Semoga dipermudahkan! Saya pasti akan membantu mana yang saya dapat kelak!

Seronoknya dia di Aussie....

Rini Safiyyah said...

Assalamualaikum Cik Husna, moga dirahmati Allah selalu.
Berkenaan dengan genre PELIT (agak baru bagi saya), disebabkan ia merupakan penulisan diari, adakah travelog boleh dikategorikan sebagai PELIT juga? Saya sebenarnya berminat untuk cuba berkarya dalam genre terbaru ini tetapi dalam bentuk travelog, iaitu catatan kembara ke luar negara yang pernah saya lawati sebelum ini. Harap Cik Husna dapat memberi penjelasan.
Akhir kata, semoga PTS One akan terus melahirkan karya-karya yang terbaik pada masa akan datang. Terima kasih... ^^

rahmahmokhtaruddin said...

Salam..

Saya suka!

Husna Adnan said...

Wa'alaikumsalam Cik Ruzaini.
Ya, genre PELIT ini memang baru di Malaysia. Oh, cik mahu tulis travelog? Sebenarnya, memang menarik idea itu! Saya rasa travelog cik itu memang sesuai dengan PELIT, namun kriteria utama PELIT adalah humor. Sekiranya cik mahu cerita kembara cik ke luar negara, selitkan unsur-unsur humor supaya pembaca tidak rasa bosan. Sekiranya ada pertanyaan lagi, boleh e-melkan kepada saya ya. (^_^)

Cik Rahmah,
Wa'alaikumsalam,
Yeah! Terima kasih! :D

gina said...

salam kak, tumpang tanya. niat di hati ingin buat buku utk kanak2 umur bwh 10 tahun. formatnya ape yer?
format utk buku yg easy to read for kids.
tq in advance yer kak.
salam.

Husna Adnan said...

Salam Gina,

Formatnya seperti biasa, gunakan font Times New Roman, saiz 12, double spacing... cuma berapa muka surat saya tidak pasti. Boleh ajukan pertanyaan ke rasmawati@pts.com.my, ya. Good luck! :)

joo said...

Assalamualaikum, saya juga suka menulis PELIT. silahkan berkunjung ke blog saya catatankostkuburan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...