30 April 2012

Kisah PBAKL

Assalamualaikum. High-low! (Helo!)

Semalam Encik Suami bersama adik bongsu saya dan abang ipar sudah mengeluarkan diri mereka ke PWTC demi menyertai kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Adakah saya berasa cemburu? Tidak, tidak. Saya tidak cemburu. Malah saya yang cadangkan supaya dia mengajak para jejaka itu, memandangkan rasa kasihan yang tiada tolok bandingan kepada dirinya yang asyik berada di rumah demi menjaga diriku yang tidak dapat dipastikan bila waktu sakitnya. Haha! Tetiba macam nebes. 

Baiklah. Seperti yang dirancangkan, sudah tentu booth PTS yang menjadi booth pertama yang mereka terjah. 


"Sesak!" katanya, semasa membuat panggilan telefon kepada isterinya yang sedang berbaring penuh nikmat di hadapan televisyen, ditemani Duyuk dan Bubu.

Hari Ahad. Apa lagi yang mahu dijangkakan, bukan? 

"Tabahlah...," balas si isteri lalu ketawa terkekek-kekek. Okey. Berhentilah buat novel di sini. Tidak menarik pun. T_T

Disebabkan terlalu sesak, mereka balik dalam jam 1.30 petang. Sangat tidak berdarah muda mereka bertiga ini, kerana tewas terlalu awal! Namun mereka tidak terus pulang ke rumah. Mereka bertiga sudah berjimba memakan Subway di Viva, sebuah kompleks membeli-belah di Cheras, dan disusuli dengan menonton The Avengers 3D. *nangis sikit dalam hati...sikit saja........*

Ini hasil tangkapan beliau semalam.

1. Koleksi Lambok yang lawak gila. T_T_T_Tangisan dalam ketawa.
2. Lawak Sekolah oleh Aman yang hebat, percuma novel comel.
3. Big Nate, siri kegemaran beliau yang dikatakan lucu dan best. 
4. Jimi dan Raksasa Misai, Siri Buku Conteng pertama daripada PTS Pop.
5. Dan... Misi 10A Plus, karya mereka sendiri. (Naskhah penulis belum dapat.)

Oleh sebab buku yang saya kirim tidak dapat dibawa pulang atas kesesakan yang berlaku, maka saya menempel sahajalah apa jua yang beliau beli. Sudah tentulah... buku pertama yang saya baca adalah....

(=^_________^=)

Kamu-kamu pasti tidak dapat bayangkan betapa saya LANGSUNG tidak dibenarkan membaca komik ini semasa pembikinan, walaupun segala-galanya berada dalam laptop dia. Kekadang semasa dia sedang tidur, rasa macam nak godek secara rahsia. Hahaha! Namun sebagai Husna yang baik, saya berjaya menahan diri, hingga ia terbit sekarang. *gosok kepala sendiri sambil blushing*

Komen saya:
Secara jujur tanpa prejudis, selepas membacanya dengan agak pantas namun teliti, saya dapat katakan, 'Misi 10A Plus' adalah lebih baik daripada 'Misi 10A'. Best! Puas hati. (Maaf ya kepada para peminat 'Misi 10A'.) 'Misi 8A' dalam liga berbeza walaupun dalam siri yang sama, jadi saya tidak akan bandingkan. 'Misi 8A' sudah dihabiskan dengan baik, hingga mengalir air mataku... oh oh~


Syabas dan tahniah kepada Nazry atas penulisan yang baik, dan juga Afiq kerana skil melukis kian bagus. Juga kepada Tuan Amykamen, kerana mewarnakan dengan cantik, walaupun produksi yang amat singkat. Syabas kepada semualah! Kepada tim Komik-M, PTS Pop, dan semua yang terlibat.

