Apakah yang dipegang oleh saya dengan begitu teruja itu?
Adakah tiket wayang?
Tidak, tidak. Tiket wayang lebih kecil molek bentuknya.
Malah Bank Islam tidak mempunyai panggung wayang sendiri. T,T Baiklah...
Oh? Ya, ya. Saya ada dengar suara yang menjawab dengan tepat!
Yeah! Inilah cek royalti pertama saya!! Woohooo!! Alhamdulillah... (^_^)v
Wee woo wee wooo... *bunyi yang tiada tujuan*
Y__________________Y Apa kejadahnya pengenalan macam ini?
Royalti di atas adalah hasil tulisan buku ini:
Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membeli buku hadiah sempena hari guru ini. Oh~ sungguh terharu kerana layak menerima cek royalti walaupun jumlahnya tidak sehebat penulis-penulis lain, namun syukur kehadrat Ilahi kerana nombor-nombor itu adalah rezeki... alhamdulillah....
Al-kisahnya, buku ini dibuat bersama empat orang penulis, maksudnya lima penulis, termasuk saya. (^_^) Maka royalti buku ini dibahagi kepada lima. Apabila jumlah pada cek didarab dengan lima, masya-Allah... alangkah hebatnya jumlah royalti bagi buku ini, padahal buku ini kecil sahaja, malah karya di dalamnya lebih kepada karya suka-suka, supaya menjadi hadiah kepada guru tersayang, yang lain daripada yang lain.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pembeli. Juga terima kasih kepada unit PTS One dan para penulis bersama bagi buku ini. *wink wink*
Mengapa buat entri begini?
Kerana saya mahu ajak kawan-kawan lain supaya turut menulis buku sendiri kerana ini antara kegembiraan menjadi penulis. Walaupun duit bukan tujuan menulis yang utama bagi sesetengah pihak, namun tulisan yang diterbitkan pasti ada nilai bisnes. Maka mahu tidak mahu, pasti melibatkan jual beli.
Namun yang lebih memuaskan hati adalah apabila karya yang kita tulis itu, yang kita hantar kepada penerbit itu, memberi kebaikan kepada pembacanya. Itu adalah ganjaran terbesar, iaitu pahala menyebarkan ilmu.
Masih tidak mahu menulis?
Dapat wang. Dapat pahala (sekiranya ditulis dengan moral yang baik). Haaa...
Mahu cuba?
Hantarkan proposal karya kawan-kawan ke editorial@pts.com.my, dan akan ada editor bertugas menjawab e-mel terbabit. Sekiranya mahu terus hantarkan ke PTS One, boleh sahaja dengan menghantar e-mel ke ptsone@pts.com.my. Namun yang dihantar ke PTS One ini hanyalah genre fiksyen kanak-kanak, remaja dan dewasa ya.
Mahu tahu lebih lanjut, e-melkan pertanyaan ke alamat e-mel seperti di atas.
Okey, jumpa lagi ya! Assalamualaikum!
P/S: Oh yeah!! <- perlu ke? T_________________T
4 comments:
Wah!!! Tahniah, Husna! \(^o^)/ Proud of u =)
Harap lepas ni dapat baca karya penuh Husna pula. You have great talent in writing that its a waste if you didn't write more...hehe
Husna! Berusaha! (^___^)
salam.
wah, seronoknya! Hehe...setuju dengan cik Husna bahawa yang paling gembira tentang berkarya ialah bila karya kita dibaca oleh orang lain, dan orang dapat mengambil pengajaran daripada isi karya kita. ganjaran berupa material itu sekadar sampingan =)
Hmm...rasa-rasa mahu hantar sinopsis novel...bolehkan? =)
moga cik Husna ceria-ceria selalu!
patutlah sudah 2 malam berturut-turut mimpikan cik husna belanja saya makan Sate Kajang~ rupanya baru dapat cek~ malam ini kalau mimpi lagi, mudah-mudahan petunjuk rezeki kot~ ekekekekeeke~
K.A.A.,
Wah!!! Terima kasih kerana berbangga!! (^_^)
Insya-Allah... saya akan usahakan.
Doakan saya rajin ya! Hahaha!
Kamu juga, berusaha ya!! :D
Shukri,
Wsalam.
Emm!! Terima kasih! (^_^)
Haa... boleh, boleh.
Sudah tentu boleh hantar. Marilah!
Moga awak juga sihat selalu!
Tuan Juwone,
Hahaha! Insya-Allah, ada la rezekinya tu. Hehe.
Post a Comment