Haaa... takut tak? Hahaha tak pasal.
Assalamualaikum semua. Hai hai hai! (^_^)
Entri kali ini sekadar menguar-uarkan aktiviti pada hujung minggu ini pula. Saya memang suka beritahu walaupun tiada yang kisah. Lucu, bukan?
Baiklah. Saya masih belum sembuh daripada batuk-batuk yang mencengkam jiwa dan raga, terasa seperti ditusuk kuku helang setiap kali ia menyerang, namun harap saya dapat melakukan dua aktiviti menarik pada hujung minggu ini. Terimalah....
Aktiviti menarik yang pertama:
Hari ini sudah bermulanya pesta buku Read Malaysia di MIECC, The Mines. Boleh lirikkan mata anda yang cantik itu ke banner di sebelah kanan anda. Tahun ini PTS tidak buka booth, namun buku-buku PTS akan dijual melalui pengedar yang hensem iaitu pihak Gramedia. Daripada gosip liar yang didengari, diskaun yang diberikan adalah 20%!!! Wow gitu! Marilah memborong buku di sana ya.
Bagi memeriahkan suasana, PTS One dijemput mengisi ruang pentas aktiviti pada hari Sabtu (esok) jam 2 hingga 4 petang bersama para penulis Kisah Si Puteri seperti Aizam Aiman, Natasha Effyzal dan Iman Qaisara. Ada permainan puzzle, mewarna dan bercerita. Sesiapa yang mahu turut serta, marilah ya. Bawa adik-adik, anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak sekali juga boleh.
Aktiviti menarik yang kedua:
Akan ke Melaka sekali lagi pada hari Ahad ini. Wahahahaha! *gelak dengan tawaduk hingga batuk menyerang bertubi-tubi dan menakutkan anak jiran*
Kali ini bersama keluarga bagi memenuhi jemputan walimah di Pengkalan Balak. Haaa... kepada pemberi komen pada entri lalu iaitu Tuan Aku Azman @ Saiful, saya akan ke sana Ahad ini!!! Wooohoooo! Mari lihat keindahan di sana pula ya, Husna? Ya? Ya? Yalah.
Ini antara gambar yang muncul apabila klik imej 'Pengkalan Balak' di Google. Adakah benar semua ini? Adakah sebegini indah? Harap tidak mempermainkan perasaanku yang rapuh ini. Oh~
Baiklah. Sekian sahaja laporan daripada saya. Semoga kawan-kawan juga menggunakan hujung minggu ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan anggap tidur dan makan sambil menonton DVD cetak rompak itu sesuatu yang hebat, kerana pada waktu itu, saya sedang berjalan-jalan di The Mines ataupun Melaka. Tidak rasa tergugat??! Bangkitlah wahai anak bangsaku.
Pembaca baharu: T,T poyo la kakak ni...
Pembaca lama: Inilah yang kami perlu hadapi sejak bertahun yang lalu.
Penulis blog ini: Bertabahlah....
P/S: Sekarang terpaksa menghadapi ketiadaan talian Internet di rumah kerana encik petir sudah memanahnya hingga tidak berfungsi. Maka agak berusaha kemas kini blog di pejabat. Segala surat-menyurat adalah amat dilayan. T___________T Zaman Hang Tuah ke apa ni??! Internet!!! Kembalilah kepada diriku!!!
6 comments:
Salam.
adakah bergotong-royong kemudian duduk mengarang selama berjam-jam di hujung minggu adalah tidak hebat? hehe...
selamat berhujung minggu yang hebat!
mari sama-sama kita pergi berenang~ sambil bersenam sambil cuci mata..~! wakakakakaka~ gurau saja cik husna~
~juwone firefox~
hehe.riang tol cik husna nih.
macam anak rama2
jgn terlalu teruja bg aktiviti kedua kamu..biasa ajo..mcm pantai2 yg lain tp much2 better dr PD!!tp klu kamu seorg yg gile pantai yg gile kan kedamaian yg gilekan bunyi deruan ombak, pasti teruja (klu ye plss jgn tego aku klu bejumpa ye..ahaks!)
Shukri,
Wsalam. Wah, aktiviti awak juga hebatlah! :D
Selamat berhujung minggu!
pirate's crackerx @ juwone firefox,
La... ini Tuan Juwone ke? Hehe. Maaf, saya kurang alert la.
Ui... pergi berenang. Takutnya nak cuci mata guna air renangan. Haha!
Mohd Ali Bin Idris,
Hehehe. Anak rama2 eh? Haha!
Terima kasih.
Dayah,
"much2 better dr PD"
Hey, itu sudah cukup bagus! Haha!
Wah, ko pun ke sana ke? Ish, ish.
hahahhaha~ itulah saya cik husna~ hehehehe~ kenapa mesti takut dengan air renangan??? ada penyakit kulit ke? kekekekekekke~ selamat berhujung minggu~ :)
<3 <3 (mahu cuba love pula)
Post a Comment