Oh ya. Setakat yang saya baca dengan pantas itu, tiada kesalahan ejaan. Sekiranya mata saya tidak silaplah. Satu kriteria yang bagus, supaya pembacaan tidak terganggu. Senang cerita, sekiranya mahukan kepastian, kena beli dan bacalah! *angkat angkat kening*


Kepada yang sudah baca, atau yang akan baca, ini sedutan muka surat akhir. Tiga muka surat terakhir diletakkan lirik lagu berbahasa Inggeris. Sebagai seseorang yang mengetahui nada lagu itu, rasa sebak mengiringi pemergian Abang Zack. (Y_Y) Jadi di bawah saya sertakan lagu itu, supaya semua yang membaca, terjebak untuk sebak bersama-sama semasa membacanya. Sekiranya tidak sebak, sila bersurai dengan segera.


Ini friend-art daripada Tuan Ezaddin. Tuan Ezaddin ini sangat berbakat dan humble, tahu? Dia adalah salah seorang pembeli dan pembaca 'Kawanku Panda' juga. Komen daripada beliau sangat teliti, dan amat saya hargai. Gambar di atas adalah Aizad, Zahid, dan Nasya, adik Zahid. Cantik, kan? =D

Di bawah pula adalah... he he he. Sila teka sendiri. Tidak mengapa, biar saya berikan jawapan. Ada penampilan khas daripada Tuan Fadhli Hamdan. Ya, buku 'Jimi dan Raksasa Misai' itu karya beliaulah. Yahuuuuuuuuu!


Kesimpulannya, secara peribadi, buku 'Misi 10A Plus' adalah treasure bagi saya. Di dalamnya ada cerita yang bagus, ada artikel yang berguna, ada penampilan insan-insan yang saya kenal dan kagumi, ada kisah Abang Zack yang sangat menarik. (Siapa Abang Zack, Abang Zack dari tadi ni? Hahaha! Belilah. Dapat kenal Abang Zack yang misteri itu.)

Harganya hanya RM8.90. Berwarna sepenuhnya.
Sekiranya mahu murah, beli di PBAKL sekarang! Ada diskaun!
*Namun stok selalu habis, huhu. Alhamdulillah. Eh macam buku aku pula.*



Sekarang... kita ada isu baru. Memandangkan keadaan yang sesak hingga Encik Suami itu tidak sempat membelek buku dengan tenang dan berlama-lama di PWTC demi berjumpa rakan dan para pembaca, beliau sudah mengajak saya pergi, sekali lagi. T_T Saya sedang dalam dilema. Saya pasti kaki akan membengkak, dan badan akan sakit-sakit, namun saya berasa kasihan. Deep down in my heart gitu, memang rasa mahu pergi juga. Adakah saya mampu?

Memandangkan esok cuti umum, kami akan cuba mencari baju yang sesuai dengan saiz terbaru saya, kerana semua sudah tidak muat. *pitam* Janji saya kepada dia, sekiranya jumpa baju yang sesuai dan selesa, saya akan temankan dia ke PWTC. Dan sekiranya jumpa, hari Rabu kami akan terjah PWTC.


UPDATE TERKINI: 'KAWANKU PANDA' CETAKAN KEDUA SUDAH MASUK STOR! YIPPA! Semangat berkobar-kobar sudah mula meresap ke dalam jiwa. =D

P/S: Esok Afiq akan bertolak ke PLKN di Negeri Sembilan. Semoga semuanya best belaka.



25 April 2012

Pengorbanan Manis


Assalamualaikum. Hai, semua.

Boleh bayangkan tak, perasaan apabila kita terpaksa abaikan segala timbunan coklat yang sudah dibeli, kerana perut sudah penuh dengan piza, ataupun ayam KFC, namun tetap memandangkan coklat itu seolah-olah tarikh luputnya akan tiba dalam masa 10 minit? 



Dapat bayangkan tak dilema yang melanda? 

