01 September 2014

Vendor Concept Boutique

Disalin dari status FB saya, pada 29 Mei 2014.

Minggu lepas, semasa berurusan dengan pembekal, mereka bertanya di mana saya membuat jualan. Jawab saya, saya menjual di butik sebagai vendor; dan online. Waktu itu mereka berpandangan sesama sendiri. "Vendor itu apa?"

Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan siapa pengasasnya, tetapi butik berkonsepkan vendor ini pada awalnya (dalam pengetahuan saya), banyak di Shah Alam. Kini ia merebak ke Bangi, Melaka, Johor, Perak, dan boleh katakan hampir setiap negeri di Malaysia sudah mula membuat konsep sebegini.

- Berniaga secara berjemaah di bawah satu bumbung.

Sebagai contoh, Afeeya Bella adalah salah seorang vendor daripada LIMA PULUH vendor lain di The Sisters Boutique (yang akan saya tulis sebagai TSB sahaja selepas ini) Ya, 50. Bermaksud ada 50 online shop kini beroperasi secara fizikal di situ. Afeeya Bella mengisi slot pakaian wanita, dengan sewa RMxxx sebulan. Sewa ini bergantung kepada pemilik butik. Ada RM200, ada RM250, ada RM300, ada RM350, ada RM450, malah ada yang lebih tinggi daripada itu. Slot pakaian / hijab biasanya slot paling 'mahal' dalam sesebuah butik. Slot makanan dan aksesori biasanya lebih 'murah'.

Okey, rasanya tuan & cikpuan sudah mendapat gambaran bagaimana konsep vendor ini diaplikasikan. Pemilik butik menerima bayaran sewa dari para vendor setiap bulan. 


KELEBIHAN (mengikut pengalaman saya):

Paling berharga apabila menjadi vendor sesebuah butik adalah, NETWORKING. Saya tidak ramai rakan peniaga, jadi apabila menjadi vendor, saya berkenalan dengan ramai peniaga, dari segenap umur. Ada yang 'otai' - sudah punya puluhan ribu pengikut Instagram. Ada juga yang baru membuat akaun Instagram, hanya selepas menjadi vendor di TSB.

Pemilik butik membuat group khas bagi mengumpul para vendor di WhatsApp / WA (ini juga terpulang kepada pemilik butik. Ada butik yang tidak mempunyai group vendor.) Kelebihan membuat group WA adalah ini: networking - silaturrahim. Kami berkenalan, berbual, dan saling membantu di dalam group itu. Akrab seperti sudah lama kenal. Pada yang gemar berkongsi, saya diajar bagaimana berurusan dengan pembekal dari China, siapa pembekal plastik membungkus pesanan, dan 1001 proses bisnes yang selama ini ada yang saya tidak tahu!

Kedua, promosi percuma. Pemilik butik (yang biasanya ada media sosial seperti Instagram dan Facebook), akan mempromosikan barangan kita pada setiap media sosial kepunyaan mereka. Ini satu proses timbal balik. Mereka perlu mempromosikan barangan di butik demi menarik para pengikut media sosial mereka untuk datang ke butik, para vendor juga sebaiknya mempromosikan barangan sendiri dan tag / hashtag nama FB / Instagram butik. Malah ada butik yang menggunakan media majalah bagi mempromosikan butik dan para vendor.

Ketiga, seperti fitrah memiliki butik fizikal, jualan tetap berlangsung di butik walau ketika kita bercuti, tidak sihat, dan yang sewaktu dengannya. Staf di butik akan menguruskan pembelian koleksi kita apabila ada pelanggan. Beg plastik dan khidmat staf jualan semuanya disediakan oleh pemilik butik. Ini paling best memandangkan saya masih belum punya dana mengupah pekerja hehe. Jualan di butik ada yang uruskan, jualan online saya uruskan seperti biasa.

Saya rasa seperti ada lagi, boleh utarakan pertanyaan di bahagian komen.



UPDATE 25 JAN 2015: BAB KELEMAHAN, SELEPAS BERFIKIR PANJANG, SAYA TIDAK MAHU ULAS SEKARANG. Mungkin terus tidak ulas, ataupun ulas nanti-nanti. Mohon maaf! 

13 comments:

Sisserene Hijab said...

Assalamualaikum. Terima kasih di atas sharing ni. Saya pon tengah cari info pasal vendor boutique ni. Saya berminat. Tapi taktau macamana nak mula. Apa yang patut saya buat

Husna Adnan said...

Sisserene Hijab:

Wa'alaikumussalam. Sama-sama. Sis boleh cari di Instagram pada bahagian hashtag. Cari vendorboutique, atau vendorwanted. Boleh browse tiap IG yang iklan tu. Semoga berjaya!

AiRa DeSiGN said...

Husna Adnan:

Thanks for your advise... Saya pun sedang mencari-cari vendor boutique ni... Thanks again...

Sayang Susu Ibu said...

Assalamualaikum :)

Untuk yg berminat untuk join vendor, boleh whatsapp ke 0122246147 tq.

nisa said...

sis husna, sy baru nak mula, bole tolong ajar..tq :)

Anonymous said...

Assalam sis..mcm mana ye dgn keuntungan vendor? Kat mane ye dpt untung?

Arriff Jalal said...

Assalam Husna Adnan. maaf bertanya.awak ade vendor boutique atau awak vendor dimana2 vendor boutique.?

d' sasha enterprise said...

Mcm mana nak joint. Lokasi kat mane?
Whatsapp 0164419194

Muni said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya, pemilik kedai biasa ambil untung tak dari barang2 vendor? Terima kasih.

VendHouz Boutique said...

Salam, saya vendor butik area shah alam, sekiranya berminat anda boleh hubungi Lin 0163066854. Kami tidak mengenakan sebarang komisyen, 100% keuntungan adalah milik anda.

sweetypie said...

Saya Baru nk bukak vendor butik di Shah Alam. Boleh tolong ajar saya

Unknown said...

Saya br nak bk boutique..mcm mn ye cara nak buat vendor ni.0194341976

izz danish said...

#VENDOR DIPERLUKAN
#SEWA SERENDAH RM50 SEBULAN
#BOLEH LETAK PELBAGAI BARANGAN
#KONTRAK PERCUBAAN 3BULAN
#TIADA DEPOSIT

BERMINAT SILA WHATSAPP SAYA 0125848992
TQ..

#LOKASI:ATAS KEDAI KASUT LETS GO,
SEBELAH BILLION SERI ISKANDAR PERAK.
BOUTIQUE,SALUN MUSLIMAH,SPA,KEDAI JAHIT & MINI CAFE....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...