Entri ini dilabel 'Bebel Ibu', maka ini adalah entri khas untuk para ibu.
Assalamu'alaikum.
Assalamu'alaikum.
Pasti ramai para ibu kenal jenama Baby Bullet, kan?
Ya, inilah set pengisar Baby Bullet yang digembar-gemburkan itu.
Dua bulan sebelum Afia berumur enam bulan, saya selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, sudah rasa cemas-cemas ayam. Alamak... macam mana nak buatkan makanan Afia nanti? Nak beri makan apa dulu? Nak kena pergi pasar selalu ke? Berapa bajet seminggu demi membuat makanan Afia? Bagaimana kalau Afia tidak suka makanan dia? Adakah aku kena habiskan makanan dia? Aaaaaaaaaaand such.
Maka selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, gigihlah belajar sana sini, Google, beli buku resipi, baca artikel pemakanan bayi, masuk macam-macam group di FB - semua demi tekad memasak makanan Afia dengan tangan sendiri. Saya berimpian, satu hari nanti, dengan langkah-langkah kecil ini, saya sekali gus pandai memasak yang hebat-hebat juga, seperti kari, gulai, masak lemak, asam pedas, rendang, dan lemang. Lemang? Pun boleh.....
Kemain gambar 'pecah'.
Perjalanan belajar memasak ini, menemukan saya dengan Baby Bullet, atau kita singkatkan dengan BB sahajalah, ya. Rajinlah puleeeeeeek nak dok eja banyak kali kheeeen. Maka saya belilah BB. Bukan sahaja comel, malah dengan harga mampu milik, dapat macam-macam!!!
BB ada dua jenis - menurut penjual itu. Ada set original, dan yang [entah mahu tulis sebagai apa. AP boleh guna tak? Kiranya....] selain original. Set original seperti pada gambar pertama tadi. Banyak gila barang-barang yang kita dapat. Harga semasa waktu saya survey lebih kurang RM300++.
Yang saya beli set selain orginal, RM150 sahaja. Ha... mata bersinar terus!
Ini semua yang ada dalam set selain original.
Nasib saya, BB sampai ke rumah dua bulan selepas saya tempah, iaitu semasa Afia sudah masuk 7 bulan. Huuu... maka sepanjang hampir dua bulan itu, saya tapis sendiri, dan kisar makanan Afia guna pengisar kepunyaan emak. Teruja pun sudah hilang, sebab terasa saya boleh hidup tanpa BB yang comel. 😌
Saya sempat guna lebih kurang tiga kali, sebelum saya kembali menggunakan tapis dan pengisar kepunyaan emak.
Berikut adalah dapatan selama tiga kali guna itu.
Yang Best:
- Saiz yang comel, mudah disimpan dan dikemas semula selepas guna.
- Pengisar dan bekasnya senang dibasuh. Ia sebenarnya berasingan. Tidak sukar membersihkan pisau pengisarnya berbanding pengisar biasa. (Gambar bawah, yang saya tunjuk guna anak panah merah itu boleh dibuka.)
- Tray (gambar bawah) adalah best! Senang keluarkan puri yang dibekukan. Macam keluarkan ais, gitulah.
Yang Kurang Best:
- Dapat kisar dua tiga kali sahaja, selepas itu macam ada bau terbakar dan terus tidak bergerak. Namun bukan rosak. Lain kali cuba, boleh gerak lagi. Tetapi selepas dua tiga kali kisar, bau hangit muncul, dah tak gerak.
- BB tidak akan bergerak sekiranya kita tidak tekan penutupnya. Maksudnya BB tiada butang on - off. Tekan bekas pengisar, baru BB berfungsi. Ini agak sukar bagi saya yang sambil tunggu makanan dikisar, nak basuh pinggan ke, nak tengok Afia buat apa ke....
- Kisar sayur ataupun buah yang sudah dikukus atau rebus, memang senang. Tetapi apabila nak kisar ayam yang sudah direbus, jenuh menunggu. Sebabnya pisau pengisar BB tidak ada gerigi tajam. (Atau adakah sebenarnya memang tidak boleh kisar ayam atau daging guna BB? Haha! Aku main belasah saja, nok!)
Kesimpulan daripada entri ini adalah...
BELI BABY BULLET SET ORIGINAL. Haha! Saya pun tidak pasti sama ada semua masalah ini berpunca daripada ketidakoriginalan BB itu, ataupun memang teratai layu di tasik madu. Tengok pada video di Youtube, BB sebenarnya boleh kita tinggalkan semasa ia mengisar. Tetapi BB yang saya beli adalah tidak boleh. Huu... manja sangat. Menyampah.
Okey, jumpa lagi!
P/S: Oleh kerana saya dan BB kurang serasi, saya sudah jual BB saya. Wakaka. Saya sudah terangkan sisi kurang best BB yang saya beli, namun ibu tersebut mahu beli juga. Harap hanya saya yang kurang bernasib baik.
P/S lagi: Duit hasil menjual BB, saya rancang mahu beli pengisar baru, tetiba semalam emak kemas dapur, terjumpa --- bukan satu, bukan dua --- tetapi TIGA pengisar yang tidak pernah digunakan. Siap masih dalam kotak. Hayoooooh nasib baik belum beli baru. Yahuuu!
Disclaimer: Semua gambar adalah ihsan Google.
Disclaimer: Semua gambar adalah ihsan Google.