Perasaannya macam... kalaulah perut ada zip, haruslah zip itu dibuka, dan sumbat segala coklat yang lazat itu, dan minta sesiapa tolong pijakkan perut kita supaya zip dapat ditutup kembali dengan kemas.

Seriously, saya pernah terfikir situasi di atas.

Hakikatnya, kita memang tidak mampu nak menyumbat sebarang makanan, sekiranya perut sudah penuh. Bimbang kelak hanya mengundang tabiat Bulimia, yang amat merugikan itu. Sedih~ T_T Lega memang lega, tetapi tetap berasa sayang kerana akhirnya yang kenyang adalah....

... ini budak.

Cerita di atas adalah adalah sebuah analogi pedih yang saya sendiri pilih, demi kemaslahatan diri sendiri, dan masa hadapan.


Sepatutnya pada tarikh di atas, saya berada di situ, bersama Tuan Nazry Salam demi mempromosikan novel masing-masing. Namun tahun ini bukan rezeki saya, kerana saya terpaksa menolak, dan akibat daripada penolakan saya, Tuan Nazry Salam selaku Encik Suami juga menolak demi menjaga saya. So sweet tak kelakuan begini? Kuang kuang kuang. Jangan muntah... jangan. Ingat kerugian yang saya ceritakan di atas. =P

Walaupun Encik Suami tiada acara rasmi di PWTC kelak, dia tetap ada dua karya baru, yang akan terbit dalam masa terdekat, insya-Allah.

Kiri: Novel ringan oleh Nazry Salam. Komik dan ilustrasi oleh Afiq Salam.
Kanan: Komik oleh Nazry & Afiq (Feeqry)

Mari dapatkannya! 
Mungkin pada hari-hari terakhir PBAKL, 
kerana sekarang masih di pencetak.

"Jangan lupakan saya!"

'Kawanku Panda' juga sedang diulang cetak, jadi kepada yang mahu mendapatkannya, dipersilakan membeli di PBAKL. Kepada para pemenang pertandingan sebelum ini, tunggu ya. Saya akan cuba poskan secepat mungkin. Jadi tidak perlu membeli buku comel yang comel lagi comel itu di sana!

Saya harap kawan-kawan yang ke sana, dapat bergembira dan memborong buku dengan begitu hebat, sambil membuatkan saya cemburu melihat gambar-gambar kalian di Facebook, kerana ini peluang sekali dalam setahun. Malah, suasana yang sangat meriah itu adalah berbeda daripada mana-mana acara seumpamanya di Malaysia. JANGAN TIDAK PERGI!

Bermula 27 April 2012 (lusa!), hingga 6 Mei 2012.

Jumpa di sana!



Ya, saya ada di sana, dalam bentuk doa. 
Bye. :')

20 April 2012

Entri Pantas dan Tuntas


Assalamualaikum. Hai yalls....

Pada petang yang dingin ini, rasa macam mahu melahap segala coklat yang diborong semalam, walaupun batuk dengan agak hebat hingga mengakibatkan otot perut menjadi kejang. Namun emak kata sekejap lagi dia akan belikan KFC, jadi kena bertahan untuk tidak menyentuh sebarang coklat, selagi perut tidak diisi dengan KFC. Kelak hanya mengundang rugi kerana tidak mampu memakan KFC yang dibeli oleh emak tadi. *Wow, it rhymes!*

Daripada saya membiarkan kalian baca sesuatu yang tidak berfaedah, apa kata saya kongsikan ini, yang saya save dari laman web kegemaran yang terpaksa dirahsiakan namanya sebab banyak juga benda lagha di situ. Saya juga kurang pasti sama ada segala fakta di bawah ini tepat ataupun tidak, maka belasah sajalah ek. Terimalah~!!!


Bersurai....


