08 June 2010

Tajuk: Hujung Minggu Saya Yang Lalu

Assalamualaikum saya ucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian. Semoga hari Selasa yang berbahagia ini, memberikan seribu satu manfaat kepada kalian semua.

Apa khabar, rakan-rakan? Harap sihat-sihat sahaja. Mari doakan semoga saya cepat sembuh kerana batuk-batuk yang angkuh ini masih bermastautin di dalam diriku.

Baiklah.

Formal, bukan? Hahahaha!

Mungkin sudah sedikit gila kerana di rumah masih tiada talian Internet... wo... woo... wooo.... T______________T

Ini laporan seperti biasa. Tiada yang tanya, namun saya akan gigih laporkan juga. Terimalah dengan hati terbuka.

Minggu lepas, saya tidak dapat menyertai PTS One di Read Malaysia kerana tidak sihat yang amat sangat, dan batuk bertubi-tubi. Maka...

Aktiviti menarik yang pertama: Gagal.


Bagaimana pula dengan aktiviti menarik yang kedua?


Alhamdulillah... setelah berusaha menelan segala macam ubat-ubatan, hari Ahad itu saya mampu bangun dengan sedikit sihat walaupun masih batuk-batuk. Terima kasih duhai Tuhanku kerana memberikan saya peluang ke Melaka bersama keluarga tercinta.

Yang menariknya, saya tidak menemui pantai di Pengkalan Balak itu.

Ha ha ha. T,T

Adakah sudah berpindah?

Saya hanya jumpa Tanjung Bidara.

Adakah pantai di Pengkalan Balak itu adalah Tanjung Bidara?

Ataupun itu adalah dua pantai yang berbeza?

Maaflah... saya sering corot dalam mata pelajaran geografi... wakaka. Jadi agak kurang mengambil perhatian berkenaan hal ini, kerana yang paling penting, saya berjaya melihat laut. (^o^) Wooohooo! Sejuk sungguh angin di Tanjung Bidara itu. Namun oleh kerana hari sedang terik, maka tidak mungkinlah berjemur dengan megah. Nanti Naomi Campbell hilang mata pencarian.


Posing memang perlu seakan-akan mahu
menyertai rancangan 'Gadis Melayu'.

Selepas puas melihat laut, kami pun berganjak pulang. Namun kakak saya masih mahu berjalan-jalan, maka dia mencadangkan supaya kami ke...




A'Famosa Resort!!! ^______________^


Ya, benar sekali. Ini pertama kali saya ke sana, malah pertama kali juga mengetahui kewujudannya. Hahaha! Semasa kakak saya ajak ke sana, saya hanya menuruti tanpa sebarang jiwa kerana tidak tahu apakah itu A'Famosa Resort. Namun kami hanya ke Animal World kerana sudah petang dan berpakaian ayu pula.

Seperti yang dijangka, tengok harimau, singa, beruang, monyet, ular, buaya, rusa, kerbau, lembu, seladang, kancil, burung, ikan dan sebagainya. Namun saya tidak jangka yang saya dapat menggenggam anak-anak ayam!!! Hahahaha!

Comel sangat, bukan?!


Serius geramlah bermain dengan anak-anak ayam itu! Bulu mereka sangat lembut!!! Saya memang sangat mahu memegang anak ayam kerana kelihatan menggeramkan. Tidak sangka pula pergi ke Animal World adalah impian yang menjadi kenyataan. Hahahaha! Hahahaha! (Gelak dua kali bagi menandakan hati yang sangat puas.)

Bukan itu sahaja. Satu lagi impian saya juga menjadi kenyataan di sana.

Hahaha! Dapat memegang unta yang gemar tersenyum.
Seksi bibir kau, Ta. (Siap ada nama manja) =D


Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Allah atas peluang ini, kepada emak yang menaja tiket masuk, kepada kakak yang memberi idea bernas, kepada pemilik A'Famosa Resort, kepada para penjaga haiwan kerana mereka kelihatan sihat dan gemuk, kepada haiwan-haiwan yang menunjukkan mereka sihat dan rela digemukkan, serta kepada semualah yang terlibat!

