29 January 2012

Oh, begitu!


Assalamualaikum.

Perkara ini sebenarnya saya pernah terbaca, dan agak faham,
namun selepas bertanya sendiri, barulah saya benar-benar yakin.

Klik gambar bagi membaca dengan lebih jelas.

"Kita juga akan mendapat dosa sekiranya dalam gambar yang kita upload, ada wanita yang tidak bertudung ataupun menampakkan lengannya."

Maksudnya, tidak menutup aurat dengan sempurna.

Bukan sahaja wanita, gambar lelaki yang nampak aurat pun sama.

Walaupun soalan di atas bukanlah diajukan kerana blog ini, tetapi saya tetap memantau kembali semua entri. Mana yang ada gambar saya, mahupun kenalan lain yang nampak aurat, saya terus buang. Alang-alang melakukan pembersihan blog, saya save as draft juga mana-mana entri yang tidak berfaedah. Entri-entri perkahwinan pun saya jadikan draf, kerana ada gambar kenalan yang tidak sesuai dipertontonkan. Hendak buang gambarnya, sayang... huhuhu. 

Kepada kenalan yang terlibat, saya memohon maaf sangat-sangat. Semoga Allah juga ampunkan saya atas kelalaian sebelum ini, dalam menjaga aurat sendiri. Mana yang terlepas dalam carian Google pun saya mohon diampunkan. Itu di luar kemampuan saya. Sekiranya mampu, semua pun saya mahu buang. Huhuhu. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik pada masa hadapan, insya-Allah. Semoga sempat, sebelum saya meninggal dunia. Amin... amin.... 

(Mohon jasa baik juga, sekiranya ada gambar saya yang ternampak lengan dan sebagainya dalam ruangan maya kawan-kawan, bantu saya buangkan gambar itu, ya. Terima kasih sangat-sangat.)

Okey, sebelum berpisah, ini antara gambar-gambar di UiTM Lendu, Melaka, semalam. Sangat penat sebenarnya pandu kereta sendirian dari Kajang ke Melaka dengan keadaan begini, tetapi alhamdulillah ada kawan-kawan yang sudi apit saya di depan dan di belakang. Bagus juga bawa kereta sendiri, kerana waktu pulang, haluan berbeza-beza. Tak adalah saya menyusahkan sesiapa sekiranya menumpang kan. Apa pun, seronok juga semalam. Dapat berkenalan dengan senior dan junior yang tidak pernah kenal. Dapat jumpa para pensyarah yang sudah lama tidak ketemu juga! (^_^)

Sempat singgah makan asam pedas sebab rakan saya itu teringin sangat nak makan.
Walaupun saya sudah makan di fakulti, dan ala-ala tak nak makan lagi gitu, 
habis juga semua ini. Kahkahkah. 

Dua wanita anggun itu adalah supersenior saya. Alkisahnya, yang berbaju biru itu, adalah penulis PTS One juga. Namanya Nazrie Haslianie, antara penulis 'Bacakan Saya Satu Cerita', dan juga sangat aktif hantar cerpen-cerpen untuk Remaja@PTSOne dulu. MALAH! Saya pernah berutusan e-mel dengan dia! Baru sekarang kenal, hahaha! Kecil dunia. 


Jumpa lagi!



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

8 comments:

Anonymous said...

Jadi video perkahwinan kak husna perlu buang jugalah. Ramai kot yang tak tutup aurat. Phiu~ ^^

Asilah Bunana said...

Saya ni pula...tidak konsisten. Sejujurnya, saya belum sepenuhnya menutup aurat, masih longgar di sana-sini tetapi apabila mahu upload gambar di mana-mana, saya mahu kelihatan sempurna seperti bila saya ingin menunaikan solat. Saya akan naik angin bila kawan sesuka hati upload gambar-gambar yang saya tidak berkenan! Saya juga tidak pernah upload gambar teman-teman yang tidak menutup aurat --memang sejak zaman sekolah lagi saya sudah was-was. Malahan, ketika disuruh kawan untuk menangkap gambar mereka pun saya akan pastikan mereka menutup aurat betul-betul. Tetapi hari ini, saya terlibat 'for free' dalam bidang penyuntingan dan penterjemahan video (drama), saya tidak pastilah bagaimana pula. :')

Husna Adnan said...

Selo:
Aah, memang nak buang link tadi.
Lupa pula. Terima kasih.
Sudah dibuang. :)

Cikpuan Asilahnour:
Semoga istiqamah. ^_^

Anonymous said...

Klip di page myshotwedding pula bagaimana? Harr...harr...>,<

Husna Adnan said...

Itu di luar kemampuan saya.
Mana yang saya mampu, saya sudah buang. :)

QueAe said...

Kak Husna , sy cadang next time nak upload gambar, teliti dulu then edit - blurkan mana2 yang patut. sy selalu guna cara ni (tapi sebab malas biasanya crop saja =,=)

Shukri Mohd Ali said...

muhasabah diri :)

Husna Adnan said...

QueAe:
Sejak kahwin, memang teliti, cuma gambar sendiri saja. Hehe.
Sekarang, mungkin dah hampir sebulan, baru tengok-tengok sekeliling gambar.
Saya crop, ataupun tambah rama-rama macam dalam entri itu, hehe.

Shukri:
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...