19 April 2012

Dan pemenangnya adalah.... *baddummm ching!*


Assalamualaikum. (^_^)

Alhamdulillah, pertandingan yang berakhir pada Isnin lepas, berjaya menarik beberapa penyertaan daripada saudara dan saudari yang amat rajin. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi menyertai pertandingan tidak seberapa ini. Saya sangka paling banyak pun dalam lima penyertaan. Namun alhamdulillah, berbelas-belas penyertaan pula yang saya terima. 

Terima kasih sekali lagi! :'D

Baiklah.

Agak susah juga mahu tentukan pemenang, kerana hampir semuanya ditulis dengan baik. Saya hanya baca setiap penyertaan tanpa membuat sebarang nota kerana mahu lihat entri siapa paling melekat di hati gitu. Tapi lagi... terlebih pula yang melekat di hati. Sobs. Sebagai seorang gadis muda yang belum menjadi jutawan, hadiah seperti yang ditawarkan sebelum ini sahajalah yang mampu saya tunaikan. Kepada yang tidak terpilih, usah bersedih ya. Sekiranya kaya-raya, sudah tentu saya berikan kepada semua. Oh~


Semua penyertaan diadili oleh saya, dan dibantu oleh Encik Suami bagi top 6. Jadi sebarang surat-menyurat adalah tidak dilayan, memandangkan kata sepakat sudah dibuat. Bukan mudah apabila hampir semuanya bagus belaka hokey. Hampir semuanya ada bakat menulis. Memang tabik spring sama kalian! 

Baiklah (lagi). Di bawah adalah senarai pemenang. 


Tempat Ketiga:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
1 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM20

Tempat Kedua:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
2 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM30
Jatuh kepada: Puan Ilma binti Asmadi

Tempat Pertama:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
3 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM50

Tahniah kepada semua pemenang! =D Mohon e-melkan info seperti alamat dan nombor telefon ke adha.ameera@gmail.com, bagi tujuan pengeposan hadiah, ya! Mana-mana pemenang yang tidak memberikan sebarang maklum balas dalam masa tiga hari, kami akan umumkan pemenang baru.

Kepada semua yang menyertai, terimalah hadiah maya ini, 
ikhlas dari hatiku nan cheese suci:


Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang sudi menyertai!
Semua link blog kawan-kawan sudah saya letakkan di tepi kiri blog ini.
Berkuat kuasa hari ini, hingga 20 Mei 2012
Eh. Tarikh yang sweet! Auwww! :">


Jumpa lagi!

09 April 2012

Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan

Assalamualaikum, hai hai.

Baiklah. Kelmarin saya ada beritahu berkenaan pertandingan 'Kawanku Panda', bagi mereka yang mahu memenangi novel 'Kawanku Panda' dan hadiah-hadiah comel yang lain. Kepada yang berminat menyertai, mari baca cara-caranya di bawah ini! Mudah sahaja!

Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2. Ada blog (Blogspot, Wordpress, Tumblr, dan sebagainya).

3. Apa?? Tiada blog? Jangan bimbang. Sekiranya tiada blog, boleh menggunakan fungsi Note di Facebook, namun perlu pastikan Note itu set as Public, supaya saya dapat membacanya, walaupun saya tiada dalam akaun FB para peserta.

4.  Tulis entri seperti yang diminta, berdasarkan kisah benar. Kisah rekaan, tidak dibenarkan bagi menjaga kesucian entri. Ececeh

5. Pastikan menulis tajuk entri itu bermula dengan perkataan Kawanku.... 
Contohnya: Kawanku Duyuk, Kawanku Siti Saleha, Kawanku Ahmad Tajuddin, Kawanku Eman Manan, Kawanku Si Bulat, dan sebagainya.

6. Tulis entri mengikut kreativiti, namun perlu cerita pengalaman terhebat peserta dengan kawan yang dinyatakan. Tidak kisah pengalaman pahit mahupun manis. Cuba tulis hingga saya yang membacanya pun dapat rasakan betapa eratnya kalian berdua. Tulislah dari hati, insya-Allah hati yang membacanya turut tersentuh. Sekiranya mahu letak gambar, juga digalakkan. Tetapi perlu pastikan gambar tidak menampilkan sebarang aurat, ataupun yang menyinggung mana-mana agama, bangsa, dan negara.