Maka, sekiranya kawan-kawan ada sedikit duit yang tiada tujuan penyimpanan dan rasa agak bosan, bawalah mereka yang tersayang ke sini. Banyak aktiviti menarik! Saya juga kalau ada peluang lagi, mahu ke bahagian lain pula kerana sangat besarlah di dalam itu. (^_^)

Namun saya kurang senang melihat pertunjukan gajah yang kami tonton sebelum pulang. Saya lihat cara penjaga gajah yang bukan dari Malaysia itu kerap kali mengkasari gajah-gajah itu, terutama apabila gajah itu gagal lakukan rutin mereka. Saya tengok sambil berkerut-kerut. T,T Kasihanlah... huhuhu. Harap mereka dijaga dengan baik walaupun tetap gemuk.

Sekian, terima kasih.

Eh, saya juga berharap hari minggu kawan-kawan yang lalu berjalan dengan lancar, dan kamu, kamu serta kamu sentiasa sihat sejahtera.

Baiklah, jumpa lagi!

P/S: Hey, memang tak mahu tanya lagi berkenaan bahasa ya? Apa beza riak dan riyak? Ha... apa beza? *emo*

6 comments:

Riha J said...

Haha. Betul juga ya.

Apa beza riak dengan riyak?

Dan

apa beza ya dan iya?

:D Tolong jawab yee cik yang comel. :P

Juw-one said...

mahu bawa cik husna saja lah~ boleh?? tapi cik husna belanja? bernas tak idea saya?? hahahaa~

Azmir Ismail said...

la kesiannya .. nasib baik saya tak pergi Read hari Sabtu lepas .. lagi pun, kalau pergi hari Sabtu pasti ramai orang.

Menarik juga A Famosa .. :) Byk juga telah mereka buat ye ....

Shukri Mohd Ali said...

salam.

hahaha...memang hujung minggu yang comel.

membaca catatan ini seolah-olah anda terbawa-bawa ke sana. huhu... T___T (bilakah saya akan dapat berjalan-jalan???)

Adlie Syamsudin said...

Sayangnya Cik Husna tidak berjumpa dengan Pangkalan Balak. Kalau tidak pasti Cik Husna berpeluang memegang penyu!

Di sana ada sanktuari penyu yang tidak ramai tahu kewujudannya. Ada seperti muzium kecil dan yang paling penting, ada kolam penyu. Penyu-penyu yang dibela itu jinak dan boleh diusap seperti kucing.

Andai kata mahu ke A'Famosa lagi, carilah pantai Pangkalan Balak sampai dapat.

Husna Adnan said...

Cik Riha,
Hehe. Baiklah.

Riak - adalah ekspresi wajah yang berubah kerana sesuatu situasi, dan juga boleh digunakan pada permukaan air yang dikocak-kocak.

Riyak - sikap takbur yang sangat dilarang dalam Islam.

(Ini adalah definisi saya sendiri. Mahu tahu lebih tepat, boleh semak di Kamus Dewan, heeee.)

Ya - benar, betul.
Iya - ejaan yang salah bagi 'ya'. :D

Harap dapat membantu! (^_^)

Tuan Juwone,
Hahaha! Kurang bernas di hujung ayat itu... hahahaha!

Tuan Azmir,
Ya... pasti agak ramai orang.
Emm!! Memang menarik! :D

Shukri,
Wsalam.
Hujung minggu yang comel? Hahaha!
Terima kasih!
Saya doakan semoga awak dapat berjalan-jalan ke sana kelak! :D

Tuan Adlie,
Woooooooo... boleh pegang penyu?
Hebatnya!!!
Baik!! Insya-Allah, akan sambung pencarian itu. Terima kasih ya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...