7. Paling penting, ejaan perlu betul, tidak menggunakan singkatan seperti menulis SMS, tulisan gewdix seperti kewww, yewww, skewww, dan sebagainya amatlah dilarang, dan tidak dibenarkan campur-adukkan perkataan bahasa Melayu dan mana-mana bahasa asing, tanpa sebab yang kukuh. Sekiranya terpaksa, italikkan penggunakan bahasa asing itu. 

8. Pada akhir entri, mohon letakkan gambar cover Kawanku Panda, dan nyatakan entri itu dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan. Jangan lupa letak URL 1001husnaadnan.blogspot.com sekali.


9. Selepas selesai menulis entri, mohon letakkan URL entri itu di ruangan komen di bawah, beserta nama penuh peserta (nama sebenar pada kad pengenalan). Siapa yang jadi Anonymous ataupun guna nama rekaan, secara automatik penyertaan akan diabaikan.

10. Para peserta juga perlu pastikan sudah like page Husna Adnan (Adha Ameera), supaya kelak apabila saya umumkan nama pemenang, para peserta dapat mengetahuinya dari News Feed. Mudah, bukan?

11. Para pemenang akan diumumkan paling lewat tiga hari daripada tarikh tutup penyertaan. Sebarang perubahan, akan diumumkan kelak.

12. Tarikh tutup penyertaan: 16 April 2012, jam enam petang.


Contoh Penulisan

Kawanku Duyuk

Tiada siapa dapat menyangka, pertemuan secara tidak sengaja pada malam itu adalah titik mula saya dan Duyuk menjadi sahabat, walaupun kami berlainan spesis. Ya, saya manusia, dan dia pula seekor kucing kampung, yang sangat kecil dan kurus. ...

Okey, begitulah serba sedikit contoh yang dapat saya berikan, hehe. Jangan terlalu ringkas, dan jangan terlalu panjang, supaya cerita tidak berhenti ketika enjin baru hendak panas, ataupun terlalu meleret hingga rasa mahu tidur. :')

Hadiah-Hadiah Menarik!

Tempat Pertama:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
3 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM50

Tempat Kedua:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
2 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM30

Tempat Ketiga:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
1 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM20


(Pemenang yang sudah ada 'Kawanku Panda', jangan bimbang. Saya akan gantikan dengan novel terbitan PTS One pilihan saya. Jeng jeng jeng....)



Hadiah Saguhati:
URL blog para peserta akan saya link pada side bar blog ini selama sebulan.
- Huhuhu, ini sahaja yang mampu saya lakukan sebagai penghargaan kepada semua peserta, walaupun blog ini tidaklah femes seperti blog orang lain. Mahu berikan hadiah, perlu tunggu saya jadi jutawan. Ho ho ho... :')

* * *

DisclaimerSekiranya penyertaan yang diterima tidak begitu memuaskan, mungkin pemenangnya hanya seorang, ataupun dua orang. Jadi, perlu tulis dengan bersungguh-sungguh ya! Jangan sekadar mahu cepat siap. Entri yang kreatif dan lain daripada yang lain adalah sangat dinantikan! Siapa tahu, kita dapat bekerjasama kelak. =D

Selamat menulis!


07 April 2012

Kerana blogmu, ada harganya (nada Maybelline)


Assalamualaikum!

Okey, kasi joget sikit.

Easter bunny

Bersurai....







Kui kui kui, janganlah bersurai dahulu. Ada perkara mahu saya kongsikan di sini, walaupun hanya for fun. Memandangkan hari ini hari Sabtu yakni hujung minggu, haruslah kita bersantai walaupun kerja adalah superbanyak. :')

Meh nak cerita. Hari itu saya terjumpa satu laman web yang awesome dan cool. Ia mampu menghasilkan anggaran yang membuatkan tahap sayang saya kepada blog ini sedikit meningkat. Mungkin ini juga dapat membantu anda di luar sana, yang merasakan blog anda suam-suam kuku, dan tiada nilai, hingga wajar diabaikan tanpa belas kasihan.


Nampak?
(Sekiranya kurang jelas, mari klik gambar supaya ia menjadi tembam.)

Nilai blog saya adalah RM6000 dan 24 sen.

Wahahahaha!


Ini pula antara anggaran nilai tertinggi bagi laman web di Malaysia. Untunglah~



Sekarang pasti anda berasa tidak sabar mahu mengetahui apakah URL laman web awesome dan cool tadi. Drummm drummm dummm dummmm... terimalah!


Nanti masa isi URL blog atau web kita di dalam kotak yang disediakan, tidak perlu ada http:// di awal, dan / di hujung ya. Contoh macam saya, terus tulis 1001husnaadnan.blogspot.com.

Blog awak nilainya berapa? *kepoh mode is on!* :))

Have fun!

P/S: Insya-Allah hari Isnin nanti saya akan lancarkan pertandingan 'Kawanku Panda'. Kepada yang mahu memenangi novel 'Kawanku Panda' dan hadiah-hadiah comel lain secara percuma (ofkos hadiah adalah percuma!), jangan lupa jengah page Husna Adnan (Adha Ameera). Mudah sahaja. Terbuka kepada semua yang ada blog. Sekiranya tiada blog, guna fungsi Note di Facebook juga boleh. Nantikan!

05 April 2012

Baby, baby, baby, oh!


Assalamualaikum. :)


Masih ingat perenggan terakhir entri sebelum ini? Hohoho. Alhamdulillah, keesokan harinya, dalam pukul 9 pagi, 31 Mac 2012, saya mendapat anak-anak buah. Ya, anda tidak silap membacanya. Memang 'anak-anak buah', kerana mereka adalah...

 ... kembar!


Tetapi gambar baby berdua di atas itu bukanlah mereka... kuikui. Entah gambar anak siapalah yang aku songlap dari Google. Pinjam sekejap ek. Hingga hari ini, saya sekeluarga termasuk emak tidak dapat menjenguk para baby kerana mereka berada di dalam inkubator. Hanya kakak dan abang ipar dibenarkan masuk ke dewan bersalin yang menempatkan para bayi pra-matang demi penjagaan rapi. Kakak saya baru tujuh bulan tiga minggu, namun mereka sudah mahu keluar pula. Sungguh cergas baby-baby tersebut. =D

Takdir dan rezeki, kan... maka lahirlah kedua-dua baby dengan selamat secara normal, sedangkan sepanjang check-up, doktor kata kakak saya kena bedah. Alhamdulillah. Itulah salah satu hikmah. Mudah nak berpantang, jimat kos hospital, blablablabetul?

Jadi saya di sini, dengan rendah diri, mohon kawan-kawan doakan semoga Ainul Hayat dan Ainul Mardhiah sihat sejahtera, dan terus berkuat seperti bayi normal yang lain, amin....

Sekarang! Persoalan utama sudah menjelma.

Apa nama panggilan saya selaku mak cik??? Adakah....

1 - Mak Cik Husna
2 - Cik Na
3 - Auntie Husna
4 - Auntie Cuna 
5 - Tiuna
6 - Tiung T_T

Waaaaaaaaaaaaa tak sempat nak fikir, tetiba keluar, buat diriku nebes tak pasal kan! Tapi tetap tak sabar nak tunggu para baby berjaya dibawa pulang ke rumah ini sepanjang kakakku berpantang. :') Sambil jaga, sambil praktis. Yahuuuu!

Trivia: Tahukah anda? Pada tahun 2010, seorang bayi dinamakan Husna sempena nama saya? :">



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...